PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS

MAKLUMAN

Permohonan Program Intervensi Awal ANIS telah dibuka!
Dibuka Sepanjang Tahun 2021

Sila Semak Status Permohanan Pada Butang Di Bawah





Objektif Utama adalah:

  1. Membantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor
  2. Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian Anak Istimewa
  3. Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa

  1. Ibubapa perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web anisselangor.com dan memberikan dokumen yang diperlukan
  2. Para peserta yang layak akan menerima panggilan dan hadir pada hari taklimat yang ditetapkan oleh Pusat ANIS
  3. Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS akan beroperasi seperti berikut:
    HARI SESI MASA PERKHIDMATAN
    Isnin - Khamis 1 830am - 1030am Pusat Intervensi Awal ANIS
    2 1100am - 100pm
    3 230pm - 430pm
    Ringkasan Sesi Intervensi Awal Pusat ANIS:
    1. Setiap peserta akan menjalani sesi sebanyak seminggu sekali dan tempoh masa bagi setiap sesi ialah selama 2 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
    2. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada pemohon yang berjaya untuk menjalani sesi intervensi awal ialah selama 12 bulan sahaja.
  4. Yuran Pengajian Bulanan Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anis, YAWAS:
    NO JULAT PENDAPATAN KELUARGA YURAN POTONGAN JIKA ANAK OKU LEBIH DARI SEORANG
    1 Kurang dari RM 5,000 Dikecualikan Bayaran -
    2 RM 5,001 - RM 6,000 RM 50 50%
    3 RM 6,001 - RM 8,000 RM 70
    4 RM 8,001 - RM 10,000 RM 90 30%
  5. Sepanjang di bawah seliaan Pusat ANIS peserta akan mendapat laporan lengkap prestasi semasa pada pertengahan dan penghujung tahun sesi
  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua Kanak-Kanak Istimewa di Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 2 – 6 tahun
  3. Memiliki Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  4. Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40
  5. Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor
  6. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  7. Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
  8. Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS
  9. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan
  1. Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon
  2. Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    1. Ahli Parlimen / Senator
    2. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    3. Penghulu / Ketua Kampung
    4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    5. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    6. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti
  3. Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak OKU lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Kad OKU anak (jika ada)
  5. Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  6. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
  7. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
  8. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  9. Salinan slip gaji ibu DAN bapa
  10. Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/intervensianis
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    1. Penghantaran melalui emel di intervensianis@gmail.com ; ATAU
    2. Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

    Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
    Yayasan Warisan Anak Selangor
    Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
    Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
    / 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)

Modus Operandi Permohonan Intervensi ANIS

  1. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
    Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.
  2. Soalan: Anak saya berumur 7 tahun, adakah boleh memohon?
    Jawapan: Tidak boleh. Anak mestilah berumur 2 hingga 6 tahun.
  3. Soalan: Adakah saya boleh memohon jika anak saya merupakan OKU bagi kategori fizikal?
    Jawapan: Tidak boleh. Yang layak memohon adalah dari kategori OKU Pembelajaran yang tertentu seperti Autisme, ADHD, Global Develepomental Delay dan Down Syndrome.
  4. Soalan: Mengapa Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS menerima golongan OKU Pembelajaran yang tertentu sahaja?
    Jawapan: Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS ingin menerima semua jenis OKU yang memerlukan intervensi awal. walaubagaimanapun untuk permulaan, berdasarkan kapasiti semasa Pusat ANIS dapat menerima sebahagian jenis OKU Pembelajaran sahaja.
  5. Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
    Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anisselangor.com/intervensianis . Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
  6. Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?
    Jawapan: Permohonan boleh diemelkan ke intervensianis@gmail.com
  7. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
    Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
  8. Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
    Jawapan: Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor sahaja.
  9. Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor dan saya mempunyai anak autisme dan sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini?
    Jawapan: Layak.
  10. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 3 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?
    Jawapan: Boleh, tetapi pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
  11. Soalan: Saya dan isteri bukan pengundi di Negeri Selangor, adakah boleh memohon?
    Jawapan: Tidak boleh. Salah seorang dari ibubapa mestilah pengundi di Negeri Selangor.
  12. Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
    Jawapan: Tidak. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
Permohonan Baru Semak Permohonan