Permohonan Bantuan ANIS Telah Ditutup
Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:
Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja one-off.
Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?
Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor pakar keluarga yang menyatakan anak puan mempunyai diagnosis semasa permohonan dibuat.
Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?
Jawapan: Minta Maaf permohonan secara automatic tidak layak kerana permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.
Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di laman sesawang www.anisselangor.com/bantuananis. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan sebelum jam 5.30 petang pada 14 Jun 2024 hari Jumaat.
Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?
Jawapan: Minta maaf tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Peralatan tersebut akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
Soalan: Rumah saya jauh daripada Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat saya boleh hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan?
Jawapan: Borang dan dokumen sokongan permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan.
Soalan: Suami dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
Jawapan: Boleh dengan syarat pemohon dan penerima maanfaat menetap di Negeri Selangor dan pemohon adalah pengundi Negeri Selangor
Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
Jawapan: Tidak boleh Tuan/Puan. Pemohon dan penerima manfaat mesti sedang menetap di Selangor sahaja.
Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?
Jawapan: Layak
Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis kategori bantuan tersebut?
Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. Pihak YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang dimohon.
Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
Jawapan: TIDAK akan diproses. Kerana semua pemohonan tanpa lampiran dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diterima.