Anak Istimewa Selangor ANIS

Menyantuni anak-anak OKU di Selangor

PENGENALAN ANIS

Penerangan Lanjut Berkenaaan ANIS

Program – Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018 lagi.


Ketauhi Lebih Lanjut

Rakan Kerjasama ANIS

Belanjawan Selangor 2022

Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS). Muat Turun Disini

Pencapaian Terkini Program ANIS

Maklumat Statistik Program ANIS Pada Tahun 2021

692

individu dibantu melalui

BANTUAN ANIS

2,700

peserta dilatih melalui

AKADEMI ANIS

80

pusat menerima bantuan

DIDIK ANIS

26

pelajar diterima masuk

PUSAT ANIS

14,006

akses pengguna di

LAMAN WEB ANIS

1,200

penerima manfaat program

BANTUAN OKU

RM 3.36 Juta

Peruntukan Dana Disalurkan

YB Dr Siti Mariah Mahmud

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor

Selangor menjadi perintis dalam meningkatkan kemudahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sesuai dengan misi Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri serta Peduli Rakyat. - Januari 2020

ARTIKEL TERKINI

04-Feb-23 oleh Abdul Razak Idris

Budak autisme dianugerah bakat melukis

SHAH ALAM: Sindrom autisme bukan halangan, bahkan menjadi kelebihan buat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang memiliki bakat apabila mampu menghasilkan seni lukisan bermutu. Malah, Ayra Nur Khairina Azhan Khairi mampu menghasilkan lukisan dalam masa singkat. Cerita ibunya, Siti Fauzliana Abdul Razak, 40, dia tidak menyangka anaknya yang autisme mampu menghasilkan lukisan sedemikian walaupun minat terhadap baru ditunjukkan tahun lalu. “Ayra walaupun sudah berusia 12 tahun, tetapi disebabkan dia menghidap sindrom tersebut, dia cuma boleh tulis nama dan membaca ABC, malah pertuturannya juga seperti kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun. “Sebenarnya ada bakat terpendam apabila mampu menghasilkan lukisan yang cantik. Asalnya Ayra hanya melihat adiknya, Ajwa Nur Khairina, 11, melukis, kemudian dia mencuba dan akhirnya turut melukis,” katanya kepada Utusan Malaysia. Baru-baru ini, Ayra menghadiahkan potret sentuhannya bert My Pretty Ossie kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Perasmian Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7. Kata Siti Fauzliana, sebagai ibu dia bangga apabila anaknya itu mampu melahirkan satu karya yang layak dihadiahkan kepada seorang pemimpin negeri. Artikel Penuh

04-Feb-23 oleh Selangor Kini

Platform khas ANIS mudahkan ibu bapa dapat maklumat anak istimewa

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 80 pelajar anak istimewa berusia lima hingga enam tahun bakal menjadi kumpulan pertama program prasekolah pusat sokongan Anak Istimewa Selangor (Anis). Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata semua pelajar itu dijangka memulakan sesi pembelajaran di pusat sokongan bertempat di Seksyen 7, di sini, pada Ogos. “Pelajar akan didedahkan dengan latihan dan pengetahuan mengurus diri sebelum masuk tahun satu. Inisiatif ini membolehkan pelajar berdikari dan mengurus diri sendiri bila masuk sekolah. Artikel Penuh

16-Jan-23 oleh Zareef Muzammil

Prasekolah AnIS bawa perubahan positif, tingkatkan kemahiran diri anak-anak OKU

SHAH ALAM, 13 JAN: Tiga bulan mendapat didikan dan asuhan di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) membawa perubahan positif buat keluarga kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) ini. Artikel Penuh