Soal Jawab ANIS

Sila Nyatakan Soalan Pada Ruangan Dibawah
Soalan Terbaru
User
ASSALAMUALAIKUM..BOLEH SAYA TAHU BILAKAH PERMOHONAN BANTUAN ANIS 2024 AKAN DIBUKA?

Setakat ini, permohonan bagi Program Bantuan Khas ANIS untuk tahun 2024 masih belum dibuka dan sebarang maklumat mengenai permohonan tersebut akan dikemaskini di dalam media sosial kami (Facebook - Anak Istimewa Selangor dan Instagram - anis.selangor).

NURUL AMIRAH ZUBAIT dalam kategori MAKLUMAT AM

05-JAN-24
User
ASSALAMUALAIKUM. ANAK SAYA BERUMUR 14 TAHUN DAN ANAK AUTISME. SEKARANG NI DIA MENGHADIRI PRIVATE SPECIAL SCHOOL NAMUN BAYARAN YURAN AGAK TINGGI. DIA AKAN GENAP 15 TAHUN PADA OGOS 2024 DAN PERLU KELUAR DARI SPECIAL SCHOOL YG DIHADIRI SEKARANG. SAYA TAK PASTI TEMPAT YG SESUAI UNTUKNYA KERANA DIA TIDAK MUNGKIN DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DI SEKOLAH MENENGAH BEKEPERLUAN KHAS ATAS FAKTOR2 KETIDAKUPAYAAN DIA. JADI ADA TAK CADANGAN TEMPAT YG SESUAI UNTUK KAMI TERUSKAN PROSES PEMBELAJARAN?

Waalaikumsalam. Berikut merupakan beberapa cadangan daripada pihak kami. 1) Puan boleh rujuk ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terdekat dengan tempat tinggal kerana PPDK juga menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan anak OKU. 2) Adalah sebaiknya Puan rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) atau Pejabat Pendidikan Daerah terdekat dengan Puan untuk saranan yang terbaik daripada mereka mengenai pendidikan kepada anak istimewa.

zarina dalam kategori MAKLUMAT AM

03-JAN-24
User
SALAM PUAN SAYA NAK TAHU BERAPA LAMA PROSES DIAMBIL UTK LAYAK DENGAN PERMOHONAN SARINGAN ANIS?SAYA TELAH MENDAFTAR UNTUK ANAK DAN STATUS MASIH DALAM PERMOHONAN DITERIMA.

Wassalam Puan. Puan boleh hubungi kami di talian 03-5545 3170 atau DM kami di media sosial (Facebook - Anak Istimewa Selangor / Instagram - anis.selangor) untuk proses pengumpulan data bagi tujuan semakan data oleh pihak kami.

ADIRA dalam kategori MAKLUMAT AM

19-SEP-23
User
ASSALAMUALAIKUM, MAAF SAYA NAK BERTANYA. DI MANA YA SAYA BOLEH DAPATKAN DATA UNTUK JUMLAH PEKERJA KEBAJIKAN MASYARAKAT DI DAERAH KEDAH?

Waalaikumsalam. Kami tidak bertanggungjawab dalam mendapatkan data berkenaan. Mungkin Puan boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk tindakan selanjutnya.

NOR ASNIZA BINTI KHAIRUSSALE dalam kategori MAKLUMAT AM

02-JAN-24
User
ASSALAMUALAIKUM.ANAK SAYA BERUMUR 7 TAHUN PADA TAHUN HADAPAN DAN AKAN BERSEKOLAH DARJAH SATU DI PPKI PADA SEBELAH PAGI.SAYA BERCADANG MAHU MENGHANTAR ANAK SAYA KE EIP PADA SEBELAH PETANG.MEMANDANGKAN KOS PENDAFTARAN EIP YANG AGAK MAHAL, BOLEH ATAU TIDAK SAYA MEMOHON BANTUAN DIBAWAH ANIS JIKA SAYA GOLONGAN M40 DENGAN PENDAPATAN SEISI RUMAH 6.3K SEBULAN DAN MEMPUNYAI TANGGUNGAN SERAMAI 6 ORANG.JIKA BOLEH, BILAKAH PERMOHONAN BANTUAN AKAN DIBUKA.

Waalaikumsalam. Puan boleh memohon di bawah Program Bantuan Khas ANIS kerana permohonan dibuka untuk anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan juga terbuka untuk semua pemohon tanpa mengikut tangga gaji. Setakat ini, permohonan belum dibuka untuk tahun 2024 dan sebarang maklumat mengenai permohonan tersebut akan dikemaskini di dalam media sosial kami (Facebook - Anak Istimewa Selangor dan Instagram - anis.selangor).

NORLAILA BINTI MOHAMAD YUSSOF dalam kategori MAKLUMAT AM

13-DEC-23
User
ASSALAMUALAIKUM. ANAK PEREMPUAN SAYA MENGALAMI PENYAKIT OCCULAR MYSTHENIA GRAVIS SEJAK BERUMUR 2 TAHUN. SEKARANG BELIAU BERUMUR 21 TAHUN. ADAKAH PESAKIT OMG INI DIKETEGORI OKU?

Waalaikumsalam. Kami tidak bertanggungjawab dalam mengklasifikasikan kategori Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seseorang individu. Encik boleh rujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Afendi Bin Abu Kassim dalam kategori MAKLUMAT AM

20-NOV-23
User
ASSALAMUALAIKUM.HAI,ANAK SEKARANG BERUMUR 7 BULAN LAHIR PADA APRIL 2023,DOKTOR MENGESAHKAN GDD SEJAK USIA 4 BULAN.PERLUKAN RAWATAN FISIOTERAPI DAN CARA KERJA,DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN KEMUDAHAN ITU?SEBAB TEMUJANJI RAWATAN CARA KERJA DAN FISIOTERAPI PERLU TUNGGU 1 KE 2 BULAN.

Waalaikumsalam Puan. Kami sarankan Puan untuk rujuk pada klinik kesihatan atau hospital yang dirujuk oleh anak sejak awal kelahirannya. Hal ini kerana umur anak Puan masih lagi di bawah 1 tahun dan tahap perkembangannya perlu dipantau oleh pakar daripada bidang kesihatan yang bertauliah.

NARITA BINTI SAMSUDIN dalam kategori TERAPI CARA KERJA

07-NOV-23
User
ASALAMUALAIKUM, ANAK SY DOWN SYNDROME BUKAN KELAHIRAN SELANGOR. TAPI SUAMI IC & KAMI MENETAP DI SELAGOR. LAYAK TAK?

Waalaikumsalam. Boleh Puan. Syarat utama kelayakan bagi semua program ANIS adalah salah seorang pemohon (ibu atau bapa) merupakan pengundi Selangor

Mika dalam kategori MAKLUMAT AM

06-OCT-23
User
ANAK SAYA SUDAHPUN BERUMUR 14TAHUN (DOWN SYNDROME) DAN PERTUTURAN MASIH PELAT. ADA SUGGESTION TAK BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU BELIAU BERTUTUR DENGAN LANCAR? ADA TAK PUSAT TERAPI PERTUTURAN YANG BOLEH SAYA HANTAR ANAK SAYA. TERIMA KASIH

Terima kasih dan tahniah kerana Puan masih berusaha untuk mendapat terapi pertuturan ketika anak menginjak remaja. Ini kerana keperluan terapi bukan berhenti selepas anak masuk ke sekolah.

Saya berpandangan sebaiknya anak Puan disaring semula oleh terapis pertuturan untuk mengetahui tahap keupayaan semasa bahasa dan pertuturan. Otot oro motor (mulut, lidah, rahang dsb) mula pertumbuhan dan bereksperimentasi sekitar 3 tahun pertama. Semasa usia begini, kita akan lihat anak mula bertutur dan pelbagaikan tekstur makanan mereka ketika makan. Justeru, jika dilihat pada umur anak Puan yang menginjak remaja kita perlu memahami yang perkembangan otot mulut telah melepasi fasa pertumbuhan. Maka, penilaian dari terapis pertuturan akan menentukan tahap keterukan pertuturan sama ada masih boleh dilatih sepenuhnya untuk bertutur atau boleh digabungkan dengan mod komunikasi bantuan gantian (KGB).

Walaubagaimanapun, selain keupayaan bertutur, keupayaan berkomunikasi merupakan aspek PENTING bagi perkembangan sosial dan bahasa. Sebagai seorang terapis pertuturan, pendekatan memilih mod komunikasi yang terbaik untuk anak adalah lebih praktikal. Ada pelbagai jenis mod komunikasi yang biasa digunakan contohnya sign language, menggunakan aplikasi komunikasi di handphone/tablet dan komunikasi bergambar. Terapis juga boleh meneliti tahap kefahaman anak Puan supaya perkataan yang diajar sesuai dengan fungsi komunikasi anak Puan seharian.

Jangan risau sekiranya anak tidak boleh bertutur dengan lancar, mod komunikasi alternatif boleh menjadi bahan bantu yang sesuai bagi anak Puan di samping kepentingan meneruskan mod ini di rumah dengan kerjasama anak yang baik. Ini juga membentuk keyakinan diri anak bahawa komunikasi tidak hanya tertumpu kepada bentuk verbal (lisan) sahaja malah mesej boleh disampaikan dalam bentuk komunikasi yang lain.

Puan boleh melihat contoh Komunikasi Gantian Bantuan (KGB) atau Alternative and Augmentative Communication (AAC) di laman sesawang facebook, carian enjin Google Search, Mozilla. Puan juga boleh mendapatkan penerangan terperinci dari terapis pertuturan yang bertauliah. Saya doakan urusan Puan dipermudahkan dan sila rujuk laman web Malaysian Association Speech and Hearing (MASH) atau facebook page Speech Therapy Info (SPEAK) untuk senarai terapis yang berdekatan.

ABDUL HALIM SULAIMAN dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

22-MAY-23
User
BAGAIMANA HENDAK HILANGKAN PERCAKAPAN ANAK YANG ECHOLALIA DAN FLAPPING HAND SETIAP KALI TERUJA. ADAKAH INI AKAN BERLARUTAN SAMPAI DEWASA?

Echolalia merupakan pengulangan bunyi, perkataan dan frasa yang didengari dan kadangkala bukan bertujuan untuk interaksi. Echolalia merupakan satu skil yang berada sepanjang perkembangan kanak-kanak kebiasaannya di usia sehingga dua tahun sehingga anak mula membuat ayat dan berinteraksi dengan lebih baik. Selepas tempoh itu, ianya akan dikenali sebagai pathological echolalia. Echolalia juga boleh terjadi di kalangan orang dewasa seperti individu dengan afasia dan demensia.

Echolalia menyebabkan kanak kanak mengulang secara lisan (verbal) dengan sama dan kadangkala dengan intonasi suara yang sama juga. Mereka cenderung untuk mempunyai echolalia dari apa yang mereka dengan di tv, pembacaan atau interaksi orang dewasa yang lain. Echolalia juga antara self-stimming, iaitu di mana keadaan anak untuk merasa selesa dan mengatasi cabaran sensori dengan mengulang-ulang perkataan tersebut (Puan/Tuan boleh dapatkan lebih info mengenai sensori seperti flapping hand dan verbal stimming ini dari terapis pemulihan carakerja).

Puan/Tuan perlu melihat sama ada echolalia tersebut merupakan interactional echolalia atau non-interactional echolalia.
Interactive echolalia: sebagai contoh anak Puan dengar skrip tv "its a red car" dan di rumah apabila dia terlihat kereta merah dia akan menyebut "its a red car". Situasi lain, anak dengar melalui pembacaan buku skrip "ada susu tak?" dan bila dahaga mereka akan mengulang yang sama "ada susu tak?".
Non-interactive echolalia: Keadaan di mana mereka mengulang tanpa ada keperluan komunikasi / pengulangan secara random.
Echolalia yang masih wujud selepas sekitar umur dua atau tiga tahun terjadi kerana kesukaran anak dalam kefahaman dan penggunaan bahasa.
Puan digalakkan mendapatkan respon terapis pertuturan yang masih dan sedang melihat anak Puan. terapis berkenaan akan mencadangkan pelbagai tips antaranya mengawal screentime terutama pada cerita yang berturutan dan sama. Boleh jadi anak hanya menghafal skrip cerita sahaja

Memandangkan tiada umur anak yang disebut, adalah digalakkan Puan mendapatkan maklum balas terapis anak sekarang supaya latihan lebih sesuai dengan tahap bahasa dan komunikasi anak Puan. Echolalia yang tidak bertujuan untuk komunikasi (non meaningful) boleh berkurang dengan terapi namun perlu penilaian bagi perkembangan dan tahap keterukan bahasa anak. Jadi, puan diminta mendapatkan kepastian lanjut dengan terapis pertuturan yang bertauliah. Saya doakan urusan Puan dipermudahkan dan sila rujuk laman web Malaysian Association Speech and Hearing (MASH) atau facebook page Speech Therapy Info (SPEAK) untuk senarai terapis yang berdekatan.

NOR AZIZAH dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

13-JUN-23
User
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN, ANAK LELAKI SAYA BERUMUR 23 THN SEORANG AUTISM MEMPUNYAI SIJIL SPM. ADAKAH ANIS MENYEDIAKAN PELUANG UTK ANAK SAYA MENYAMBUNG PELAJARAN/KEMAHIRAN YANG SESUAI DENGAN KELULUSANNYA.

Waalaikumsalam. Puan boleh rujuk halaman ini - www.anisselangor.com/ilscanis untuk maklumat lanjut mengenai Program Independent Living Support Centre kami

Salasiah Bt Shafii dalam kategori MAKLUMAT AM

03-OCT-23
User
ASSALAMMUALAIKUM PUAN ,ANAK SY BERUMUR 3 THN 5BLN(LELAKI) APAKAH YG BOLEH SY MEMOHON BANTUAN DARI ANIS?

Berdasarkan umur anak Puan, Puan layak untuk memohon:
- Program Saringan Awal (sekiranya anak belum didiagnos OKU)
- Program Bantuan Khas ANIS (sekiranya anak telah didiagnos OKU)

norliza dalam kategori MAKLUMAT AM

26-SEP-23
User
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN,ADA KAH SAYA BOLEH NDAPAT BANTUAN DARI PIHAK TUAN/PUAN SEBAB SAYA NI SEORANG OKU DAN MEMPUNYAI KAT OKU.

Waalaikumsalam. Program Bantuan Khas ANIS kami terbuka kepada anak OKU berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja.

Wan Shaharom Bin Sulaiman dalam kategori MAKLUMAT AM

15-MAY-23
User
ANIS, ANAK SAYA BERUMUR SETAHUN 5 BULAN. BENTUK KEPALANYA TIDAK SEPERTI KANAK-KANAK LAIN DAN DI PANGGIL PENYAKITNYA ADALAH CORONAL CRANIOSYNOSTOSIS. ANAK SAYA MASIH DI PANTAU OLEH HOSPITAL SHAH ALAM DAN HOSPITAL SUNGAI BULOH. DIA JUGA DI HANTAR KE TASKA YANG JUGA AHLI ANIS. BOLEH KE SAYA MENDAFTAR DENGAN ANIS DAN MENDAPATKAN BANTUAN DARI ANIS?

Maaf. Syarat utama kemasukan di Pusat ANIS adalah anak telah didiagnos sebagai OKU pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome). Mengenai Bantuan ANIS, Puan boleh rujuk link berikut untuk maklumat lanjut - www.anisselangor.com/bantuananis

Zahrah dalam kategori MAKLUMAT AM

11-MAY-23
User
ADAKAH ANIS MEMBERI BANTUAN KEPADA GOLONGAN KANAK KANAK ISTIMEWA YANG INGIN MENERUSKAN PEMBELAJARAN DI PERINGKAT KOLEJ / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI?

Maaf. Kami tidak memberikan bantuan kepada anak istimewa yang ingin meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi. Walau bagaimanapun, kami menyediakan kursus kemahiran bagi golongan belia istimewa. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.anisselangor.com/ilscanis.

RUBIANA CHOONG dalam kategori MAKLUMAT AM

19-JUN-23
User
ASSALAMUALAIKUM.BOLEHKAH,PERMOHONON BANTUAN ANIS ONE OFF,DILAKUKAN MELALUI ONLINE?

Program Bantuan Khas ANIS boleh dilakukan secara online di www.anisselangor/bantuananis. Rujuk link berikut untuk maklumat lanjut

saliza dalam kategori MAKLUMAT AM

13-JUL-23
User
SAYA MEMPUNYAI ANAK LAMBAT PERTUTURAN, BOLEH SAYA TAHU CARA UNTUK DAPATKAN TEMPAT @ NAMA ANAK OT/EIP DI ANIS..PENDAFTARAN BARU SUDAH DI BUKA KE?

Pendaftaran bagi kemasukan Pusat ANIS dibuka sepanjang tahun. Puan boleh mendaftar di www.anisselangor.com/pusatanis. Walau bagaimanapun, Pusat ANIS tidak memberikan perkhidmatan terapi pertuturan. Kami hanya mempunyai kepakaran dalam bidang terapi cara kerja dan guru pendidikan khas sahaja.

azie dalam kategori MAKLUMAT AM

03-MAR-23
User
APAKAH CARA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK SAYA UNTUK BERGAUL DENGAN ORANG LAIN?

Ibu/Bapa perlu gunakan pelbagai kaedah bagi membantu anak. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah membuat aktiviti play antara anak dengan jiran/sepupu yang sebaya dalam kumpulan yang kecil dahulu dengan tema permainan yang diminati contohnya kereta. Ibu/Bapa boleh membantu pergaulan dengan memastikan anak berkongsi permainan, memberi ganjaran bagi tingkah laku yang positif dan wujudkan persekitaran yang selamat untuk anak bermain. Aktiviti ini boleh dilaksankan beberapa kali sebelum mewujudkan aktiviti dengan kumpulan yang lebih besar. Jika anak sukar adaptasi dengan orang lain, ibu/bapa boleh mulakan dahulu dengan bermain bersama anak.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI CARA KERJA

11-SEP-23
User
KENAPA ANAK SAYA TIDAK SUKA BERCAMPUR DENGAN ORANG LAIN?

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka akan menghadapi masalah sosial iaitu untuk berkomunikasi dengan orang lain bergantung kepada keterukan masalah yang dihadapi.Ini disebabkan masalah penerimaan maklumat yan disampaikan oleh sekekliling tidak dapat diproses dengan betul kerana masalah pemprosesan didalam otak mereka. Kadangkala maklumat yang disampaikan ditafsir dengan cara yang salah oleh mereka. Oleh itu tidak mustahil kanak-kanak berkeperluan khas akan meminggirkan diri mereka dari bergaul dengan orang lain.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI CARA KERJA

11-SEP-23
User
ADAKAH PERKHIDMATAN TERAPI CARA KERJA (OT) UNTUK ANAK AUTISM INI BERTERUSAN SEHINGGA USIANYA MENINGKAT DEWASA?

Bergantung kepada keadaan anak autism tersebut sekiranya mereka memerlukan bantuan maksima maka perkhidmatan terapi carakerja (OT) akan menjadi berterusan dan akan dikategorikan sebagai adolescene dimana latihan kamahiran domestik kompleks akan dinilai seperti pengurusan kewangan, menyediakan makanan untuk diri sendiri, melaksanakan laundry, mengemas dan sebagainya mengikut keperluan anak autism tersebut.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI CARA KERJA

11-SEP-23
User
SAYA TAKUT UNTUK MENGHANTAR ANAK SAYA KE PENGASUH DISEBABKAN OLEH KEADAAN ANAK SAYA YANG MEMPUNYAI AUTISME. SAYA AKAN MENGHANTAR ANAK SAYA KE RUMAH IBU BAPA SAYA TAPI PADA MASA YANG SAMA SAYA TIDAK MAHU MENYUSAHKAN MEREKA DISEBABKAN OLEH FAKTOR USIA MEREKA YANG SEMAKIN MENINGKAT. SAYA ADA TERFIKIR UNTUK BERHENTI KERJA TETAPI SAYA TAKUT SAYA TIDAK MENAMPUNG BEBAN KELUARGA YANG SEMAKIN MENINGKAT. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Puan disarankan untuk membuat perancangan secara bertulis di dalam jurnal atau diari. Senaraikan keperluan mengikut keutamaan dan cadangan kaedah penyelesaian. Senaraikan juga kelebihan dan kekurangan yang diramalkan dengan setiap tindakan yang bakal diambil.

Puan digalakkan untuk memohon bantuan daripada ahli keluarga atau kenalan rapat. Jangan malu untuk bercerita tentang kekangan dan kesukaran yang dihadapi. Dapatkan bantuan pengasuh yang menawarkan perkhidmatan jagaan anak Autisme. Pengasuh perlu mendapatkan latihan awal untuk memahami dan menjaga anak Autisme. Sebaik-baiknya, dapatkan perkhidmatan asuhan dari institusi atau organisasi berdaftar dan pengasuh adalah dari kalangan individu terlatih.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
IBU DAN BAPA SAYA TIDAK PERCAYA DENGAN AUTISME DAN SELALU MEMINTA SAYA UNTUK BERUBAT KAMPUNG UNTUK MENGATASI MASALAH ANAK SAYA. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SUPAYA MEREKA MEMAHAMI TENTANG AUTISME INI?

Puan disarankan untuk membuat penerangan secara ringkas namun padat dan tepat kepada datuk dan nenek dengan menggunakan infografik, gambar dan/atau video animasi agar penerangan tersebut mudah difahami dan diterima oleh golongan berusia. Elakkan menggunakan terma-terma yang sukar untuk difahami.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
ANAK SAYA AKAN MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN DALAM MASA TERDEKAT. DIA SANGAT RAPAT DENGAN SAYA DAN SAYA SERING MENEMANINYA KETIKA SESI INTERVENSI DAN PRASEKOLAH SEBELUM INI. SAYA RISAU DIA TIDAK BOLEH BERPISAH DENGAN SAYA APABILA MASUK KE SEKOLAH RENDAH NANTI. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGATASI ISU INI?

Puan disarankan secara konsisten untuk menggunakan cerita sosial (social story) dengan menggunakan visual gambar sebenar situasi yang akan anak hadapi contohnya gambar sekolah, pakaian sekolah yang akan dipakai, lencana sekolah, beserta rutin yang akan dijalani pada hari sesi persekolahan tersebut. Puan juga perlu menerangkan siapa individu yang akan berada di sekolah bersama anak sepanjang tempoh persekolahan seperti guru kelas, rakan-rakan, pembantu pengurusan murid dan sebagainya. Perasaan bimbang dan risau itu normal, tetapi boleh dikurangkan dengan memberi ramalan dan gambaran awal kepada anak tentang situasi yang bakal dihadapi.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
KETIKA MAKAN DI LUAR, ANAK SAYA ADA TABIAT PERGI DAN MAKAN MAKANAN YANG BERADA DI MEJA SEBELAH KAMI. SAYA INGIN MASYARAKAT FAHAM TENTANG ANAK AUTISME SAYA DAN TIDAK MEMANDANG SERONG TERHADAPNYA TAPI SAYA TAK TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MELAKUKANNYA.

Kanak-kanak Autisme perlu dilatih dan dibimbing dengan peraturan tingkah laku berkenaan perkara yang boleh dilakukan dan larangannya (dos and don'ts). Puan disarankan untuk menetapkan peraturan yang jelas di meja makan atau di kedai makan. Kaedah cerita sosial (social story) boleh membantu anak Autisme untuk memahami situasi sosial dan membantu mereka menghadapi dan mempelajari cara tingkah laku yang bersesuaian dalam situasi yang akan dihadapi.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA JELASKAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT TERUTAMA DATUK DAN NENEKNYA BAHAWA ANAK SAYA ADALAH SEORANG INSAN ISTIMEWA?

Apabila menerangkan tentang diagnosis anak, fokus kepada tingkah laku. Ahli keluarga mungkin menyedari dan mengetahui tanda-tanda Autisme seperti tiada pandangan mata (eye contact) atau berada dalam dunia sendiri. Jelaskan tentang pengetahuan asas berkenaan diagnosis tersebut. Puan boleh menggunakan penerangan secara paparan animasi video, visual bergambar atau infografik bagi memudahkan kefahaman berkenaan diagnosis tersebut.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN JIKA ANAK SAYA SUKA MELUKIS GAMBAR KEMALUAN?

Komunikasi amat penting bagi memastikan kanak-kanak faham tentang lukisannya. Puan boleh bertanya secara lisan berkenaan gambar tersebut, adakah anak faham dengan gambar yang dilukis dan mengapa anak melukis gambar tersebut. Puan digalakkan menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah untuk anak fahami.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
APA YANG BOLEH SAYA BUAT JIKA ANAK SAYA SUKA MENYENTUH KEMALUANNYA?

Rasa ingin tahu dan menyentuh bahagian alat kemaluan adalah salah satu dalam perkembangan awal seksual kanak-kanak. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa, mereka memerlukan bimbingan dalam mengenali anggota badan dan fungsinya.

Namun, puan dinasihatkan untuk mencari punca kepada tingkah laku menyentuh kemaluan tersebut. Adakah perlakuan tersebut disebabkan isu sensori, atau anak ada menonton video atau gambar kemaluan, atau anak berasa tidak selesa dengan fabrik seluar yang dipakai seperti seluar ketat, atau mungkin anak memasuki fasa akil baligh dan sebagainya.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

11-SEP-23
User
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKIRANYA ANAK SAYA SERING MENANGIS KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI BERGULING?

Anak-anak kebiasaannya akan menangis apabila dipaksa melakukan aktiviti yang mengganggu keselesaan mereka. Lumrah kanak-kanak suka kepada aktiviti bermain yang membuat mereka merasa seronok. Aktiviti berguling yang tidak diterapkan dengan elemen bermain mungkin boleh menyebabkan anak menangis kerana merasa tidak selesa. Untuk menarik minat anak, ibu bapa boleh cuba memulakan aktiviti bermain terlebih dahulu, kemudian masukkan elemen berguling semasa aktiviti bermain.

Beberapa alat permainan juga boleh digunakan untuk menarik perhatian anak contohnya peralatan yang mengeluarkan bunyi atau mainkan muzik kesukaan anak dan menyanyi bersama. Pastikan anda berada sangat hampir dengan anak supaya mereka sentiasa merasa selamat. Selain itu, demonstrasi daripada ibu bapa atau penglibatan bersama dalam melakukan aktiviti berguling juga dapat meningkatkan keyakinan anak tentang keselamatan aktiviti ini. Kunci kepada anak lebih bekerjasama dengan aktiviti berguling atau aktiviti lain adalah dengan menerapkan elemen bermain dalam masa yang sama. Selamat mencuba!

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
APAKAH PERGERAKAN MOTOR KASAR YANG PERLU DIKUASAI OLEH KANAK-KANAK SEAWAL UMUR 4 TAHUN?

Mengikut rujukan carta Denver II Developmental Milestone, bagi pergerakan motor kasar kanak-kanak tipikal yang berumur 4 tahun, mereka boleh berdiri di atas satu kaki dengan seimbang selama 4 hingga 5 saat, melompat seperti biasa dan melompat menggunakan sebelah kaki (hops), berlari dengan baik, menaiki tangga serta membaling dan menyepak bola.

Bagi aktiviti berlari, kebiasaannya mereka boleh berhenti, berlari semula dan menukar arah semasa berlari.
Kanak -kanak ini juga dapat melakukan aktiviti memanjat, menggelongsor dan bermain buaian di taman permainan dengan baik.

Kemampuan pergerakan motor kasar ini tidak sama dengan kanak-kanak yang mengalami lain-lain diagnosis seperti Palsi Serebrum, Down's Syndrome, Spinal Muscular Atrophy dan sebagainya. Walaubagaimanapun carta ini boleh dijadikan panduan kepada terapis dan doktor semasa penilaian dilakukan kepada kanak-kanak yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
ANAK SAYA BERUMUR 4 TAHUN DAN MASIH BELUM BOLEH BERLARI. APAKAH LATIHAN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN DI RUMAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI?

Aktiviti seperti berlari, melompat dan memanjat memerlukan skil motor kasar yang bagus. Selain daripada skil keseimbangan badan dan koordinasi badan, otot yang kuat juga memainkan peranan untuk anak menguasai aktiviti ini. Kebiasaannya kanak-kanak mula berlari dalam lingkunan umur 2 tahun. Sekiranya anak telah berumur 4 tahun dan tiada kondisi yang melibatkan diagnosis tertentu, tetapi masih belum boleh berlari, berkemungkinan ada diantara faktor di atas yang masih belum mahir.

Diantara latihan yang boleh dilakukan adalah dengan mengajar anak untuk lari setempat terlebih dahulu. Semasa aktiviti ini, arahkan anak untuk mengangkat lutut tinggi sedikit, bengkokkan siku dan hayunkan tangan kehadapan dan kebelakang. Mulakan dengan pergerakan perlahan, kemudian tingkatkan kelajuan. Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, elemen seperti muzik kegemaran anak atau video berbentuk aerobik boleh diterapkan sekali.

Apabila anak dapat berlari setempat, ajarkan anak untuk berlari ke satu arah. Ibu bapa boleh memegang tangan anak dan berlari bersama anak. Longgarkan pegangan tangan apabila anak dapat menyeimbangkan badan dengan lebih baik. Perlu diingatkan, aktiviti berlari penting untuk dilakukan dengan pemantauan yang rapi daripada penjaga. Ini kerana aktiviti ini berisiko untuk jatuh. Penjaga perlu berada hampir dengan anak dan kawasan untuk berlari perlulah rata dan bebas daripada halangan yang boleh menyebabkan tersadung dan sebagainya.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
ANAK SAYA GEMAR BERJALAN DENGAN POSISI KAKI YANG KENGKANG (KAKI KE ARAH LUAR). ADAKAH PERKARA INI NORMAL DAN DIA AKAN BERUBAH APABILA DIA MENINGKAT DEWASA?

Kanak-kanak yang baru belajar berjalan kebiasaannya akan berjalan kengkang. Ini kerana mereka masih belum menguasai keseimbangan badan dan dengan berjalan kengkang, dapat memberi kestabilan yang lebih baik semasa berjalan. Apabila keseimbangan badan sudah semakin baik, sedikit demi sedikit anak akan berjalan dengan normal. Walaubagaimanapun, ibu bapa di nasihatkan untuk membuat pemeriksaan doktor sekiranya masalah kengkang masih berterusan atau semakin ketara apabila anak meningkat ke usia 3 ke 4 tahun. Perhatian juga perlu diberikan sekiranya mereka mengadu mengalami sakit pada bahagian kaki dan lambat perkembangan motor kasar seperti yang melibatkan aktiviti seperti berlari, melompat dan sebagainya.

Kengkang boleh juga disebabkan oleh kondisi tertentu seperti struktur kaki yang tidak normal daripada lahir, kondisi yang melibatkan kelemahan otot, kurang pengawalan otot dan lain-lain lagi. Bagi kondisi seperti ini, rawatan awal amat penting untuk mengelakkan alignment struktur tulang dan sendi menjadi semakin teruk. Alignment yang tidak betul boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan, sakit pada sendi-sendi tertentu dan mengganggu kestabilan berjalan.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
ANAK SAYA SUKAR UNTUK MENGEKALKAN KESEIMBANGAN KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI BERJALAN DI ATAS TITI. APAKAH CARA UNTUK MENGATASI ISU INI?

Berjalan di atas titi memerlukan kanak- kanak untuk menguasai keseimbangan dan koordinasi badan yang baik. Kedua-dua skil ini membantu anak untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan baik dan selamat. Sekiranya anak sukar mengekalkan keseimbangan semasa melakukan aktiviti ini, berkemungkinan anak masih memerlukan latihan yang melibatkan skil keseimbangan badan dan koordinasi.

Keseimbangan badan (balance) terdiri daripada statik dan dinamik. Keseimbangan statik adalah apabila anak dapat mengawal keseimbangan badan semasa melakukan aktiviti setempat (tidak bergerak), manakala keseimbangan dinamik adalah keupayaan untuk mengawal keseimbangan badan semasa melibatkan aktiviti yang memerlukan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Koordinasi pula adalah keupayaan menggerakkan anggota badan untuk melakukan aktiviti dengan harmoni dan teratur.

Diantara latihan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu meningkatkan skil keseimbangan badan dan koordinasi adalah:
- Latihan berjalan di permukaan yang tidak rata. Aktiviti ini boleh dilakukan di taman permainan kerana terdapat banyak permainan yang dapat membantu dalam meningkatkan keseimbangan badan dan koordinasi anak. Dalam masa yang sama dapat memberi keseronokan kepada mereka.
- Latihan berdiri di atas sebelah kaki dan cuba mengawal keseimbangan badan dalam kiraan 5 hingga 10 saat. Untuk permulaan, anak boleh memegang dinding untuk mengimbangi badan. Apabila keseimbangan badan anak lebih stabil, pegangan boleh dilepaskan sedikit demi sedikit sehingga tidak memegang sebarang sokongan. Anak juga boleh melompat menggunakan sebelah kaki semasa cuba mengawal keseimbangan badan. Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kekuatan otot. Latihan ini perlu dilakukan untuk kedua-dua belah kaki.
- Latihan menyepak bola dan menahan bola menggunakan kaki.
- Latihan membaling dan menangkap bola.

Sekiranya anak anda merupakan anak istimewa yang mungkin mengalami kondisi khas seperti palsi serebrum, penilaian khusus daripada fisioterapi perlu dilakukan supaya latihan yang lebih sesuai dan khusus dapat dilakukan.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKIRANYA ANAK SAYA SUSAH UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI MENJULUR?

Aktiviti menjulur melibatkan beberapa kombinasi badan. Antaranya seperti kekuatan otot, koordinasi, keseimbangan dan sensori. Bagi kanak- kanak biasa, kesemua kawalan ini akan wujud secara automatik. Tetapi bagi kanak-kanak yang sukar melakukan aktiviti ini berkemungkinan mereka masih belum menguasai kawalan badan seperti di atas.

Mengikut carta Denver II Developmental Milestone, aktiviti menjulur bermula daripada umur 5 hingga 6 bulan. Aktiviti menjulur memerlukan koordinasi tangan dan kaki yang baik. Selain itu, ia juga memerlukan kekuatan otot di bahagian leher dan bahagian belakang badan. Pemantauan awal boleh dilakukan dengan meletakkan anak di dalam posisi meniarap. Semasa dalam posisi ini, anak sepatutnya sudah boleh mengangkat kepala dan cuba menyokong badan menggunakan tangan sehingga paras siku. Sekiranya anak masih belum atau susah melakukan aktiviti ini selepas berumur 6 bulan, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor untuk mengenal pasti sebarang masalah berkaitan perkembangan motor. Pengesanan awal amat penting supaya program rawatan awal (Early Intervention Program) dapat diberikan oleh fisioterapi dan terapi lain seperti terapi cara kerja.

Diantara aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu di dalam aktiviti menjulur adalah menggalakkan anak di berada di dalam posisi meniarap(tummy time) dan tidak hanya meletakkan anak di dalam katil anak (baby cot) tetapi letakkan juga anak di lantai dengan memberikan ruang yang cukup kepada anak untuk meneroka kawasan sekeliling. Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh memberi motivasi kepada anak, menggunakan alat permainan yang dapat menarik perhatian anak dan melakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anak.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
ANAK SAYA AKAN BERJALAN DALAM KEADAAN BERJENGKET. ADAKAH PERKARA INI NORMAL DAN DIA AKAN BERUBAH APABILA DIA MENINGKAT DEWASA?

Terdapat fasa dimana kanak- kanak berjalan berjengket semasa proses tumbesaran berlaku. Akan tetapi berjalan berjengket yang berterusan terutamanya selepas berumur 2 hingga 3 tahun perlu diambil perhatian kerana ia bukan sesuatu yang normal. Kebiasaannya terdapat 2 keadaan yang boleh menyebabkan anak jalan berjengket.

a) Idiopathic toe walker
- Keadaan ini terjadi kepada kanak- kanak tipikal (normal) yang suka berjalan berjengket sehingga ia menjadi kebiasaan. Hal ini perlu diambil berat kerana ia boleh menyebabkan tendon di belakang tumit kaki (tendon achilles) menjadi pendek dan ketat. Apabila ini terjadi, kanak- kanak akan sukar berjalan seperti biasa di mana tumit kaki tidak dapat menyentuh ke lantai.

b) Kondisi seperti neurologi, genetik atau muskuloskeletal
- Kondisi neurologi adalah seperti palsi serebrum (cerebral palsy) boleh menyebabkan masalah jalan berjengket. Ini kerana ketidakseimbangan kawalan otot yang disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian otak. Bagi kondisi genetic contohnya Duchen Muscular Dystrophy pula, keadaan otot yang semakin lemah menyebabkan kanak-kanak perlu berjalan berjengket. Otot yang masih kuat perlu membantu(compensate) otot yang lemah supaya aktiviti berjalan masih dapat dilakukan. Manakala kondisi muskuloskeletal contohnya tendon di belakang tumit telah memendek daripada lahir, menyebabkan kaki akan berada di dalam keadaan berjengket.

Bagi kedua- dua keadaan ini, berjalan berjengket tidak akan berubah apabila dewasa sekiranya tiada rawatan awal dilakukan. Kaedah rawatan bergantung kepada kondisi otot dan tendon yang memendek tadi. Diantara rawatan yang dapat membantu masalah ini adalah seperti rawatan fisioterapi dimana senaman kekuatan dan cara regangan yang betul dapat diberikan, rawatan simen (serial casting) untuk memberi regangan berpanjangan, kaedah suntikan ubat untuk mengurangkan ketegangan pada otot dan juga kaedah pembedahan untuk membetulkan struktur tendon yang memendek.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

11-SEP-23
User
ANAK LELAKI SAYA AUTISM (ASD) BERUMUR 5 TAHUN SEORANG 'PICKY EATER'. BOLEH TIDAK MAKAN SEHARIAN HANYA MINUM SUSU SAHAJA. APA YANG SAYA PERLU BUAT UNTUK MENAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK SAYA? PERLUKAH MAKAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU TAMBAH SELERA?

Pada umur 5 tahun susu sahaja tidak mencukupi untuk keperluan tumbesaran anak Puan. Saya mencadangkan untuk berjumpa dengan Pakar Pemakanan bagi membuat penilaian pemakanan secara keseluran bagi membantu dengan lebih terperinci. Ini termasuk nasihat keperluan supplement yang bersesuaian pada tempoh terdekat ini.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

11-SEP-23
User
BAGAIMANA HENDAK BETUL KN NOMBOR IC ANK KALAU TERSALAH ISI DIPERMOHONAN ANIS?

Bagi Program Bantuan Khas ANIS, Puan boleh pinda secara manual dan bagi program yang lain boleh klik pada Semakan Permohonan di page berkenaan

Syuhadah dalam kategori MAKLUMAT AM

18-MAY-23
User
ANAK SAYA BERUMUR 5 TAHUN DAN MASIH LAGI BELUM ADA SEBARANG PERKATAAN KETIKA INI. BILAKAH WAKTU SESUAI UNTUK DIA MENERIMA KHIDMAT TERAPI PERTUTURAN?

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, speech-language therapist (SLT) di Malaysia menawarkan khidmat penilaian dan terapi bahasa dan pertuturan bagi semua peringkat umur. Umur yang sesuai untuk berjumpa SLT ialah apabila anak anda mula ketinggalan, atau apabila anda perasan bahawa mereka tidak mencapai tahap komunikasi pada peringkat umur mereka. Tuan/Puan boleh rujuk pada laman web ini: https://www.nidcd.nih.gov/health/speech-and-language untuk carta perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak berumur 0-5 tahun.

Tuan/Puan boleh bawa anak ke klinik kesihatan untuk saringan dan pertanyaan dan jika perlu rujukan ke hospital kerajaan akan dibuat. Selain itu, Puan boleh membawa anak berjumpa terapi pertuturan di pusat terapi atau hospital swasta. Puan boleh melihat senarai terapis di website Malaysian Association Speech and Hearing (MASH).

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA SEKARANG SUDAH BERUMUR 4 TAHUN, TAPI PENGGUNAAN PERKATAANNYA MASIH SANGAT TERHAD. APAKAH CARA UNTUK MENGATASI ISU INI?

Terdapat banyak sebab anak masih menggunakan perkataan yang sangat terhad. Perlu untuk Tuan/Puan mengenalpasti sebab anak menggunakan perkataan yang terhad untuk berkomunikasi.

Antaranya ialah kekurangan kosa kata. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, kanak-kanak yang berumur 4 tahun sepatutnya mempunyai sebanyak 1500-1600 perkataan. Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak ada kemahiran bercerita. Puan boleh memilih target word yang ingin difahami dan disebut oleh anak terlebih dahulu. Ransang target word dengan aktiviti yang menarik seperti lirik dalam nyanyian, flash cards, buku atau bermain secara role play. Target word atau vocabulary sebenarnya tiada ketetapan jelas kerana mengikut kesesuaian situasi, budaya dan persekitaran anak. Puan boleh buat carian google seperti 'toddler/kids vocabulary checklist' sebagai rujukan.

Jika penggunaan perkataannya sangat terhad mengikut hemat dan pemerhatian, Tuan/Puan disarankan agar berjumpa dengan speech-language therapist (SLT) untuk membantu dalam mengurus komunikasi anak dengan lebih khusus. Pada masa yang sama, Tuan/Puan juga digalakkan untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk memahami perkembangan anak secara keseluruhan dan juga berjumpa dengan audiologist untuk melakukan ujian pendengaran.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA BOLEH MEMBACA TAPI DENGAN BUNYI YANG TIDAK JELAS DAN TIDAK MEMBUKA MULUT SEPENUHNYA. APAKAH CARA UNTUK DIA MEMBACA DENGAN BETUL?

Pertama sekali, kita perlu mengenalpasti punca anak membaca tetapi bunyi yang disebut tidak jelas. Adakah ketika bercakap dengan orang juga pertuturannya tidak jelas? Ataupun adakah ia hanya terjadi ketika membaca? Terdapat pelbagai punca yang boleh diandaikan.

Situasi 1: Pertuturan anak tidak jelas semasa bertutur dan membaca
Jawapan: Dalam situasi ini, Tuan/Puan perlu mendapatkan temujanji dengan speech-language therapist (SLT) dengan segera untuk mengenalpasti punca kurang kejelasan dalam pertuturan. Dari situ, SLT akan merancang pelan untuk meningkatkan kejelasan pertuturan anak bersama Tuan/Puan. Sambil menunggu temujanji bersama SLT, Tuan/Puan juga boleh galakkan anak untuk tingkatkan kejelasan bunyi melalui meniru bunyi-bunyi tertentu (Tuan/Puan juga boleh menggunakan cermin untuk galakkan pergerakan mulut yang betul) dan merakam percakapan anak untuk meningkatkan kesedaran terhadap kejelasan pertuturan.

Situasi 2: Pertuturan anak tidak jelas ketika membaca sahaja. Pertuturannya jelas ketika berbual dengan semua orang.
Jawapan: Dalam situasi ini, Tuan/Puan perlu mengenalpasti punca pertuturannya tidak jelas. Adakah disebabkan anak belum mahir membaca lagi (contoh: B + A cara sebutannya ialah "ba") ataupun baginya aktiviti membaca ini membosankan?

Jika anak yang berumur 7 tahun ke atas masih belum mahir membaca lagi, Tuan/Puan adalah digalakkan untuk menghantar anak ke kelas membaca dan praktis membaca dengan anak setiap hari. Aktiviti membaca ini boleh bermula daripada pengenalan huruf dan bunyinya, seterusnya pada tahap suku kata, perkataan, ayat seterusnya dalam perenggan. Tunjukkan pada anak cara membaca dengan betul, kemudian galakkan anak untuk meniru.

Jika aktiviti membaca bagi anak membosankan, Tuan/Puan digalakkan untuk memberikan sesuatu sebagai motivasi (contoh: anak dapat mewarna satu gambar kartun kegemarannya selepas membaca satu muka surat). Melalui cara ini, kita dapat memupuk anak untuk suka membaca dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran membaca.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA AKAN GUNAKAN SATU PERKATAAN UNTUK SEMUA SITUASI SETELAH SAYA MENGAJARNYA. CONTOH, SAYA AJAR PERKATAAN 'KOYAK'. SEMUA BENDA DIA LETAK PERKATAAN KOYAK. AIR KOYAK - AIR TUMPAH, KUCING MAKAN - KUCING KOYAK. APAKAH CARA UNTUK SAYA MENGHENTIKAN TABIATNYA ITU?

Penggunaan perkataan yang sama boleh dilihat kepada PEMAHAMAN kepada perkataan tersebut. Ini juga perlu dinilai mengikut situasi dan umur anak (tidak dinyatakan di soalan).
Jika anak sudah atau akan berjumpa terapis pertuturan, mohon nyatakan situasi ini.

KOYAK merupakan kata adjektif. MENGOYAKKAN kata kerja. Maka, kefahaman bagi setiap perkataan itu berbeza bila ada imbuhan. Jadi, puan boleh menggunakan kad bergambar atau model untuk membantu pemahaman kepada perkataan tersebut. Sebagai contoh, model (sebagai contoh kakak) boleh membetulkan perkataan salah yang disebut dengan menyebut frasa / ayat yang betul (cth: mak, air tumpah) instead of ibu yang membetulkan perkataan anak. Ini juga boleh terjadi sekiranya anak KURANG KOSA KATA seperti dalam situasi Puan ialah kata kerja.

Namun, jika puan nyatakan ianya kerana tabiat, mungkin boleh lihat adakah terdapat faktor lain yang membuatkan anak suka mengulang perkataan sama seperti keupayaan memori, tingkah laku (ingin menarik perhatian ibu). Selain itu, Puan boleh sertakan ganjaran bagi setiap usaha yang anak buat untuk gabung dan menyebut perkataan.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA MEMPUNYAI KESUKARAN UNTUK BERCAKAP. TAPI DIA FAHAM ARAHAN ATAU SESUATU BENDA APABILA KITA BERCAKAP DENGANNYA. CUMA BELUM ADA SATU PERKATAAN YANG DISEBUT. BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH INI?

Anak yang dirujuk ke pemulihan pertuturan oleh pakar / doktor akan menjalani penilaian awal untuk melihat tahap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka. Penilaian akan dibuat bagi memastikan tahap bahasa dan pertuturan anak. Kanak-kanak akan mula bercakap setelah mempelajari kemahiran pra pertuturan-bahasa (preverbal skills).

Antara kemahiran pra pertuturan bahasa ialah keupayaan meniru (imitation) termasuk meniru perkataan (verbal imitation). Dalam situasi Puan, sekiranya anak masih di awal intervensi umur iaitu sekitar 2 tahun, Puan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang skil meniru. Perlu diingatkan juga, skil lain seperti kontak mata, fokus ketika aktiviti dan kemahiran duduk ketika melakukan aktiviti perlu dijalankan dengan seiring. Aktiviti yang boleh dijalankan seperti menyanyi bersama-sama, main role-play seperti masak-masak.

Sekiranya kemahiran pra pertuturan bahasa telah wujud dan boleh dilakukan, mohon rujuk semula dengan terapis pertuturan anda untuk penilaian selanjutnya. Ini kerana terapis perlu mengetahui jurang perbezaan kemahiran dari umur sekarang dengan umur mengikut perkembangan. Dan jika perkembangan pemahaman bahasa anak Puan mengikut umur sebenar, makan terapis akan menjalankan penilaian lanjut bagi meneliti kesukaran koordinasi otot mulut dalam menyebut bunyi perkataan/ayat. Puan juga boleh melakukan saringan pendengaran dengan audiologis sekiranya belum dibuat.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
MACAM MANA CARA UNTUK AJAR ANAK SAYA MENGAJUK PERKATAAN YANG SAYA CAKAP? ANAK SAYA MASIH BELUM BOLEH BERKATA UMI ATAU MUMMY.

Kemahiran mengajuk atau meniru (imitation skill) merupakan antara kemahiran pra pertuturan-bahasa (preverbal skills). Boleh rujuk Portal rasmi myHealth KKM: http://www.myhealth.gov.my/latih-kemahiran-awal-pertuturan/. Skil ini juga terdapat di dalam saringan awal kanak-kanak di Klinik Kesihatan iaitu M-CHAT item no 15.
Kemahiran mengajuk ini bukan hanya pada perkataan, tapi juga perbuatan, pergerakan mulut dan bunyi awalan.
Dalam kemahiran pra pertuturan-bahasa, kanak-kanak perlu mempelajari skil yang lebih awal iaitu:
- kontak mata
- fokus ketika berinteraksi
- keupayaan duduk setempat ketika berinteraksi
- kemahiran bermain bersama dan berinteraksi
- kemahiran mengambil dan menunggu giliran

Ketika kita bermain dan ingin mengajar anak meniru, kita perlu memastikan skil yang disebut di atas difahami dan dibuat oleh anak kita. Sebagai contoh, ibu ingin anak meniru lagu dengan target perkataan 'bubble', maka ibu akan memastikan anak mempunyai kontak mata, duduk dan fokus dengan ibu ketika perkataan itu disebut. Anak pandai mengambil giliran bila ibu berhenti menyanyi akan akan sambung atau anak akan menyanyi sekali. Namun jika anak berlari atau masih tidak fokus dengan kontak mata yang kekal ketika ibu bercakap, maka ibu boleh mula melatih untuk meningkatkan skil fokus, kontak mata dan keupayaan duduk.
Tips lain ketika ajar anak meniru:
- gunakan perkataan dan bunyi yang anak suka
- sediakan ganjaran apabila anak dapat meniru
Antara contoh aktiviti meniru yang lain ialah meniru meniup bubble (termasuk hembusan udara dan mulut muncung dan perkataan bubble, pop), meniru bunyi haiwan, meniru bunyi

Sekiranya anak telah ada kontak mata, boleh melihat dengan lama ketika kita bercakap dan nampak seolah cuba meniru pergerakan mulut namun tiada sebarang penghasilan perkataan, Tuan/Puan perlu nyatakan perkara ini kepada terapis pertuturan anda untuk penilaian selanjutnya.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA MASIH TIADA KOMUNIKASI 2 HALA TAPI BOLEH MEMBACA BEBERAPA PERKATAAN. ADA LATIHAN YANG SESUAI UNTUK SAYA LAKUKAN DENGAN ANAK?

Komunikasi dua hala adalah kemahiran yang penting dalam perkembangan kanak-kanak terutama perkembangan bahasa dan sosial komunikasi. Cadangan saya agar Puan dapatkan tahap pemahaman bahasa anak tersebut dahulu dengan terapis pertuturan anda. Ini kerana kita mahu setiap perkataan yang dibaca perlu difahami agar perkataan tersebut boleh digunakan dalam komunikasi seharian. Ada dua perkara utama mengikut cadangan saya yang Puan boleh usahakan:

1) Komunikasi menggunakan gambar bertulis sebagai Komunikasi Gantian Bantuan (Alternative and Augmentative Communication-AAC)
Berbaloi jika gambar beserta perkataan yang dibaca boleh digunakan bagi INTERAKSI. Sebagai contoh, anak yang boleh membaca perkataan "EPAL" boleh menyebut perkataan itu ketika hendak meminta makan epal (request for apple).

2) Sight reading
Kemahiran anak membaca secara melihat (sight reading) agak mudah bagi sesetengah anak terutama anak autism jika mereka memiliki kemahiran visual dan hafalan yang tinggi. Justeru, Puan perlu menggunakan kelebihan tersebut untuk memastikan anak MEMAHAMI perkataan yang dibaca.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memadankan perkataan dan gambar, mengenalpasti perkataan yang boleh dibaca ("mana satu perkataan __?") dan mencantumkan perkataan yang boleh dibaca menjadi frasa / ayat yang ringkas (contoh: BAJU+MERAH). Puan juga perlu memastikan kosa kata anak yang boleh difahami dan dibaca mempunyai pelbagai variasi kategori seperti kata nama, kata kerja, adjektif dan / atau kata sendi. Kecenderungan kita dalam mengajar hanya satu kategori kosa kata menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak berupaya membuat ayat.

Mohon agar perkataan yang diperoleh oleh anak juga bukan dari youtube atau screentime sahaja kerana ia akan mengganggu kemahiran tumpuan anak berkomunikasi dengan manusia dan anak hanya akan cenderung untuk menghafal sahaja. Puan boleh gunakan kaedah seperti yang dinyatakan di atas.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

07-SEP-23
User
ANAK SAYA HANYA NAK MAKAN 1 JENIS MAKANAN SAHAJA IAITU NUGGET CHEESE JENAMA CP DAN TAK MAHU MAKAN NUGGET DENGAN RASA DAN JENAMA YANG LAIN. ADAKAH CARA LAIN UNTUK SAYA MENGUBAH TABIAT ANAK SAYA INI?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Saya mencadangkan agar anak Puan menjalankan ujian sensori bersama Pegawai Terapi Carakerja (OT). Jika terdapat kecenderungan kepada sesuatu sensori, terapi yang bersesuaian boleh diberikan. Dalam masa yang sama, pengubahsuain makanan secara berperingkat turut boleh dilakukan seiring dengan terapi sensori yang dijalani.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ASSALAMUALAIKUM TUAN/ PUAN. SAYA BERCADANG UNTUK DAFTAR KAN ANAK SAYA EIP TAHUN 2024. PERLUKAH SAYA MEMOHON SEKARANG ATAU TUNGGU? JIKA PERLU TUNGGU, BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN AKAN DIBUKA LAGI PADA TAHUN 2023? DAN BERAPA LAMAKAH PROSES KELULUSAN? TERIMA KASIH

Permohonan bagi Program Bantuan Khas ANIS telah ditutup bagi tahun 2023. Puan boleh cuba mohon pada tahun hadapan namun pastikan anak telah mendaftar ke pusat terapi terlebih dahulu sebelum memohon. Hal ini kerana beberapa dokumen sokongan berkenaan maklumat pusat terapi diperlukan semasa permohonan.

Proses kelulusan bergantung kepada jumlah permohonan semasa pada tahun tersebut.

NURUL NADIA BINTI SHAMDIN dalam kategori MAKLUMAT AM

22-MAY-23
User
SALAM SEJAHTERA TUAN/PUAN SEKIRANYA ANAK MASALAH PEMBELAJARAN,ADAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON BANTUAN ONE OFF ANIS,TERIMA KASIH.

Salam sejahtera. Layak sekiranya anak berumur 18 tahun ke bawah dan pemohon (ibu atau bapa) merupakan pengundi Selangor.

Chong Kim Yong dalam kategori MAKLUMAT AM

19-MAY-23
User
ANAK SAYA KAD OKU MASIH BELUM SIAP, BOLEHKAH SAYA DAFTAR SAYA UNTUK ANIS POGRAM?

Boleh Puan. Kami menerima surat pengesahan diagnosis yang telah disahkan oleh doktor pakar.

SAZZLIANA BINTI SIDEK dalam kategori MAKLUMAT AM

17-MAY-23
User
ASSALAMUALAIKUM. SAYA BARU ISI BORANG UNTUK BANTUAN ANIS UNTUK HANTAR ANAK KE PUSAT TERAPI. TAPI SAYA BELUM PASTI PUSAT MANA YANG NAK DIHANTAR. BOLEH KE SAYA TERUSKAN PERMOHONAN DULU?

Waalaikumsalam. Puan perlu memastikan anak telah mendaftar ke pusat terapi sebelum memohon Bantuan Khas ANIS. Hal ini kerana beberapa dokumen sokongan memerlukan maklumat daripada pusat terapi anak.

Nurul dalam kategori MAKLUMAT AM

17-MAY-23
User
SAYA INGIN MEMOHON BANTUAN ANIS ONE OFF, TAPI QUOTA TELAH PENUH. 1. BERAPA KAH QUOTA YANG DISEDIAKAN SETIAP TAHUN? 2. ADAKAH SETIAP OKU YANG PERNAH MOHON DAN TELAH TERIMA BANTUAN BOLEH MOHON SETIAP TAHUN?

1) Tiada ketetapan kerana kuota yang disediakan setiap tahun adalah bergantung kepada jumlah permohonan semasa.

2) Bagi permohonan Bantuan Khas ANIS 2023, keutamaan diberikan kepada permohonan kali pertama dan bagi pemohon yang tidak pernah menerima manfaat kewangan daripada ANIS sebelum ini.

Khairul Nizam Bin Mohamed Yasin dalam kategori MAKLUMAT AM

16-MAY-23
User
SALAM SEJAHTERA SAYAPENJAGA NAK TANYA SAYA MEMPUNYAI 2 ADIK BERADIK SAH BERDAFTAR OKU (MENTAL) APA MERAKA LAYAK MENERIMA BANTUAN DARI ANIS?

Salam sejahtera. Layak menerima Bantuan Khas ANIS sekiranya adik beradik tersebut berumur 18 tahun dan ke bawah.

RUSSELL JAMES dalam kategori MAKLUMAT AM

15-MAY-23
User
SALAM, SAYA INGIN BERTANYAKAN BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK SAYA, DIA ADA MILD AUTISM PEMEGANG KAD OKU MASALAH PEMBELAJARAN, UMUR 6 TAHUN, BUAT MASA NI ANAK SAYA BELAJAR DI TADIKA KEMAS APA SAYA LIHAT ANAK SAYA MASIH BELUM BOLEH BELAJAR MACAM BUDAK NORMAL, SAYA INGIN HANTAR KE PUSAT SWASTA TETAPI KOS AGAK TINGGI, MACAM MANA NAK MOHON UNTUK BANTUAN NI? KENA REGISTER DULU DI PUSAT THERAPHY SWASTA DULU KE ATAU KENA MOHON BANTUAN ANIS BARU SAYA MOHON PUSAT TERAPI SWASTA YG TERPILIH?

Wassalam. Maklumat lanjut boleh layari : www.anisselangor.com/bantuananis. Puan boleh cuba mohon bagi Program Bantuan Khas ANIS pada tahun hadapan kerana permohonan bagi tahun ini telah ditutup.

Kena register dulu di pusat terapi kerana permohonan memerlukan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan daripada pusat terapi anak.

Norhafizah Binti Abdul Rahim dalam kategori MAKLUMAT AM

12-MAY-23
User
PERMOHONAN INI PERLU ISI IC IBU BAPA ATAU ANAK?

Permohonan memerlukan kedua-dua kad pengenalan (ibu dan bapa) dan juga anak

LIEYA dalam kategori MAKLUMAT AM

11-MAY-23
User
MACAM MANA NAK ISI BORANG BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA

Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Khas ANIS boleh layari : www.anisselangor.com/bantuananis

nuha dalam kategori MAKLUMAT AM

08-MAY-23
User
ADAKAH ANAK SAYA PERLU MELALUI UJIAN SARINGAN DAHULU JIKA HENDAK MENYERTAI PROGRAM DI PUSAT ANIS?

Tidak semestinya. Sekiranya anak telah didiagnos dengan kurang upaya pembelajaran di hospital sebelum ini, boleh terus mohon program yang ditawarkan di Pusat ANIS.

Program Saringan Awal ANIS adalah untuk kanak-kanak yang belum pernah dirujuk oleh doktor pakar dan belum mendapat penilaian daripada hospital sebelum ini.

nur amalina rosme dalam kategori MAKLUMAT AM

08-MAY-23
User
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGATUR JADUAL RUTIN MAKAN ANAK?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Kanak-kanak memerlukan tenaga dan protein yang cukup untuk membesar. Dengan jadual pemakanan yang teratur dapat memastikan jumlah saranan dapat dicapai. Saranan menggalakkan kanak-kanak untuk makan dlm 5-6 kali sehari yang turut disertakan makanan snek dari pilihan makanan yang sihat.

Konsep 'goal setting' yang disertakan 'reward' dapat menggalakkan kanak-kanak untuk kekal dalam rutin makan yang ditetapkan. Puan/Tuan boleh mencuba untuk membuat jadual makan dan tampal diruang yang boleh dilihat oleh anak dengan mudah. Dengan ini anak akan bermotivasi untuk mengikut jadual yang ditetapkan kerana mereka juga boleh lihat 'reward' yang mereka peroleh hasil mengikuti jadual makan tersebut dengan baik.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANAK SAYA HANYA SUKA MAKAN NASI DAN SUP SAHAJA. BAGAIMANA CARA UNTUK MELATIH ANAK UNTUK MAKAN MAKANAN PROTEIN YANG ADA DALAM MAKANANNYA?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Terdapat beberapa kemungkinan. Antaranya adalah saiz protein yang dihidangkan adalah besar. Oleh itu, dengan mengecilkan saiz hidangan, contoh: dari seketul peha kepada beberapa potongan kecil dada ayam untuk dimasukkan bersama sup yang gemar dimakan.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANAK SAYA AKAN MAKAN MAKANAN YANG KEBANYAKKANNYA BERWARNA PUTIH SAHAJA. NASI, CHICKEN SOUP YANG CLEAR, MIHUN GORENG PUTIH, PISANG, APPLE, PEAR, ROTI, TELUR PUTIH. MAKANAN YANG BERWARNA GELAP DAN LETAK KICAP DIA TAKKAN MAKAN. BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI ISU INI?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Terdapat pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi. Antara nya adalah rasa trauma kepada sesuatu makanan. Ahli keluarga terdekat boleh memberi sokongan/contoh yang mana ia adalah selamat dan sedap untuk dimakan.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANAK SAYA TIDAK BOLEH MENELAN MAKANAN DAN HANYA KEMAM MAKANAN DI DALAM MULUT. APAKAH CARA UNTUK MENGAJAR ANAK SAYA MENGUNYAH MAKANAN?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Perkara ini perlu mendapat perhatian Pegawai Pertuturan untuk membuat saringan/penilaian kebolehan menelan.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANAK SAYA PICKY EATER. DIA MAKAN NASI, AYAM, IKAN DAN SAYURAN DIA PILIH YANG BERWARNA PUTIH SEPERTI CENDAWAN DAN BUNGA KOBIS. BARU-BARU NI KAMI CHECK DIA ADA ANEMIA. HB 10.1 DAN IRON LEVEL HANYA 2.7. SELAIN DARIPADA SERUM IRON DAN MULTIVITAMIN, APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN?

Terima kasih Puan atas soalan yang diberikan. Kandungan Hb boleh dipengaruhi dari pengambilan makanan. Saya menyarankan agar berjumpa dengan doktor bagi pemantaun aras Hb anak puan. Dalam masa yang sama, pengambilan makanan yang boleh meningkatkan aras Hb adalah seperti daging merah, organ dalaman seperti hati, sayur berdaun hijau, brokoli dan telur. Puan boleh menerangkan kepentingan pemakanan tersebut agar anak faham akan perubahan pilihan makanann yang akan berlaku. Modifikasi boleh dilakukan secara berperingkat.

Antara cadangan saya adalah membuat bebola ayam yang turut dimasukkan bersama contoh makanan yang dicadangkan tadi bagi membuat perkenalan rasa kepada anak puan. Ia kemudiannya bole ditingkatkan jumlahnya dari masa ke masa. Pelbagai modifikasi makanan lain turut boleh dilakukan menggunakan konsep yang sama.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANAK SAYA TIDAK MAHU MAKAN SAYUR ATAU BUAH. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK SAYA UNTUK MAKAN SAYUR ATAU BUAH?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Pengambilan sayur dan buah adalah sangat penting bagi setiap lapisan umur. Antara langkah awal yang boleh dilakukan adalah membudayakan makan sayur dan buah dari rumah. Selain itu, modifikasi masakan juga boleh dilakukan antaranya menyesuaikan masakan dengan makanan yang digemari anak. Sebagai contoh jika anak gemarkan ayam goreng tepung, boleh cuba kaedah yang sama seperti cendawan celup tepung pada peringkat awalnya.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

08-JUN-23
User
ANIS ADA PROGRAM BELAJAR KRAFT (MENJAHIT, BUAT RANTAI, SUBANG, DLL) UNTUK ANAK ISTIMEWA (GDD) UMUR 9 TAHUN?

Maaf Puan. Setakat ini, ANIS tidak mempunyai program sedemikian.

Chin MS dalam kategori MAKLUMAT AM

29-APR-23
User
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN YG DIRAHMATI ALLAH S.W.T… SEKIRANYA ANAK SPEECH DELAY, ADAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON BANTUAN ONE OFF ANIS BAGI MENAMPUNG KOS TERAPI PERTUTURAN DI SWASTA? TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS

Waalaikumsalam. Layak untuk memohon Program Bantuan Khas ANIS sekiranya anak berumur 18 tahun ke bawah dan sedang menjalani intervensi di Pusat Terapi yang berdaftar.

Nurul Ain dalam kategori MAKLUMAT AM

17-APR-23
User
ANAK SAYA BERUMUR 7 TAHUN DI SAHKAN GLOBAL DEVELOPEMENT DELAY DAN PEMEGANG KAD OKU, SEKARANG BERSEKOLAH DI PPKI SEKSYEN 19, DI ANIS ADE KE PROGRAM TERAPI UNTUK GDD.

Umur anak Puan tidak melepasi syarat kelayakan kerana Pusat ANIS menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun sahaja

NORHANADIAH BINTI HAMID dalam kategori MAKLUMAT AM

05-APR-23
User
ASSALAMUALAIKUM , SAYA INGIN MENDAPATKAN TEMPAT UNTUK ASSESSMENT OT UNTUK ANAK SAYA YANG BERUMUR 5 TAHUN DAN INGIN MEMOHON BANTUAN KEWANGAN SEKIRANYA ANAK SAYA PERLUKAN SESI TERAPI YANG DIPERLUKAN. BUAT MASA INI ANAK SAYA SEDANG MENGIKUTI TEMUJANJI DENGAN KLINIK KERAJAAN DAN DOKTOR MENASIHATKAN SUPAYA SAYA MELENGKAPKAN OT ASSESSMENT SERTA MENDAPATKAN MAKLUMAT SAMA ADA PIHAK ANIS DAPAT MENAWARKAN SESI ASSESSMENT SERTA BANTUAN LAIN (KEWANGAN) SEKIRANYA TERPAKSA MENJALANI TERAPI DI LUAR (SWASTA). SAYA BUKAN KELAHIRAN SELANGOR TAPI TELAH MENETAP DI TAMAN MELAWATI LEBIH 10 TAHUN SEJAK TAHUN 1989. MOHON PIHAK ANIS MEMBERI MAKLUM APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN. BUAT MASA INI ANAK SAYA DISAHKAN MILD AUTISM SETELAH MEMBUAT MCHAT DI KLINIK. ANAK SAYA DIHANTAR BERSEKOLAH TADIKA BIASA BUAT MASA INI. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Waalaikumsalam. Pertama sekali, syarat utama untuk memohon program ANIS adalah salah satu pemohon (ibu / bapa) merupakan pengundi Selangor.

Untuk pendaftaran Pusat ANIS Puan boleh rujuk link ini - https://www.anisselangor.com/pusatanis. Namun sukacita dimaklumkan permohonan Puan akan masuk ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu berikutan permohonan yang ramai bagi pendaftaran Pusat ANIS.

Untuk program Bantuan Khas ANIS (BKA) pula, Puan boleh rujuk di link ini - https://www.anisselangor.com/bantuananis. Namun sukacita dimaklumkan juga pendaftaran bagi BKA masih belum dibuka untuk tahun 2023 ini. Puan boleh dapatkan maklumat terkini mengenai ANIS di laman sosial kami di Facebook: Anak Istimewa Selangor - ANIS, Instagram: anis.selangor dan laman web kami di www.anisselangor.com

KASLINA BT KASIM dalam kategori MAKLUMAT AM

31-MAR-23
User
ANAK SAYA MENGHIDAPI PENYAKIT JARANG JUMPA - SPINAL MUSCULAR ATROPHY DAN LULUS UNTUK PERMOHONAN OKU. PROGRAM APA YANG BOLEH ANAK SAYA IKUTI DI BAWAH KENDALIAN ANIS?

Untuk program intervensi, prasekolah dan ILSC kami, ANIS hanya menerima individu dengan kurang upaya pembelajaran yang berumur 4 hingga 6 tahun dan 18 hingga 25 tahun. Puan boleh mohon Bantuan Khas ANIS namun permohonan bagi tahun ini belum dibuka. Puan boleh rujuk link ini - https://www.anisselangor.com/bantuananis untuk maklumat lanjut

SITI ZULAIKHA BINTI ZAINAL dalam kategori MAKLUMAT AM

13-MAR-23
User
BAGAIMANA SAYA MAHU MEMBAWA ANAK SAYA UNTUK MELAKUKAN SARINGAN AWAL?

Puan boleh rujuk link ini - https://www.anisselangor.com/saringan untuk maklumat lanjut

Nur Akhma Sharuddin dalam kategori MAKLUMAT AM

27-MAR-23
User
SALAM. PERMOHONAN UNTUK ANIS 2023 BILA DIBUKA YE

Wassalam. Permohonan untuk semua program ANIS boleh dirujuk di www.anisselangor.com

MAT YUSOF dalam kategori MAKLUMAT AM

18-MAR-23
User
ANAK SAYA SUSAH UNTUK MAKAN SOLID FOOD SEPERTI NASI DAN MAKANAN LAIN. CUMA MAKAN NESTUM DAN BUBUR SAHAJA. ADAKAH ADA CARA LAIN SUPAYA DAPAT MENARIK MINAT ANAK UNTUK MAKAN?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Pertama sekali adalah Puan perlu melakukan semakan sensitiviti makanan ke atas anak Puan. Adakah penolakan makanan solid itu kerana masalah sensitiviti atau tidak. Semakan ini boleh dilakukan bersama Pegawai Terapi Carakerja (OT). Jika ya, beberapa teknik desensitiviti blh dijalankan terlebih dahulu sebelum memulakan introduksi kepada makanan pepejal/solid food. Selain itu, semakan keupayaan menelan juga boleh dilakukan bersama-sama Pegawai Pertuturan (SLT). Adakalanya kesukaran menelan makanan pepejal menyebabkan kanak-kanak lebih gemar makanan lembut.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

06-MAR-23
User
ANAK SAYA SUSAH UNTUK MINUM AIR MASAK DAN SUKA MINUM AIR MANIS. BAGAIMANA CARA UNTUK MELATIH ANAK MINUM AIR MASAK?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Terdapat pelbagai cara untuk melatih anak menjadikan air suam/masak sebagai minuman utama. Antaranya adalah mengurangkan keinginan kepada rasa manis yang tinggi. Antara caranya adalah dengan mengurangkan pati secara berperingkat. Selain itu, dengan tidak menyediakan pilihan minuman manis di rumah juga merupakan langkah yang baik bagi menggalakkan pengambilan air suam/masak di rumah.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

06-MAR-23
User
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA ANAK TIDAK MAHU MAKAN MAKANAN LAIN SELAIN DARIPADA MINUM SUSU?

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Umum tahu susu merupakan sumber utama kalsium. Jika kanak-kanak tidak gemar untuk minum susu, alternatif kepada makanan bersumberkan susu boleh diberikan. Seperti Yogurt, Cheese serta sumber tenusu yang lain. Produk kacang soya juga boleh dijadikan alternatif seperti minuman soya dan tauhu. Walaubagaimanapun jumlah kalsium di dalamnya tidak lah setinggi susu, dengan itu ia perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak. Gula dalam minuman soya juga perlu diperhatikan. Pilihan kurang gula adalah lebih digalakkan.

Admin ANIS dalam kategori DIETETIK & PEMAKANAN

06-MAR-23
User
MACAM MANA CARA NAK AJAR ANAK SUPAYA MULA BERCAKAP SEBAB DR CAKAP ANAK SAYA ADA SPEECH DELAY.

Puan perlu pastikan:
1. Anak dirujuk ke terapi pertuturan untuk penilaian selanjutnya. Anak yang dirujuk ke pemulihan pertuturan oleh pakar / doktor akan menjalani penilaian awal untuk melihat tahap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

2. Kenali kemahiran awal pra pertuturan dan bahasa anak. Kemahiran ini biasanya diperoleh sebelum usia 2-3 tahun. Kenali skil pra pertuturan yang diperlukan iaitu:
a. Kontak mata (eye contact): kemahiran kontak mata dengan individu apabila berinteraksi
b. Memberi tumpuan bersama (joint attention): kemahiran untuk anak boleh fokus ketika bermain bersama orang lain. tidak mudah bosan dan mampu kekal fokus berinteraksi
c. Memadankan barang (matching): kebolehan menyuai padan objek dan gambar yang sama. bleh guna puzzle, objek mainan atau flashcards
D. Mengambil giliran (turn taking): keupayaan untuk menunggu giliran mereka. sebagai contoh ketika bermain menyusun lego, anak boleh tunggu giliran mereka. Selalunya ibubapa akan mengatakan "tunggu. lepas ni adik pula"
E. Bermain (Symbolic play): Lihat cara bermain anak. Pastikan anak belajar interaksi dengan kita ketika bermain. Pelbagaikan jenis bermain, dan tidak hanya fokus pada satu jenis mainan sahaja. Labelkan bunyi atau perkataan ketika bermain sebagai rangsangan bahasa contohnya: kereta,,vroom vroom
F. Meniru perbuatan, bunyi dan perkataan (Imitation): Ajar anak untuk meniru perbuatan dan bunyi yang dibuat ketika bermain. Jika kita suap makan, boleh ajjar anak tiru "aum" / "nyum nyum". Jika anda menyanyi, pastikan anak menggerakkan tubuh badan dan berbunyi sekali.
Rujuk http://www.myhealth.gov.my/latih-kemahiran-awal-pertuturan/ ATAU pre-verbal skills / pre-language skills untuk maklumat lanjut.

3. Sentiasa buat rangsangan bahasa. Ia terdiri daripada:
- (O) Observe: ambil masa untuk lihat bahasa tubuh anak. Ambil peluang dan pastikan apa yang anak minat dan fokus untuk BERITAHU kita.
- (W) Wait: belajar untuk beri masa anak anda MULA berkomunikasi dulu. paling penting pastikan anak tahu anda sedang menunggu dengan kontak mata (eye contact) untuk berinteraksi dengannya.
- (L) Listen: Dengar dan fokus pada sebutan dan interaksi anak anda. Perlu tunggu walaupon anda tahu perkataan yang ingin disebut. Sekiranya anda tidak yakin perkataan yang disebut, cuba tiru aksi atau bunyi yang ingin disampaikan. Pastikan anak terus minat untuk interaksi dengan anda.
Maklumat lanjut boleh dicapai di sesawang www.hanen.org (The Hanen Centre).

4. Kenali faktor lain yang menyebabkan atau mengganggu komunikasi anak anda contohnya kerap bermain seorang (solitary play), screentime yang terlalu lama, masalah tingkahlaku (yang ini perlu penilaian dari Pemulihan Carakerja).

5. Cadangan untuk mempunyai sistem sosial yang lebih luas contohnya ke tadika, playschool, group play session.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

06-MAR-23
User
ANAK SAYA BERUMUR 4 TAHUN DAN TAK MAHU BERCAKAP WALAUPUN DIAJAR, DIA HANYA BABBLING APABILA KITA AJAR SEBUT PERKATAAN. APA YANG PERLU SAYA BUAT?

Anak yang dirujuk ke pemulihan pertuturan oleh pakar / doktor akan menjalani penilaian awal untuk melihat tahap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka. Penilaian akan dibuat bagi memastikan tahap bahasa dan pertuturan anak. Kemahiran meniru ( imitation skill) merupakan kemahiran awal pra pertuturan yang biasanya diperoleh sebelum usia 2-3 tahun. Rujuk http://www.myhealth.gov.my/latih-kemahiran-awal-pertuturan/ untuk maklumat lanjut.

Sekiranya gap perkembangan adalah signifikan, sebagai contoh umur 4 tahun masih tidak dapat menyebut perkataan, ibubapa perlu:

- Mendapatkan nasihat terapis pertuturan. Kenali faktor mengapa anak tidak mahu bercakap. Adakah anak mengalami masalah fokus, pendengaran, bahasa atau masalah koordinasi pertuturan iaitu Apraxia of Speech? Terapis akan membantu anda dengan lebih lanjut

- Mulakan belajar menggunakan kaedah Komunikasi Gantian Bantuan (KGB) / Alternative and Augmentative Communication (AAC) dengan terapis anda. Minta pandangan mengenai KGB yang sesuai dengan anak anda. Antara contoh KGB yang sering digunakan ialah Picture Exchange Communication System (PECS). Komunikasi bukan hanya pada percakapan dan bersuara, anak anak yang non verbal / limited verbal juga mampu untuk berkomunikasi dengan menggunakan KGB.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

06-MAR-23
User
ADAKAH PERKHIDMATAN TERAPI PERTUTURAN (ST) UNTUK ANAK AUTISM INI BERTERUSAN?

Anak autisme yang dirujuk ke pemulihan pertuturan oleh pakar / doktor akan menjalani penilaian awal untuk melihat tahap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka. Anak anda akan dilihat secara berterusan jika objektif terapi dan tahap masih boleh ditambah baik mengikut tempoh masa terapi. Anak akan discaj dari terapi mengikut beberapa situasi ANTARANYA :

- anak menunjukkan perkembangan menghampiri tahap perkembangan bahasa normatif

- anak boleh mendapatkan intervensi sosial di sekolah dengan terapis

- anak mendapatkan terapis di kawasan / pusat lain

- anak yang tidak menunjukkan progress melebihi dua tahun terapi (ini mohon rujuk dengan terapis anda)

- ibubapa / penjaga yang tidak mahu meneruskan terapi
Sekiranya ibubapa mahu meneruskan terapi yang telah discaj mohon adakan perbincangan semula dengan terapis anda.

Admin ANIS dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

06-MAR-23
User
ANAK SAYA TIDAK BOLEH MELOMPAT SEPERTI KANAK-KANAK LAIN. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Mengikut Denver Developmental Screening, kanak-kanak mula boleh melompat dalam lingkungan umur 2 ke 3 tahun. Melompat adalah satu aktiviti yang memerlukan penglibatan beberapa fungsi badan seperti otot yang kuat, keseimbangan badan, koordinasi, sensori dan keupayaan kognitif untuk memahami bagaimana ia dapat dilakukan. Sekiranya umur anak lebih daripada 3 tahun dan masih belum boleh melompat, berkemungkinan anak masih belum menguasai faktor fungsi badan dan kognitif yang dinyatakan di atas dengan baik.

Sekiranya anak tiada sebarang masalah dalam fungsi badan seperti di atas, ibu bapa boleh menunjukkan cara melompat yang betul pada anak. Untuk percubaan pertama, ibu bapa boleh membantu dengan memegang kedua-dua tangan anak dengan baik, kemudian meminta anak membengkok kedua-dua lutut dan mengangkat anak sedikit sehingga kedua-dua kaki terangkat daripada permukaan lantai. Sekiranya anak telah dapat mengimbangi badan dengan baik, lepaskan pegangan pada anak secara berperingkat. Diantara video di youtube yang boleh dirujuk tentang cara melompat adalah seperti ‘teaching your child to jump’. Ibu bapa perlu berada sangat hampir dengan anak semasa proses pembelajaran. Ini kerana aktiviti melompat berisiko untuk jatuh sekiranya anak masih belum mahir. Pengawasan keselamatan anak semasa melakukan aktiviti ini sangat dititikberatkan supaya tiada kecederaan yang akan berlaku.

Walaubagaimanapun, ibu bapa disarankan untuk mendapatkan tunjuk ajar yang lebih tepat daripada fisioterapi. Fisioterapi akan membantu dalam menganalisa faktor yang menyebabkan anak tidak dapat melakukan aktiviti melompat. Apabila faktor tersebut dapat dikenalpasti, beberapa rawatan senaman dan latihan yang bersesuaian dapat diaplikasikan. Dalam masa yang sama, fisioterapi juga mungkin dapat mengenalpasti isu-isu lain yang melibatkan fungsi fizikal anak, malahan rawatan awal dapat diberikan untuk membantu anak mengatasi masalah tersebut.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

06-MAR-23
User
APAKAH AKTIVITI FIZIKAL YANG BOLEH DILAKUKAN KEPADA ANAK AUTISME?

Sejak dulu lagi, kajian menunjukkan aktiviti fizikal memberi impak yang baik bagi kanak-kanak autism. Levinson and Reid (1993) dan Richmond (2000) menunjukkan pengurangan stereotyped behavior di kalangan kanak-kanak autism setelah terlibat dengan aktiviti fizikal.

Pemilihan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan tahap keupayaan anak adalah sangat penting. Ini bagi memastikan mereka dapat melakukan segala aktiviti harian dengan baik. Sekiranya anak tiada masalah dengan keseimbangn badan, koordinasi badan, kurang menghadapi masalah sensori dan boleh memahami dan mengikut arahan, terdapat banyak pilihan aktiviti fizikal yang boleh dilakukan . Diantaranya adalah seperti berenang, berjoging dan berbasikal.

Selain itu, aktiviti fizikal yang mudah dan ringkas juga boleh dilakukan di luar rumah seperti bermain bola bersama ahli keluarga yang lain. Contohnya, membaling dan menangkap bola serta menyepak bola (passing ball). Disamping beriadah, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara ahli keluarga. Sekiranya anak tidak selesa dengan persekitaran luar, aktiviti seperti pergerakan aerobik diiringi muzik yang sesuai boleh dilakukan bersama-sama di dalam rumah.

Walaubagaimanapun, untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan anak, adalah penting bagi ibu bapa untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada terapis yang biasa merawat anak. Ini kerana selain daripada koordinasi dan kekuatan fizikal, terdapat faktor lain yang melibatkan masalah sensori dan keupayaan dalam memahami sesuatu aktiviti juga perlu diambil kira. Hal ini bagi memastikan mereka dapat merasa keseronokan bermain dengan selamat dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesihatan yang baik hasil daripada pergerakan yang aktif.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

06-MAR-23
User
ADAKAH ANAK SAYA MASIH MEMERLUKAN KHIDMAT FISIOTERAPI DI HOSPITAL SETELAH HABIS PERINGKAT PRA SEKOLAH KHAS/ANIS?

Seperti yang sedia maklum, peringkat umur bagi pra sekolah khas adalah diantara 4 hingga 6 tahun. Kebiasaannya, perkhidmatan Fisioterapi masih perlu diteruskan kerana apabila anak mula melangkah ke sekolah rendah, lebih banyak aktiviti yang mereka perlu sertai dan halangan di kawasan sekolah juga mungkin berbeza. Fisioterapi perlu menilai sama ada anak telah bersedia untuk menyertai aktiviti fizikal dan dapat bergerak dengan baik terutamanya di perkarangan sekolah.

Perkhidmatan Fisioterapi kebiasaannya bergantung kepada tahap keberdikarian anak di dalam aktiviti fizikal yang melibatkan fungsi seperti berjalan, menaiki tangga, melangkah longkang kecil, melangkah bendul, berlari, melompat dan beberapa lagi aktiviti lain. Semua ini merangkumi fungsi fizikal yang diperlukan semasa penglibatan di sekolah khususnya dan yang melibatkan fungsi fizikal semasa di luar sekolah amnya. Sekiranya anak masih belum mahir dengan semua fungsi tersebut, mereka masih memerlukan perkhidmatan Fisioterapi untuk penguasaan fungsi fizikal yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, setiap anak mempunyai tahap limitasi fizikal yang berbeza mengikut kondisi masing-masing. Terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kesemua aktiviti fizikal diatas dan mungkin memerlukan alat bantuan bergerak atau berjalan seperti tongkat, walker atau kerusi roda. Justeru itu, mereka masih memerlukan bantuan daripada Fisioterapi untuk mendapatkan fungsi maksimum dalam bergerak sama ada bagi penglibatan di sekolah mahupun di luar sekolah.

Admin ANIS dalam kategori FISIOTERAPI

06-MAR-23
User
SAYA MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK KEMBAR AUTISME. SAYA STRESS KERANA SIBUK MENGURUSKAN KETIGA-TIGA ANAK SAYA DAN SAYA TIADA LANGSUNG ME-TIME UNTUK DIRI SENDIRI. BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI ISU INI?

Puan merupakan seorang ibu yang hebat kerana menguruskan tiga orang anak kembar Autisme. Setiap anak Autisme adalah berbeza kekuatan dan kelemahan. Raikan kekuatan mereka dan bantu keperluan mereka dari aspek sokongan.

Antara strategi yang boleh dicadangkan dengan situasi puan adalah :
1. Wujudkan jadual harian - Susun jadual rutin harian anak dari pagi hingga waktu malam supaya anak puan terlibat dalam aktiviti pembelajaran, intervensi/terapi dan aktiviti fizikal secara teratur. Pematuhan kepada rutin yang ditetapkan membawa kestabilan dan keselesaan kepada kehidupan mereka - justeru puan mempunyai lebih masa untuk diri sendiri.

2. Bantuan - Mohon bantuan daripada ahli keluarga atau kenalan rapat. Jangan malu untuk bercerita tentang kekangan dan kesukaran yang dihadapi. Dapatkan bantuan pengasuh yang menawarkan perkhidmatan jagaan anak Autisme. Pengasuh perlu mendapatkan latihan awal untuk memahami dan menjaga anak Autisme .

3. Bernafas / Meditasi - Kawalan pernafasan dan/atau meditasi membantu untuk bertenang dan kekal rasional dalam mengawal pemikiran dan tindakan. Aktiviti mudah seperti bernafas dalam-dalam selama 3-5 minit, 2-3 kali sehari, akan membantu puan berasa kurang letih dan lebih terkawal.

4. Hobi - Cari masa untuk lakukan aktiviti yang puan sukai walaupun sekejap seperti berkebun, memasak, menonton televisyen dan sebagainya secara konsisten dan teratur.

5. Jurnal - Menulis jurnal adalah aktiviti yang sangat digalakkan kerana ia meningkatkan kesedaran diri, memberi ruang puan meluahkan isi hati dan buah fikiran serta 'visualise' kebimbangan. Puan boleh mencatat rancangan dan idea secara lukisan mahupun catatan ringkas agar puan lebih jelas dengan isu yang dihadapi dan membuat perancangan cara mengatasi secara lebih tersusun dan realistik.

6. Komunikasi - Puan disarankan untuk berkomunikasi bersama pasangan berkenaan urusan pengendalian anak-anak. Kerjasama dan kesefahaman antara ibu bapa amat penting bagi pengurusan kestabilan emosi, rohani dan kesihatan mental kedua-duanya dalam menghadapi kesukaran pengurusan harian. Ibu bapa disarankan saling berkongsi kesukaran yang dihadapi agar solusi dapat dicapai. Saling bertukar pendapat dan bersama-sama dalam pengurusan pengendalian anak-anak sedikit sebanyak dapat melegakan rasa terbeban dan tekanan yang dihadapi. Elakkan berbincang dalam keadaan marah, penat dan tertekan kerana dikhuatiri pemikiran dikawal sepenuhnya emosi.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

06-MAR-23
User
GURU DI PUSAT EIP SERING MEMBERIKAN ADUAN MENGENAI ANAK YANG BERADA DI PUSAT EIP. SUAMI SAYA CEPAT NAIK ANGIN DENGAN ADUAN GURU INI DAN AKAN MEMARAHI GURU TERSEBUT. MACAM MANA SAYA NAK MENASIHATI SUAMI SAYA UNTUK SENTIASA BERSABAR DAN MENERIMA ADUAN YANG GURU BERIKAN?

Perbincangan bersama guru EIP diperlukan bagi mendapatkan laporan perkembangan dan memahami permasalahan yang dihadapi anak di EIP. Puan disarankan untuk mendapatkan khidmat konsultasi terapis yang berkaitan dengan jenis aduan/laporan yang diterima contohnya pengurusan tingkah laku, isu sensori, pertuturan-bahasa dan sebagainya supaya kedua-dua pihak faham situasi sebenar yang dihadapi. Tindakan lanjut boleh dirancang berdasarkan konsultasi yang diterima. Konsultasi dan penilaian bidang khusus seperti Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Pertuturan Bahasa, Ahli Audiologis dan Ahli Psikologi disarankan dalam perancangan tindakan selanjutnya yang bertepatan dengan keperluan anak.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

06-MAR-23
User
SUAMI SAYA MASIH LAGI DALAM FASA IN DENIAL WALAUPUN ANAK KAMI TELAH DIDIAGNOS ASD. MACAM MANA SAYA NAK NASIHATI DIA UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN TAKDIR INI?

Untuk menangani fasa penafian dalam penerimaan Autisme (denial), kita perlu sedar bahawa setiap individu mempunyai sejarah latar belakang, tahap pendidikan, budaya, dinamik keluarga yang berbeza dan pelbagai. Oleh yang demikian, penerimaan Autisme adalah satu proses dan usaha yang mungkin mengambil masa bagi sesetengah individu. Namun begitu, terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan bagi tujuan tersebut:

Bergaul dan berkomunikasi dengan pelbagai kumpulan sokongan dan ibu bapa yang mempunyai anak Autisme boleh membantu dalam mengurangkan kekeliruan, ketakutan dan penafian Autisme. Ibu bapa akan lebih jelas tentang situasi yang dihadapi, dan dapat memahami anak mereka berdasarkan perbincangan dua hala secara aktif bersama ahli kumpulan sokongan yang berada dalam situasi yang sama.

Penjelasan dan perbincangan secara terbuka kepada saudara-mara, ahli keluarga dan kenalan terdekat tentang Autisme boleh membantu ibu bapa untuk mendapatkan sokongan moral dan bantuan dalam pengendalian serta pengurusan anak Autisme. Golongan ini selalunya menjadi tulang belakang kepada ibu bapa dalam menerima diagnosis anak.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

06-MAR-23
User
ANAK SAYA HFA (MODERATE ASD) BERUSIA 10 TAHUN, LELAKI. SUDAH 3 TAHUN BERADA DI PPKI DAN SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK REGRESSION YANG BERLAKU. KATANYA SILIBUS SAMA MACAM TABIKA. ANAK SAYA SERING BERKATA LEBIH BAIK BELAJAR DI RUMAH. GURU-GURU PPKI TIDAK SETUJU ANAK SAYA DIINKLUSIFKAN WALAUPUN SUDAH ADA RECOMMENDATION LETTER DARI CLINICAL PSYCHOLOGIST. JADI, SAYA MOHON PENDAPAT PN HIDAYAH, APA YANG PERLU SAYA SEBAGAI PENJAGA LAKUKAN. ANAK SAYA ENGGAN KE SEKOLAH. TERIMA KASIH.

Kesediaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berumur 7 hingga 16 tahun untuk menjalani sesi pembelajaran sama ada di kelas Program Pendidikan Inklusif (PPI) Penuh, Program Pendidikan Inklusif (PPI) Separa mahupun Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) boleh dikenal pasti dengan pengisian Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) oleh pihak sekolah sama ada guru pendidikan khas atau guru aliran perdana yang terlibat secara langsung dengan MBPK. Terdapat skor pemarkahan yang boleh menerangkan kesediaan MBPK untuk mengikuti pendidikan mengikut aliran yang bersesuaian di sekolah.

SSKI MBK adalah instrumen yang disediakan oleh bahagian pendidikan khas, kementerian pendidikan malaysia yang terdiri daripada 47 item merangkumi 4 komponen utama iaitu kemahiran kognitif, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran sosio-emosi dan tingkah laku serta kemahiran pra-akademik.

Admin ANIS dalam kategori PSIKOLOGI

06-MAR-23
User
APAKAH BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH PUSAT ANIS?

PUAN BOLEH LAYARI LAMAN WEB KAMI DI WWW.ANISSELANGOR.COM UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM DI BAWAH JABATAN ANIS.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH ANIS MENYEDIAKAN ELAUN TAMBAHAN SELAIN DARI JKM?

TIADA PUAN. KAMI HANYA MEMPUNYAI PROGRAM BANTUAN KHAS ANIS (BKA) DI MANA BANTUAN TERSEBUT AKAN DISALURKAN KEPADA PUSAT INTERVENSI YANG TELAH DIDAFTAR OLEH PEMOHON.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH BANTUAN DI PUSAT ANIS INI TERHAD? KENAPA?

KERANA BANTUAN YANG DISALURKAN ADALAH MENGIKUT PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH ANIS MENYEDIAKAN ELAUN TAMBAHAN SELAIN DARI JKM?

TIADA PUAN. KAMI HANYA MEMPUNYAI PROGRAM BANTUAN KHAS ANIS (BKA) DI MANA BANTUAN TERSEBUT AKAN DISALURKAN KEPADA PUSAT INTERVENSI YANG TELAH DIDAFTAR OLEH PEMOHON.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA ADA SEDARA ANAK DIA CELEBRAP PALSY BOLEH MOHON JUGA DI ANIS?

MAAF PUAN. SUKACITA DIMAKLUMKAN PUSAT ANIS HANYA MENERIMA KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN SAHAJA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
APAKAH HALA TUJU BAGI ANAK ISTIMEWA NANTI?

DI MALAYSIA, TERDAPAT PELBAGAI CABANG UNTUK ANAK ISTIMEWA MENERUSKAN KEHIDUPAN. BERMULA DENGAN ALAM PERSEKOLAHAN SEHINGGA KE ALAM DEWASA (BELAJAR/BEKERJA). ANDA BOLEH DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT DENGAN TEMU JANJI BERSAMA KAMI.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA MASIH MEMAKAI LAMPIN PAKAI BUANG, KAMI MERUPAKAN KELUARGA YANG KURANG MAMPU DAN INI AGAK MEMBEBANKAN KAMI DARI SEGI KEWANGAN DAN TENAGA UNTUK PENJAGAAN PENGURUSAN DIRI ANAK ISTIMEWA KAMI. BAGAIMANAKAH MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?

MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENJALANKAN INTERVENSI LATIHAN KE TANDAS. LATIHAN KE TANDAS MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KONSISTENSI YANG TINGGI DALAM MENJALANKAN INTERVENSI KEPADA ANAK. LATIHAN BOLEH DIMULAKAN DENGAN SOCIAL STORY KEMUDIAN SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL UNTUK IKUTI ARAHAN. LATIHAN PERLUKAN MASA, OLEH ITU BERIKAN TEMPOH MASA SEKURANG-KURANGNYA 3 BULAN UNTUK INTERVENSI INI.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA DAPATI ANAK SAYA SELALU MENYENTUH BAHAGIAN KEMALUANNYA, ADAKAH ANAK SAYA TELAH DIDERA SECARA SEKSUAL ATAU HANYALAH SEBAGAI PERMAINAN ANAK SAHAJA?

MERUJUK KEPADA KENYATAAN INI, ANAK ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH SENSORI. INI JUGA MENUNJUKKAN ANAK ANDA SUDAH ADA KESEDARAN TENTANG ALAT SEKSUALNYA. KAEDAH SOCIAL STORY BOLEH DIAPLIKASIKAN KEPADA ANAK MENGIKUT TAHAP PERKEMBANGAN ANAK ANDA. SELAIN DARI ITU, ANAK YANG KECIL SELALUNYA MENYENTUH KEMALUAN ATAS DASAR INGIN TAHU.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
APAKAH PERBEZAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DAN PECS (PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM?

BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL (GAMBAR/BAHAN MAUJUD) ADALAH UNTUK MEMBANTU ANAK MENDENGAR DAN MENERIMA ARAHAN SERTA UNTUK MENJELASKAN PERKARA YANG ABSTRAK. MANAKALA PECS DIGUNAKAN UNTUK KOMUNIKASI SELALUNYA PADA ANAK ISTIMEWA YANG NON-VERBAL. SILA RUJUK KEPADA PAKAR UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
KAMI ADALAH IBU BAPA YANG BEKERJA. KAMI TIDAK MEMPUNYAI MASA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI TERAPI ANAK DIRUMAH. ADAKAH DENGAN AKTIVITI TERAPI DI PUSAT TERAPI SUDAH MEMADAI?

TERAPI YANG TERBAIK IALAH BERSAMA IBU BAPA DAN KELUARGA. SEKIRANYA IBU BAPA TERLALU SIBUK, AHLI KELUARGA LAIN BOLEH MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI TERAPI DIRUMAH. SEKIRANYA TIADA AHLI KELUARGA YANG LAIN DAPATKAN PERKHIDMATAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI TERAPI DIRUMAH. NAMUN BEGITU, AKTIVITI TERAPI YANG PALING BAIK ADALAH PENGLIBATAN BERSAMA IBU BAPA. LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK BERSAMA ANAK DALAM SEHARI.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
BOLEHKAH SAYA DAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI JENIS-JENIS PUSAT TERAPI ATAU TEMPAT YANG BERSESUAIAN UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA?

KANAK-KANAK ISTIMEWA BOLEH MENDAPATKAN TERAPI DAN/ATAU PENDIDIKAN DI BAWAH PERBADANAN AWAM ATAU SWASTA BERGANTUNG KEPADA KATEGORI OKU KANAK-KANAK. KHIDMAT DIBAWAH PERBADANAN AWAM ADALAH SEPERTI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK), PUSAT GENIUS KURNIA, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS. ANDA BOLEH DAPATKAN MAKLUMAT INI DI LAMAN SESAWANG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. MANAKALA KHIDMAT DIBAWAH PERBADANAN SWASTA BOLEH DIDAPATI DI LAMAN SESAWANG.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA MEMPUNYAI MASALAH KOMUNIKASI, OLEH ITU AGAK SUKAR UNTUK DIA MELUAHKAN EMOSI YANG DIRASAI. BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA URUSKAN EMOSI ANAK SAYA DENGAN BERKESAN?

PENGURUSAN EMOSI AGAK MENCABAR DISEBABKAN IANYA ADALAH PERKARA YANG ABSTRAK. ANDA BOLEH MENCARI BUKU ATAU MEMBUAT ‘SOCIAL STORY’ BERKENAAN PENGURUSAN EMOSI. MULAKAN LANGKAH DENGAN MEMPERKENALKAN GAMBAR EMOSI KEPADA ANAK KEMUDIAN MENCERITAKAN CARA-CARA MELUAHKAN EMOSI DENGAN BETUL

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SEMENJAK SEKOLAH/PUSAT TERAPI DITUTUP, TINGKAH LAKU ANAK SAYA SEMAKIN SUKAR DIKAWAL. TINGKAH LAKU SEPERTI TANTRUM AMATLAH KERAP. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

MENGIKUT KENYATAAN ANDA, ANAK ANDA KEMUNGKINAN MENGALAMI REGRESSION IAITU KEADAAN DIMANA ANAK BERTINDAK DILUAR SEPERTI KEBIASAANYA. INI KERANA JADUAL ANAK SUDAH TIDAK SELARI SEPERTI YANG BIASA. ANDA BOLEH MEWUJUDKAN RUTIN HARIAN SEPERTI DI SEKOLAH/PUSAT TERAPI SUPAYA ANAK TIDAK MERASA TERKEJUT UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DENGAN RUTIN DIRUMAH. KEKALKAN MOMENTUM ANAK DIRUMAH SEBAGAI PERSEDIAN PEMBUKAAN SEKOLAH/PUSAT TERAPI SEMULA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MENANGANI ISU PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DIRUMAH YANG BERLEBIHAN OLEH ANAK ISTIMEWA SAYA. APAKAH TEKNIK YANG BERSESUAIAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI?

PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEPERTI TELEFON PINTAR AMATLAH PENTING DI WAKTU PANDEMIK INI. MASALAH INI AGAK LAZIM DIKALANGAN IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA YANG SEDANG MENGIKUTI KELAS ATAU TERAPI ATAS TALIAN. ANDA BOLEH MEMULAKAN DENGAN MENGISI JADUAL HARIAN RUTIN TANPA PENGGUNAAN TELEFON PINTAR SERTA MENGEHADKAN MASA PENGGUNAAN TELEFON PINTAR HANYA UNTUK KELAS ATAU TERAPI ATAS TALIAN SAHAJA. JADUAL BOLEH DIPENUHI DENGAN AKTIVITI HARIAN SEPERTI MENGEMAS TEMPAT TIDUR, MEMBANTU MENGEMAS RUMAH DAN SEBAGAINYA. GANJARAN AMAT PENTING DALAM MEMASTIKAN KONSISTENSI RUTIN HARIAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
BAGAIMANA SAYA INGIN MENAMBAHBAIK TUMPUAN ANAK SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI TERAPI DIRUMAH?

ANDA BOLEH MENDAPATKAN TUMPUAN ANAK DENGAN MENARIK MINAT ANAK TERLEBIH DAHULU. SEBOLEHNYA LAKUKAN AKTIVITI TERAPI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIMINATI SEPERTI PERMAINAN ATAU ALATAN YANG BERWARNA. SUKA DIINGATKAN BAHAWA PERSEKITARAN RUMAH DAN TEMPAT TERAPI ADALAH BERBEZA. ANDA BOLEH MENCIPTA SUASANA YANG BERSESUAIAN SERTA BERIKAN TEMPOH MASA MENGIKUT PERKEMBANGAN ANAK SEMASA MELAKUKAN AKTIVIT. SEBAGAI CONTOH ANAK BERUMUR 3 TAHUN KEBAWAH MEMPUNYAI TEMPOH DAYA TUMPUAN 3-7 MINIT SAHAJA. NAMUN BEGITU, SILA RUJUK PAKAR TERAPI ANDA UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH TEPAT.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH ANAK SAYA BOLEH KE SEKOLAH BIASA SEPERTI ANAK NORMAL YANG LAIN?

BERGANTUNG KEPADA KESEDIAAN ANAK UNTUK KE ALAM PERSEKOLAHAN. ANTARA PERSEDIAAN YANG AKAN DINILAI IALAH EYE-CONTACT, KEMAHIRAN KE TANDAS, MENDENGAR DAN MENERIMA ARAHAN SERTA KEMAHIRAN MELAKUKAN TUGASAN DI MEJA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA BERUMUR 6 TAHUN TETAPI MASIH BELUM BOLEH MEMBACA, PERLUKAH SAYA BERASA RISAU?

ANDA PERLU MENGENAL PASTI TAHAP KEUPAYAAN MEMBACA ANAK ANDA. SETELAH ITU, DAPATKAN NASIHAT PAKAR ATAU GURU UNTUK MERANGSANG KEMAHIRAN MEMBACA ANAK.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA HANYA BERCAKAP DIALOG RANCANGAN TELEVISYEN KEGEMARANNYA SAHAJA DENGAN ORANG SEKELILING, BAGAIMANA CARA UNTUK MELIBATKANNYA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI YANG BETUL?

ANDA PERLU KURANGKAN WAKTU SKRIN ANAK DAN GUNAKAN KELEBIHAN RANCANGAN TELEVISYEN ANAK UNTUK MERANGSANG KOMUNIKASI DUA HALA DAN BERMAKNA. NAMUN BEGITU, NASIHAT DARIPADA PAKAR AMATLAH DIGALAKKAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA SEDANG MENGIKUTI TASKA/TADIKA, PERLUKAH SAYA MENDAFTAR ANAK SAYA UNTUK SESI TERAPI DILUAR? ADAKAH MENCUKUPI DENGAN HANYA MENGIKUTI PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI DI TASKA/TADIKA?

ANDA PERLU MENGENAL PASTI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK. SEKIRANYA TERDAPAT PERKEMBANGAN YANG SEJAJAR DENGAN CARTA PERKEMBANGAN, TERUSKAN DENGAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI DI TASKA/TADIKA. MANAKALA JIKA SEBALIKNYA, ANDA BOLEH MENDAPATKAN SESI TERAPI BERGANTUNG KEPADA NASIHAT PAKAR.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
SAYA ADA SEDARA ANAK DIA CEREBRAL PALSY BOLEH MOHON JUGA DI ANIS?

SYARAT KELAYAKAN UTK MENDAFTAR KE PUSAT ANIS ADALAH KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH AUTISM DIKAITKAN DENGAN GANGGUAN LAIN?

TIDAK JIKA SUDAH DISAHKAN OLEH PIHAK DOCTOR

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
JADUAL ANAK SAYA SANGAT PENUH DENGAN TERAPI NAMUN PERKEMBANGAN NYA TIDAK MEMBERANGSANGKAN, ADAKAH KAEDAH TERAPI INI BERSESUAIAN DENGAN ANAK SAYA?

TERAPI YANG PALING EFEKTIF IALAH BERSAMA IBU BAPA DAN KELUARGA. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK DENGAN MEMBUAT AKTIVITI TERAPI BERSAMA SERTA SENTIASA MEMBUAT FOLLOW-UP BERSAMA AHLI TERAPIS.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA MENERIMA TEGURAN OLEH ORANG SEKELILING SAYA BAHAWA ANAK SAYA MENGALAMI LEWAT PERTUTURAN WALHAL DIA MEMAHAMI ARAHAN SAYA DAN BERMAIN SEPERTI KANAK-KANAK LAIN, PERLUKAH SAYA BERASA RISAU DAN BERJUMPA PAKAR?

ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA CARTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK, SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK JAUH LEBIH DARIPADA TEMPOH 6 BULAN DARI UMURNYA YANG SEKARANG, ANDA BOLEH MERUJUK ANAK DI KLINIK KESIHATAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT RUJUKAN PAKAR DI HOSPITAL.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA MENDAPATI ANAK SAYA SEMAKIN KURANG BERCAKAP, KEPADA SIAPA PATUT SAYA RUJUK?

ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA CARTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK, SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK JAUH LEBIH DARIPADA TEMPOH 6 BULAN DARI UMURNYA YANG SEKARANG, ANDA BOLEH MERUJUK ANAK DI KLINIK KESIHATAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT RUJUKAN PAKAR DI HOSPITAL.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA MENGALAMI KESUKARAN UNTUK TIDUR DI WAKTU MALAM, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MENGATURKAN JADUAL TIDUR UNTUK ANAK INI?

ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA PAKAR TERLEBIH DAHULU. SETELAH MENDAPATKAN DIAGNOSIS DAN NASIHAT PAKAR, ANDA BOLEH APLIKASIKAN RAWATAN ATAU TERAPI YANG DICADANGKAN DIRUMAH. ANTARA RAWATAN TERAPI YANG DICADANGKAN OLEH PAKAR IALAH MEWUJUDKAN PERSEKITARAN TIDUR DAN HARI-HARI YANG PENUH DENGAN RUTIN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ANAK SAYA MENGALAMI MASALAH SUKAR UNTUK MAKAN, APAKAH TEKNIK ATAU MAKANAN YANG SESUAI UNTUK DIPERKENALKAN?

ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA PAKAR TERLEBIH DAHULU. SETELAH MENDAPATKAN DIAGNOSIS DAN NASIHAT PAKAR, ANDA BOLEH APLIKASIKAN RAWATAN ATAU TERAPI YANG DICADANGKAN DIRUMAH. ANTARA RAWATAN TERAPI YANG DICADANGKAN OLEH PAKAR IALAH MEMBUAT AKTIVITI PADA OTOT ORAL DAN MEMPERKENALKAN JENIS MAKANAN SATU PER SATU.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SEKIRANYA SAYA MENDAPATI ANAK SAYA MEMPUNYAI LEWAT PERKEMBANGAN, APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA CARTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK, SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK JAUH LEBIH DARIPADA TEMPOH 6 BULAN DARI UMURNYA YANG SEKARANG, ANDA BOLEH MERUJUK ANAK DI KLINIK KESIHATAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT RUJUKAN PAKAR DI HOSPITAL.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
BOLEH SAYA TAHU BERAPA JAM TERAPI AKAN DILAKUKAN DI ANIS 2JAM ATAU 3JAM 1 SESI?

SETIAP ANAK AKAN MENJALANI SESI SEBANYAK SEMINGGU SEKALI DAN TEMPOH MASA SETIAP SESI IALAH SELAMA 2 JAM.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA TIDAK MAMPU BAYAR YURAN ANIS ADAKAH SAYA TIDAK LAYAK MEMOHON?

LAYAK. KAMI AKAN BUAT PENILAIAN PENDAPATAN KELUARGA. JIKA PENDAPATAN ISI RUMAH KURANG DARI RM5000, BAYARAN YURAN DIKECUALIKAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
BERAPA LAMA PROCESS UNTUK TUNGGU MASUK CENTRE ANIS?

BUAT MASA SEKARANG, KITA MASIH BERGANTUNG KEPADA PERINTAH DAN SOP PKP.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADA UBAT UNTUK AUTISM?

BAGI AUTISM TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG UBAT – UBATAN. DENGAN MENGHANTAR ANAK KE RAWATAN TERAPI BOLEH TERKAWAL.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
BOLEH SAYA TAHU BERAPA JAM TERAPI AKAN DILAKUKAN DI ANIS 2JAM ATAU 3JAM 1 SESI?

SETIAP ANAK AKAN MENJALANI SESI SEBANYAK SEMINGGU SEKALI DAN TEMPOH MASA SETIAP SESI IALAH SELAMA 2 JAM.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA TIDAK MAMPU BAYAR YURAN ANIS ADAKAH SAYA TIDAK LAYAK MEMOHON?

LAYAK. KAMI AKAN BUAT PENILAIAN PENDAPATAN KELUARGA. JIKA PENDAPATAN ISI RUMAH KURANG DARI RM5000, BAYARAN YURAN DIKECUALIKAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
BERAPA LAMA PROSES UNTUK TUNGGU MASUK PUSAT ANIS?

BUAT MASA SEKARANG, KITA MASIH BERGANTUNG KEPADA PERINTAH DAN SOP PKP.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
APAKAH PROGRAM –PROGRAM YANG DIADAKAH UNTUK IBUBAPA DI PUSAT ANIS?

PROGRAM – PROGRAM YANG DIADAKAN UNTUK IBUBAPA DI PUSAT ANIS ADALAH SEMINAR KEIBUBAPAAN , BENGKEL.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
APAKAH PENGLIBATAN IBUBAPA DI PUSAT ANIS?

IBU ATAU BAPA AKAN TERLIBAT SETIAP KALI SESI INTERVENSI BERSAMA ANAK

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
BOLEHKAN PUSAT ANIS MEMBUAT PROGRAM BERSAMA DENGAN NGO?

BOLEH. KAMI SENTIASA SEDIA MEMBUAT PROGRAM BERSAMA DENGAN NGO.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH KEMUDAHAN PARKING UNTUK IBUBAPA DI PUSAT ANIS?

PUSAT ANIS MEMPUNYAI PARKING YANG LUAS UNTUK MEMUDAHKAN IBU BAPA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH MEMPUNYAI TEMPAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK DI PUSAT ANIS.

YE, DI PUSAT ANIS MEMPUNYAI GYM UNTUK KANAK – KANAK BERMAIN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH KEMUDAHAN KANAK-KANAK DI PUSAT ANIS MENCUKUPI?

YA. PUSAT ANIS TELAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN YANG MENCUKUPI UNTUK ANAK-ANAK

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
APAKAH PENDAPAT PUSAT ANIS, SEKIRANYA, IBUBAPA TIDAK MELIBATKAN APA-APA JUA DALAM PENGLIBATAN DI PUSAT ANIS.

MENGIKUT SYARAT PUSAT ANIS, IBU ATAU BAPA DIWAJIBKAN MENGIKUTI SETIAP SESI. JIKA GAGAL, SESI KELAS INTERVENSI BOLEH DIBATALKAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH GURU –GURU DI PUSAT ANIS MEMPUNYAI KELAYAKAN UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK ISTIMEWA INI?

YE, GURU – GURU PUSAT ANIS MEMPUNYAI KELAYAKAN UNTUK MENJAGA ANAK OKU.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH IBUBAPA MENYEDIAKAN SEBARANG KAD IMBAS ATAU LAIN-LAIN BAHAN UNTUK KERJA HARIAN ANAK SAYA.

TIDAK. PUSAT ANIS AKAN MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK ANAK-ANAK.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SAYA PELAJAR DARIPADA UNIVERSITI SWASTA, BOLEHKAH SAYA TAHU APAKAH KELAYAKAN GURU PENDIDIKAN KHAS DI PUSAT ANIS.

KELAYAKAN GURU PENDIDIKAN KHAS ADALAH SEKURANG- KURANGNYA MEMPUNYA DIPLOMA ATAU IJAZAH SARJANA MUDA DALAM JURUSAN PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DENGAN MEMPUNYAI PENGALAMAN YANG MENGAJAR ANAK OKU.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH PUSAT ANIS MENYEDIAKAN KEMPEN ATAU BEGKEL UNTUK IBUBAPA?

YE, PUSAT ANIS MENYEDIAKAN SEMINAR KEIBUBAPAAN SETIAP BULAN 2 MINGGU SEKALI.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH PUSAT ANIS MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK ANAK-ANAK?

PUSAT ANIS TIDAK SEDIAKAN MAKANAN.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH IBU BAPA / PENJAGA PERLU BERADA BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK DI PUSAT ANIS?

YA, SETIAP SESI IBU/ BAPA PERLU BERSAMA DENGAN ANAK SEMASA TERAPI.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH PUSAT ANIS MENGADAKAN PARENTS MEETING UNTUK IBU BAPA?

YA, SETIAP HARI IBU / BAPA HADIRKAN DIRI BERSAMA ANAK DAN SETIAP KALI SELESAI TERAPI AKAN MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN IBU BAPA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH LOKASI PUSAT ANIS TERDEKAT DENGAN BALAI POLIS , BALAI BOMBA DAN HOSPITAL?

YA, PUSAT ANIS TERLETAK DENGAN BALAI POLIS, BALAI BOMBA DI SEKSYEN 15 MANAKALA HOSPITAL SHAH ALAM TERLETAK DI SEKYEN 7

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
ADAKAH LOKASI PUSAT ANIS MENJAMIN KESELAMATAN ANAK-ANAK.

YA, PUSAT ANIS MENJAMIN KESELAMATAN ANAK – ANAK.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
SEKIRANYA ANAK SAYA TIDAK ADA SURAT DIAGNOSIS DARI HOSPITAL ATAU DOKTOR, TETAPI ADA KAD OKU, BOLEH PUSAT ANIS TERIMA ANAK SAYA.

BOLEH TERIMA, DALAM KAD OKU TELAH DINYATAKAN MASALAH ANAK. PUSAT ANIS HANYA AKAN MENERIMA MASALAH PEMBELAJARAN SAHAJA.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
BAGAIMANA MENDAPAT MAKLUMAT / IKLAN MENGENAI ANIS?

ANDA BOLEH DAPATKAN MAKLUMAT ANIS DI LAMAN WEB WWW.ANISSELANGOR.COM ATAU FACEBOOK DAN INSTAGRAM ANIS.

Admin ANIS dalam kategori MAKLUMAT AM

17-NOV-21
User
17-NOV-21
User
ASSALAM MUALAIKUM TUAN/PUAN.. ANAK SAYA OKU SYNDROME DOWN, NAK BERTANYA ADAKAH SEKOLAH2 KHAS SESUAI UNTUK BELIAU.. USIA TAHUN 2023 ADALAH 5 TAHUN....

Waalaikumsalam. Encik boleh rujuk link berikut - www.anisselangor.com/pusatanis untuk tahu lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan di Pusat ANIS

fairuz syahafiz iqbal dalam kategori MAKLUMAT AM

14-FEB-23
User
ANAK LELAKI SAYA AUTISM (ASD) BERUMUR 5 TAHUN SEORANG 'PICKY EATER'. BOLEH TIDAK MAKAN SEHARIAN HANYA MINUM SUSU SAHAJA. APA YANG SAYA PERLU BUAT UNTUK MENAMBAHKAN SELERA MAKAN ANAK SAYA? PERLU KAH MAKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU TAMBAH SELERA?

Pada umur 5 tahun susu sahaja tidak mencukupi untuk keperluan tumbesaran anak Puan. Saya mencadangkan untuk berjumpa dengan Pakar Pemakanan bagi membuat penilaian pemakanan secara keseluran bagi membantu dengan lebih terperinci. Ini termasuk nasihat keperluan supplement yang bersesuaian pada tempoh terdekat ini.

EZZATUL SYIMA dalam kategori PSIKOLOGI

07-FEB-23
User
JIKA PERMOHONAN DITERIMA, BILAKAH KELAS TERAPI CARA KERJA AKAN DIJALANKAN? ADAKAH SETIAP MINGGU? ADAKAH DI HUJUNG MINGGU?

BAGI PROGRAM INTERVENSI - SESI AKAN BERJALAN 1 KALI SEMINGGU MANAKALA BAGI PROGRAM PRASEKOLAH - SESI AKAN BERJALAN 4 KALI SEMINGGU.

nur suriana dalam kategori TERAPI CARA KERJA

09-FEB-23
User
UNTUK 2023 BILA AKAN DIBUKA BANTUAN YA

PERMOHONAN BAGI PROGRAM BANTUAN KHAS KAMI BELUM DIBUKA LAGI UNTUK TAHUN INI. PUAN BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOK (ANAK ISTIMEWA SELANGOR) DAN INSTAGRAM (ANIS_SELANGOR) UNTUK SEBARANG MAKLUMAT DAN PENGUMUMAN TERKINI DARIPADA ANIS

MOHD ZARUL BIN MOHD ZIN dalam kategori MAKLUMAT AM

01-FEB-23
User
SAYA ADA ANAK LELAKI 3 TAHUN YANG MEMPUNYAI MASALAH PERUTUTAN. ADAKAH ANIS MEMPUNYAI PROGRAM UNTUK INTERVENSI AWAL YANG BOLEH SAYA HANTAR ANAK SAYA? TERIMA KASIH.

ANAK PUAN BOLEH MENYERTAI PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS SEKIRANYA ANAK PUAN TELAH DIDIAGNOS OLEH PAKAR BERTAULIAH SEBAGAI OKU PEMBELAJARAN. NAMUN SUKACITA DIMAKLUMKAN KAMI TIADA KEPAKARAN SPEECH THERAPIST. PUSAT KAMI HANYA MEMPUNYAI KEPAKARAN OCCUPATIONAL THERAPIST DAN GURU SAHAJA

NUR FAZLIN SHAHRONI dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

27-JAN-23
User
SALAM..BOLEH SAYA TAHU BILA PERMOHONAN BANTUAN ANIS AKAN DIBUKA UNTUK TAHUN 2023?

PERMOHONAN BAGI PROGRAM BANTUAN KHAS KAMI BELUM DIBUKA LAGI UNTUK TAHUN INI. PUAN BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOK (ANAK ISTIMEWA SELANGOR) DAN INSTAGRAM (ANIS_SELANGOR) UNTUK SEBARANG MAKLUMAT DAN PENGUMUMAN TERKINI DARIPADA ANIS

lya dalam kategori MAKLUMAT AM

26-JAN-23
User
ASSALAMUALAIKUM PN NOOR HIDAYAH. MAAF SAYA BERTANYA BAGAIMANA CARA NAK MEMBERITAHU ATAU MENERANGKAN KEPADA CUCU YANG SAYA JAGA INI BAHAWA BELIAU ADALAH ‘AUTISM’ (MODERATE). BELIAU AKAN MEMASUKI DARJAH 1 (PPKI) TAHUN INI. TERIMA KASIH.

BERIKUT ADALAH STRATEGI YANG BOLEH DILAKSANAKAN :

1. JADIKAN IA SEBAGAI PERBUALAN KASUAL HARIAN DENGAN MENERANGKAN MAKSUD AUTISME SECARA SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN SECARA VISUAL DAN SOCIAL STORY. SEBAGAIMANA PEMAHAMAN KANAK-KANAK BERKEMBANG DAN MEREKA DIPERKENALKAN DENGAN IDEA-IDEA BARU SETIAP HARI.

2. AMALKAN SIKAP TERBUKA UNTUK BERBORAK TENTANG AUTISME DARI SEMASA KE SEMASA. WUJUDKAN RUANG SELESA UNTUK ANAK ANDA BERSOAL JAWAB TENTANG AUTISME. IBU BAPA PERLU BERSEDIA DENGAN MAKLUMAT ASAS YANG TEPAT BERKENAAN AUTISME AGAR PENYAMPAIAN MAKLUMAT DAPAT DIBERIKAN DENGAN BAIK DAN TEPAT. SEBAGAI CONTOH, KETIKA DALAM PERJALANAN KE PUSAT INTERVENSI, PUAN BOLEH BERCERITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT TUJUAN MENGHADIRI SESI INTERVENSI DAN KAITAN IA DENGAN DIAGNOSIS ANAK.

3. SAHKAN (VALIDATE) KESULITAN YANG MEREKA HADAPI. JELASKAN BAHAWA TIDAK MENGAPA SEKIRANYA MEREKA MENGHADAPI KESUKARAN TERHADAP TUGAS TERTENTU BERBANDING ORANG LAIN ATAU MEREKA SUKA MELAKUKAN SESUATU TUGASAN SECARA BERBEZA DARIPADA YANG LAIN. SETIAP ORANG MEMILIKI CARA BERBEZA DALAM MENYELESAIKAN SESUATU TUGASAN DAN IA BUKANLAH SATU KESALAHAN.

4. MENJADI ROLE MODEL AUTISME. DEDAHKAN KAEDAH-KAEDAH ATAU STRATEGI AKOMODASI TINGKAH LAKU ATAU PEMBELAJARAN KEPADA MEREKA SUPAYA MEREKA DAPAT ADAPTASI DAN MELATIH DIRI (MASKING) BERTINGKAH LAKU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI DAN ORANG DI SEKELILING
MEREKA.

5. GALAKKAN MEREKA UNTUK BELAJAR MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG AUTISME SUPAYA MEREKA LEBIH FAHAM DAN DAPAT MENERIMA KEADAAN DIRI MEREKA BERDASARKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN MELALUI BAHAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PERINGKAT UMUR DAN PERKEMBANGAN DIRI MEREKA.

6. BERI MEREKA PELUANG MEMBUAT KAWALAN. KANAK-KANAK MUNGKIN TIDAK MEMAHAMI AUTISME PADA PERINGKAT AWAL. JELASKAN KEPADA MEREKA BAHAWA MEMILIKI DIAGNOSIS AUTISME BUKANLAH SESUATU YANG KEADAAN YANG MEMALUKAN. MEREKA BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN DAN CARA TERBAIK UNTUK MENGGAMBARKAN DIRI MEREKA SENDIRI.

Adibah binti Mokhtar dalam kategori PSIKOLOGI

24-JAN-23
User
SOALAN 1 - APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENGHANTAR ANAK ISTMEWA SAYA (ASD+ADHD) YG LAHIR DI SELANGOR KE PUSAT EIP ANIS? SOALAN 2 - WAKTU OPERASI PUSAT EIP ANIS? SOALAN 3 - SAYA MENETAP DI PUTRA HEIGHTS. ADA MANA-MANA PUSAT YANG BERDEKATAN DENGAN LOKASI SAYA?

JAWAPAN 1 - PUAN BOLEH RUJUK DI LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/INTERVENSIANIS

JAWAPAN 2 - KAMI BEROPERASI PADA ISNIN HINGGA JUMAAT BERMULA PADA PUKUL 8.30AM HINGGA 4.30PM

JAWAPAN 3 - PUSAT ANIS HANYA BEROPERASI SHAH ALAM SAHAJA. PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS BERTEMPAT DI SEKSYEN 15 DAN PROGRAM PRASEKOLAH ANIS BERTEMPAT DI SEKSYEN 7

NADIA BINTI AB AZIZ dalam kategori MAKLUMAT AM

19-JAN-23
User
BOLEH KE DATANG KE SINI UNTUK BUAT ASSES ANALYSIS UNTUK PERKEMBANGAN ANAK? ANAK ADA MASALAH TANTRUM DAN SPEECH DELAY SAYA RASA.

PUAN BOLEH RUJUK LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/SARINGAN UNTUK PROGRAM SARINGAN AWAL ANIS. NAMUN SUKACITA DIMAKLUMKAN ANAK PUAN MESTILAH TIDAK PERNAH DIRUJUK OLEH MANA-MANA PAKAR SEBELUM INI

Ikma dalam kategori TERAPI CARA KERJA

20-JAN-23
User
ADAKAH KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN YANG MEMPUNYAI MASALAH SPEECH DELAY / SLOW LEARNER BOLEH MENYERTAI PROGRAM ANIS ?

ANAK PUAN BOLEH MENYERTAI PROGRAM ANIS SEKIRANYA ANAK PUAN TELAH DIDIAGNOS OLEH PAKAR BERTAULIAH SEBAGAI OKU PEMBELAJARAN. NAMUN SUKACITA DIMAKLUMKAN KAMI TIADA KEPAKARAN SPEECH THERAPIST. PUSAT KAMI HANYA MEMPUNYAI KEPAKARAN OCCUPATIONAL THERAPIST DAN GURU SAHAJA

SITI SALWA BINTI MOHD ZAIM dalam kategori TERAPI PERTUTURAN

20-JAN-23
User
BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MEMOHON KERUSI RODA UNTUK ANAK ORANG KURANG UPAYA YANG BERUMUR 18 TAHUN.

PUAN BOLEH RUJUK LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/BANTUANANIS. NAMUN SUKACITA DIMAKLUMKAN PERMOHONAN BAGI PROGRAM BANTUAN KHAS KAMI BELUM DIBUKA UNTUK TAHUN INI. PUAN BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOK (ANAK ISTIMEWA SELANGOR) DAN INSTAGRAM (ANIS_SELANGOR) UNTUK SEBARANG MAKLUMAT DAN PENGUMUMAN TERKINI DARIPADA ANIS

ROSMARINA dalam kategori MAKLUMAT AM

18-JAN-23
User
ASSALAMUALAIKUM. ANAK SAYA LAHIR DI KUALA LUMPUR TP KAMI DAH 20 TAHUN TINGGAL DI SELANGOR LAYAK KE MOHON ANIS? TERIMA KASIH

WAALAIKUMSALAM. SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PUSAT ANIS ADALAH ANAK MESTI LAHIR DI SELANGOR

NURAMYRAH BT ABD MANAN dalam kategori MAKLUMAT AM

18-JAN-23
User
BOLEH KE SAYA MOHON BANTUAN ANIS? DARI SEGI SUSU PAMPERS DAN PEMBELAJARAN ANAK SAYA TERIMA KASIH.

BOLEH. NAMUN SUKACITA DIMAKLUMKAN PERMOHONAN BAGI PROGRAM BANTUAN KHAS KAMI BELUM DIBUKA UNTUK TAHUN INI. PUAN BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOK (ANAK ISTIMEWA SELANGOR) DAN INSTAGRAM (ANIS_SELANGOR) UNTUK SEBARANG MAKLUMAT DAN PENGUMUMAN TERKINI DARIPADA ANIS

NURAMYRAH BT ABD MANAN dalam kategori MAKLUMAT AM

18-JAN-23
User
UNTUK ANAK OKU BERMASALAH PEMBELAJARAN BERUMUR 13 TAHUN, ADAKAH ADA APA-APA PERKHIDMATAN/PENDIDIKAN DITAWARKAN?

BUAT MASA INI, ANIS HANYA MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEPADA KANAK-KANAK OKU PEMBELAJARAN YANG BERUMUR 4 HINGGA 6 TAHUN DAN BELIA OKU PEMBELAJARAN YANG BERUMUR 17 HINGGA 22 TAHUN

KARTICA SHAHREEMA dalam kategori MAKLUMAT AM

18-JAN-23
User
SAYA NAK DAFTAR ANAK SAYA OKU ( AUSTIUM ) TAPI MASIH BELUM KAD OKU . BOLEH KE SAYA DATAR KAN . DAN TADI SAYA ADA REG ONLINE TETAPI KATA BAHAWA ANAK SAYA MASIH BELUM CUKUP UMUR .. TAPI ANAK SAYA LAHIR TAHUN 2018 PADA BULAN 8

UNTUK PROGRAM INTERVENSI ANIS - SYARAT KELAYAKAN BAGI UMUR ADALAH 4 HINGGA 5 TAHUN MANAKALA UNTUK PROGRAM PRASEKOLAH ANIS - SYARAT KELAYAKAN BAGI UMUR ADALAH 5 HINGGA 6 TAHUN

AYU HADZMAN dalam kategori MAKLUMAT AM

16-JAN-23
User
ASSALAMUALAIKUM, BOLEH SAYA TAHU BERAPAKH POPULASI AUTISM YANG REMAJA DAN DEWASA DI SELANGOR? SAYA PERLU DAPATKAN DATA TERSEBUT UNTUK SAYA LAKUKAN RESEARCH SAYA

WAALAIKUMSALAM AINA, BOLEH HUBUNGI PIHAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR UNTUK DATA YANG DIPERLUKAN.TERIMA KASIH

aina dalam kategori MAKLUMAT AM

14-JAN-23
User
ASSALAM..SAYA NAK TANYA..ANAK SAYA BARU DPT KD OKU DN BERUMUR 5 TAHUN..SAYA BERCADANG NAK ANTAR ANAK DI PRA ANIS..MCM MANA CRE NAK MOHON YE

ASSALAMUALAIKUM PUAN, UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH ANIS, PUAN BOLEH RUJUK DI WEBSITE ANIS ATAU KLIK SAHAJA PADA LINK INI HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/PRASEKOLAHANIS . TERIMA KASIH.

Nor hidayah dalam kategori MAKLUMAT AM

10-JAN-23
User
APAKAH KELAYAKAN & SYARAT UTK MEMOHON KAD ILTIZAM ANIS? DAN DIMANAKAH KAMI HARUS MEMBUAT PERMOHONAN INI? ANAK 13 THN OKU PEMBELAJARAN, APAKAH PROGRAM ATAU AKTIVITI YG BOLEH SERTAI DIBAWAH ANJURAN ANIS? TERIMA KASIH.

SETAKAT INI, PENUBUHAN PROGRAM KAD ILTIZAM ANIS MASIH DALAM PROSES DAN BELUM DILAKSANAKAN LAGI PUAN. SETAKAT INI, SYARAT KELAYAKAN UMUR ANAK PUAN HANYA SESUAI UNTUK PROGRAM BANTUAN KHAS ANIS SAHAJA. PUAN BOLEH RUJUK LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI SEMUA PROGRAM ANIS - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/ DAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA ANIS DI MEDIA SOSIAL KAMI.

Pn. Chin dalam kategori MAKLUMAT AM

06-JAN-23
User
ANAK TIDAK DILAHIRKAN DI SELANGOR TAPI SAYA SUDAH MENETAP DI SELANGOR LEBIH 10 TAHUN. ADAKAH LAYAK MEMOHON?

ENCIK PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN MASTAUTIN DARIPADA PENGESAH YANG DIBENARKAN. BOLEH RUJUK DI LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/

Tuan Mohamad Saizan bin Tuan Ibrahim dalam kategori MAKLUMAT AM

04-JAN-23
User
JIKA ANAK SAYA BELUM DISAH KAN MENGIDAP AUTISME TAPI KITA SEBAGAI IBU BAPA TELAH MENGENALPASTI AWAL MASALAH ITU,JADI ADAKAH LAYAK UNTUK MENYERTAI PROGRAM ANIS?

TUAN BOLEH SERTAI PROGRAM SARINGAN ANIS, BOLEH LIHAT DI WEBSITE KAMI DI TAB PROGRAM ANIS> PUSAT ANIS > PROGRAM SARINGAN AWAL ANIS. TERIMA KASIH

noor ikmal hisham dalam kategori MAKLUMAT AM

24-DEC-22
User
SAYA NAK TANYA UTK MOHON BANTUAN DAN KELAS TERAPI UTK ANAK SAYA DI PUSAT ANIS INI..BAGAIMANA NAK MOHON..

ASSALAMUALAIKUM PUAN NURUL, UNTUK MEMOHON BANTUAN PUAN BOLEH LIHAT DI WEBSITE KAMI CLICK TAB BANTUAN ANIS DAN UNTUK KELAS TERAPI PUSAT ANIS PUAN BOLEH LIHAT SYARAT-SYARAT DI BAHAGIAN PROGRAM ANIS> PUSAT ANIS> PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS. TERIMA KASIH

nurul syafiqah dalam kategori MAKLUMAT AM

19-DEC-22
User
SALAM SEJAHTERA , BILAKAH JANGKAAN TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ANIS BAGI TAHUN 2023 AKAN DIBUKA?

SALAM SEJAHTERA, JANGKAAN TARIKH PERMOHONAN DIBUKA MASIH BELUM TAHU LAGI TETAPI ANGGARAN DALAM TEMPOH BULAN JANUARI SEHINGGA MAY. TERIMA KASIH

Sya dalam kategori MAKLUMAT AM

19-DEC-22
User
SALAM ..ANIS ADA TAK MENAWARKAN PRA SEKOLAH ATAU TADIKA UTK ANAK AUTISM? KALAU ADA BOLE HUBUNGI SAYA TAK?

ADA PUAN. PUSAT PRASEKOLAH ANIS KAMI BARU SAHAJA MULA BEROPERASI PADA SEPTEMBER TAHUN INI. PUAN BOLEH RUJUK DI LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/PRASEKOLAHANIS

nadhirah khairani dalam kategori MAKLUMAT AM

13-DEC-22
User
SALAM SEJAHTERA.SAYA TELAH MEMOHON UNTUK PROGRAM INTERVENSI AWAL.SEMAKAN STATUS MENUNJUKKAN "PERMOHONAN DITERIMA". APAKAH LANGKAH YANG SETERUSNYA? ADAKAH ANAK SAYA DITERIMA UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

WAALAIKUMSALAM PUAN.
TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMOHON KEMASUKAN ANAK KE PUSAT ANIS. STATUS "PERMOHONAN DITERIMA" MENUNJUKKAN BAHAWA PIHAK ANIS TELAH MENERIMA PERMOHONAN ANAK PUAN. NAMUN, PIHAK ANIS MASIH BELUM MEMPROSES PERMOHONAN BERIKUTAN MASIH TIADA KEKOSONGAN PELAJAR PADA MASA SEKARANG.

UNTUK MAKLUMAN, TEMPOH MASA MENUNGGU BAGI SATU PERMOHONAN ADALAH 8 BULAN HINGGA 12 BULAN DARI TARIKH PERMOHONAN DILAKUKAN. TERIMA KASIH.

HANA ZULAIKA BINTI YAAKOB dalam kategori MAKLUMAT AM

26-NOV-22
User
ADAKAH KELUARGA PERLU MEMBAYAR SEBARANG GANTI RUJI JIKA BERLAKU KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH ANAK-ANAK AUTISM-ASD(OKU) SEMASA SESI TERAPI DI PUSAT ANJURAN ANIS.

ASSALAMUALAIKUM EN MUHAMMAD AZRIEL BIN AZLAN,
YA EN, INI KERANA SETIAP BARANGAN ATAU KEROSAKAN YANG BERLAKU AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA YANG LAIN YANG TURUT SERTA DALAM SESI TERAPI DI PUSAT ANJURAN ANIS. PIHAK GURU-GURU AKAN SENTIASA MEMANTAU PERGERAKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SEMASA DI PUSAT ANIS.
TERIMA KASIH

MUHAMMAD AZRIEL BIN AZLAN dalam kategori MAKLUMAT AM

23-NOV-22
User
BANTUAN PEMBEDAHAN JANTUNG UNTUK ANAK KHAS SELANGOR ADA?

ASSALAMUALAIKUM PUAN NORHASHIMAH YUSOFF, ADA PUAN. MELALUI BANTUAN KHAS ANIS, PERMOHONAN DIBUKA SETAHUN SEKALI. MOHON PUAN SENTIASA LIHAT DI WEBSITE DAN MEDIA SOSIAL KAMI TENTANG TARIKH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANIS. BERGANTUNG KEPADA SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
TERIMA KASIH

Norhashimah Yusoff dalam kategori MAKLUMAT AM

23-NOV-22
User
UNTUK PENDAFTARAN ANAK OKU SECARA ONLINE TAK ADA LAGI KE..

ASSALAMUALAIKUM EN.MOHAMAD AWALLDUDDIN BIN MOHD AZIZ, TERIMA KASIH KERANA BERTANYA KEPADA KAMI. BUAT MASA SEKARANG HANYA PERMOHONAN MELALUI BORANG SAHAJA YANG DIBENARKAN, KAMI SEDANG MENAMBAH BAIK PROCESS PERMOHONAN AGAR MEMUDAHKAN PEMOHON. JIKA ADA KAMI AKAN WAR-WARKAN DI WEBSITE DAN MEDIA SOSIAL.
TERIMA KASIH

mohamad awallduddin bin mohd aziz dalam kategori MAKLUMAT AM

04-DEC-22
User
ASSALAMMUALAIKUM SAYA NAK TANYA PERMOHONAN ANIS UNTUK ANAK SAYA SUDAH LULUS.. APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN ATAU TINDAKAN PIHAK ANIS SETERUSNYA ?

WAALAIKUMSALAM PUAN NOR AZLINA BINTI LAMAT, TERIMA KASIH KERANA BERTANYA KEPADA KAMI. KAMI HARAP PUAN BERSABAR DALAM SEDIKIT MASA LAGI INI KERANA KAMI SEDANG MEMBUAT PROCESS BAYARAN.
TERIMA KASIH

NOR AZLINA BINTI LAMAT dalam kategori MAKLUMAT AM

01-DEC-22
User
HOW TO APPLY MY KIDS FOR DIAGNOSIS OF AUTISM ?

BOLEH RUJUK LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/SARINGAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Ng See Leng dalam kategori MAKLUMAT AM

11-OCT-22
User
WHERE CAN I REGISTER FOR DIAGNOSIS AUTISM FOR MY KIDS?

PUAN/TUAN BOLEH RUJUK DI LINK INI HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/SARINGAN UNTUK PERMOHONAN SARINGAN.

Ng See Leng dalam kategori MAKLUMAT AM

11-OCT-22
User
ASSALAMUALAIKUM BOLEH TAU BILA BANTUAN ANIS NIE DIBUKA SEMULA YE?

WAALAIKUMUSSALAM PUAN, BANTUAN ANIS INI AKAN DIBUKA SEMULA PADA TAHUN HADAPAN. TARIKH PEMBUKAAN AKAN KAMI MAKLUMKAN DI FACEBOOK DAN WEBSITE ANIS.

HANI NORSHEIDA BINTI REZALI dalam kategori MAKLUMAT AM

11-OCT-22
User
ASSALAMUALAIKUM.MAAF SY BERTANYA. SAYA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN ANIS UNTUK ANAK TELAH LULUS. BOLEH SAYA TAHU RANGE KEMASUKAN PEMBAYARAN KE PUSAT TERAPI BILA YA ?

WAALAIKUMSALAM PUAN,
KELULUSAN DAN KEMASUKAN PEMBAYARAN BANTUAN AKAN DIBERITAHU DALAM MASA BULAN OKTOBER INI.

HANY dalam kategori MAKLUMAT AM

23-SEP-22
User
1) BILAKAH PERMOHONAN BAGI BANTUAN ANIS DI BUKA PADA SETIAP TAHUN ? 2) ADAKAH SATU PERMOHONAN UNTUK 1 TAHUN @ SEKALI SAHAJA? 3) SEKIRANYA SUDAH MOHON BANTUAN ANIS DAN TELAH DILULUSKAN PADA FEBRUARI / MAC 2022. BOLEHKAH SAYA MOHON SEKALI LAGI UNTUK BANTUAN KELAS TERAPI BAGI TAHUN YANG SAMA?

ASSALAMUALAIKUM PUAN,
1. PERMOHONAN AKAN DIBUKA SETIAP AWAL TAHUN DAN BOLEH SEMAK DI WEBSITE KAMI ANIS.SELANGOR
2. YA BETUL, PERMOHONAN HANYA DIBUKA SETAHUN SEKALI
3. BOLEH HANTAR KAN PERMOHONAN DAN TERTAKLUK KEPADA BAHAGIAN KELULUSAN.
TERIMA KASIH

NUR AIN KHALIL dalam kategori MAKLUMAT AM

28-SEP-22
User
SALAM ANIS SELANGOR, SAYA ADA SUBMIT BANTUAN KHAS SBLM NI, TAPI BILA CEK STATUS MASIH DALAM PROSES DAN MENUNGGU KELULUSAN, TARIKH TUTUP DIA 30 MAY 2022, SAMPAI SEKARANG MASIH DALAM PROSES? BOLEH SAYA TAHU STATUS BANTUAN UTK ANAK SAYA. TQ

WAALAIKUMSALAM PUAN IZYANTI BINTI MOHD ESA,
TERIMA KASIH KERANA BERTANYAKAN PADA KAMI, UNTUK PENGETAHUAN PUAN PROSES KELULUSAN SEDANG DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT DAN STATUS KELULUSAN KAN DIKETAHUI SELEWATNYA PADA HUJUNG BULAN SEPTEMBER INI. KAMI BERHARAP PUAN DAPAT BERSABAR KERANA PERMOHONAN TAHUN INI LUAR BIASA RAMAI DAN PROSES KELULUSAN AMAT DITELITIKAN. SEKIAN TERIMA KASIH

IZYANTI BINTI MOHD ESA dalam kategori MAKLUMAT AM

20-SEP-22
User
ASSALAMUALAIKUM. BOLEH SY TAHU BILA STATUS PERMOHONAN BANTUAN ANIS AKAN DIKELUARKAN? INI KERANA PUSAT TERAPI HNYA BERIKAN SAYA MASA SELAMA 2BULAN UNTUK MENANGGUHKAN SESI TERAPI ANAK.

WAALAIKUMSALAM PUAN ANIS ADEBAH, TERIMA KASIH BERTANYAKAN PADA KAMI. UNTUK PENGETAHUAN PUAN STATUS SEMAKAN BOLEH DISEMAK DARI MASA KE SEMASA DAN KEPUTUSAN KELULUSAN BERGANTUNG KEPADA KUOTA BANTUAN YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR, KAMI BERHARAP PUAN BERSABAR MENUNGGU STATUS KELULUSAN KERANA KAMI SEDANG BERUSAHA MEMPROSES KESEMUA PERMOHONAN. TERIMA KASIH

ANIS ADEBAH dalam kategori MAKLUMAT AM

14-SEP-22
User
ANAK SAYA UMUR 6 TAHUN BARU DAFTAR AUTISME - PEMBELAJARAN (OKU). MASIH BOLEH MENDAFTAR UNTUK BANTUAN BAGI MENGHANTAR DIA KE PUSAT KHAS? SEBAB TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 MEI 2022.

ASSALAMUALAIKUM MOHD FISWAN BIN ZULKIFLI,

EN BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN YANG BARU PADA TAHUN HADAPAN JIKA DIBERIKAN PELUANG PIHAK ANIS UNTUK MEMBERIKAN KAN BANTUAN KHAS ANIS INI. UNTUK TAHUN 2022 PERMOHONAN TELAH DITUTUP DAN EN BOLEH SEMAK DARI MASA KE SEMASA DI WEBSITE KAMI DI HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/BANTUANANIS TERIMA KASIH

MOHD FISWAN BIN ZULKIFLI dalam kategori MAKLUMAT AM

13-SEP-22
User
SAYA TIDAK MENERIMA STATUS KEMASUKAN ANAK SAYA KE PRASEKOLAH ANIS. ADAKAH RAYUAN UNTUK KEMASUKAN KE SESI JANUARI 2023 AKAN DIBUKA?

TERIMA KASIH TUAN/PUAN KERANA TELAH MENDAFTAR KEMASUKAN ANAK KE PRA-SEKOLAH ANIS. YA, PIHAK ANIS AKAN SEKALI LAGI MENYEMAK PERMOHONAN YANG LAYAK UNTUK KEMASUKAN PELAJAR FASA 2 PADA BULAN DEC. PIHAK KAMI AKAN HUBUNGI TUAN/PUAN UNTUK DIJEMPUT KE PENILAIAN AWAL JIKA ANAK TUAN/PUAN MEMENUHI KRITERIA KEMASUKAN PRA-SEKOLAH.

NURUL dalam kategori MAKLUMAT AM

08-SEP-22
User
BOLEH SAYA TAHU BERAPA SESI YANG AKAN DIJALANKAN DALAM SEBULAN.

UNTUK PROGRAM TRANSISI PRA-SEKOLAH YANG SEDANG DIJALANKAN, SESI PEMBELAJARAN ADALAH 2 HARI SEMINGGU, 3 JAM PER SESI.

nursima binti rahmani dalam kategori MAKLUMAT AM

12-SEP-22
User
DIMANA SAYA NAK DOWNLOAD FORM UNTUK PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS YA?

PUAN BOLEH RUJUK PADA LINK INI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/DIDIKANIS DAN KLIK PADA BUTANG HIJAU "SEMAK/HANTAR PERMOHONAN" DI AKHIR PAGE TERSEBUT.

Doris Catherine dalam kategori MAKLUMAT AM

05-AUG-22
User
ANAK SAYA BERUMUR 7 TAHUN BOLEH KE DAFTAR KE ANIS? ANAK SAYA DOWN SINDROM, MASIH TIDAK PANDAI MAKAN SENDIRI DAN PERGI KE TANDAS, INI MENYEBABKAN ANAK SAYA TIDAK DITERIMA DI SEKOLAH PENDIDIKKAN KHAS. TERIMA KASIH

SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM INTERVENSI ANIS ADALAH BERUMUR 2-6 TAHUN MANAKALA SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM PRASEKOLAH ANIS ADALAH BERUMUR 5-6 TAHUN SAHAJA.

SAZALI dalam kategori MAKLUMAT AM

03-AUG-22
User
ASSALAMMUALAIKUM SAYA NAK TANYA, SURAT REFERRAL DARI DR SPECIALIST DARI HOSPITAL SWASTA DITERIMA KE? UNTUK MEMOHON BANTUAN PEMBELIAN MESIN DARI ANIS

WAALAIKUMSALAM PUAN, BOLEH DAN SILA PASTIKAN SURAT REFERRAL TERSEBUT MEMPUNYAI COP DAN TANDATANGAN DARIPADA DOCTOR. ADAKAH INI UNTUK PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANIS?

NOOR AZURA dalam kategori MAKLUMAT AM

19-JUL-22
User
SALAM, BAGAIMANA BOLEH SAYA SEMAK BERAPA JUMLAH KELULUSAN BAGI BANTUAN ANIS YANG ANAK SAYA TERIMA?

SALAM ARIF JUSOH, JUMLAH KELULUSAN BERGANTUNG KEPADA KATEGORI PERMOHONAN.PENDIDIKAN,PERALATAN, PEMBEDAHAN DAN SUSU/VITAMIN. TUAN KATEGORI YANG MANA YA?

Arif Jusoh dalam kategori MAKLUMAT AM

08-JUL-22
User
ASSALAMUALAIKUM SAYA ADA ANAK OKU UMUR 1 TAHUN 3 BULAN BLH KE SAYA BUAT PEMOHONAN. ANAAK SAYA DILAHIRKAN DI KAJANG SELANGOR N SAYA JUGA PENGUNDI SELANGOR. MCM MANA SAYA NAK DAPATKAN BORANG PEMOHONAN

WAALAIKUMSALAM PUAN SHARIFAH ERMAWATY BIN SYED AZIM, UNTUK BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANIS, PERMOHONAN AKAN DIBUKA PADA SETIAP TAHUN DAN MOHON PUAN UNTUK SENTIASA UPDATE DENGAN PENGUMUMAN DI WEBSITE KAMI DAN MEDIA SOSIAL. UNTUK PERMOHONAN TAHUN INI TELAH DITUTUP.TERIMA KASIH

SHARIFAH ERMAWATY BIN SYED AZIM dalam kategori MAKLUMAT AM

23-JUN-22
User
SALAM, SAYA SITI NURFAIRUZ BINTI TAJUDDIN, SAYA SUDAH DAFTAR & SUBMIT BORANG PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS UNTUK TRIPLET SAYA, DAH SEMAK MASIH BELUM UPDATE LAGI DALAM WEBSITE

ASSALAMUALAIKUM SITI NURFAIRUZ BINTI TAJUDDIN, PUAN DAH HANTAR BORANG DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KE PUSAT ANIS ATAU EMAIL INTERVNESIANIS@GMAIL.MY? JIKA BELUM SILA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK KAMI SEMAK LEBIH LANJUT.TERIMA KASIH

SITI NURFAIRUZ BINTI TAJUDDIN dalam kategori MAKLUMAT AM

14-JUN-22
User
KELULUSAN PERMOHONAN BAGAIMANA DIKETAHUI

HI FREDERICA, KELULUSAN BANTUAN KHAS ANIS BOLEH SEMAK DARI MASA KE SEMASA DI WEBSITE KAMI WWW.ANISSELANGOR.COM TERIMA KASIH

FREDERICA dalam kategori MAKLUMAT AM

16-JUN-22
User
MACAM MANA NAK DAFTAR SELEPAS TARIKH PENDAFTARAN TAMAT

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, PENDAFTARAN PERMOHONAN BOLEH DILAKUKAN SELEPAS PERMOHONAN BARU BUKA TAHUN HADAPAN

azlan dalam kategori MAKLUMAT AM

16-JUN-22
User
KENAPA BANTUAN ANIS & DIDIK ANIS DIBUKA PERMOHONAN DALAM TEMPOH YANG SINGKAT? RAMAI YANG TIDAK TAHU TENTANG BANTUAN SEBEGINI. BANTUAN-BANTUAN ANIS SANGAT BERGUNA DAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN BAGI IBU BAPA YANG MEMPUNYAI RAMAI ANAK ISTIMEWA. BILAKAH LAGI BANTUAN & DIDIK ANIS AKAN DIBUKA ?

TERIMA KASIH DIATAS SOALAN PUAN NURHASLINA, DIANTARA SEBAB-SEBAB TEMPOH PERMOHONAN DIBUKA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT ADALAH UNTUK MENGAWAL JUMLAH PERMOHONAN YANG BEGITU RAMAI DAN JUGA JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN YANG DISALURKAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI TIDAK DAPAT MENAMPUNG KEPADA SEMUA PEMOHON. BANTUAN KHAS ANIS DAN DIDIK ANIS AKAN DIBUKA SETIAP TAHUN DAN PUAN BOLEH AMBIL MAKLUM DI LAWAN SESAWANG HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/ DAN FACEBOOK ANIS UNTUK INFO TERKINI.TERIMA KASIH

nur haslina dalam kategori MAKLUMAT AM

14-JUN-22
User
BAGAIMANA CARA UNTUK MOHON BANTUAN ANIS UNTUK TAHUN 2022 SECARA ONLINE? SAYA TAK JUMPA DIMANA PERLU MENGISI BORANG TERSEBUT SELAIN PERLU DOWNLOAD BORANG. ATAU UNTUK TAHUN 2022 PERLU MOHON SECARA MANUAL?

UNTUK TAHUN 2022, PUAN PERLU MUAT TURUN BORANG KEMUDIAN ISI SECARA MANUAL SERTA LENGKAPKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DAN HANTAR KE PEJABAGT YAWAS.TERIMA KASIH

azrina binti mohd saharin dalam kategori MAKLUMAT AM

24-MAY-22
User
DI MANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN SENARAI JAWATAN PEGAWAI PENGESAH?

HANYA ADUN DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL TUAN YANG BOELH SAHKAN DOKUMEN TUAN. HTTPS://SSIPR.SELANGOR.GOV.MY/PUSAT-KHIDMAT-DUN/

ZAIM JALAL dalam kategori MAKLUMAT AM

24-MAY-22
User
ANAK BERUMUR 9 THN MASIH BOLEH BUAT THERAPY DI PUSAT ANIS ?

HANYA ANAK BERUMUR DARIPADA 2 SEHINGGA 6 TAHUN SAHAJA

Lim Chee Pin dalam kategori MAKLUMAT AM

23-MAY-22
User
BOLEH SAYA TAHU DI BAHAGIAN MANA PERLU UNTUK DI ISI BAGI MENGISI PERMOHONAN BANTUAN ANIS SECARA ATAS TALIAN? SAYA TIDAK DAPAT MENGHUBUNGI TALIAN YANG DISEDIAKAN KERANA TIADA YANG MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

ASSALAMUALAIKUM PUAN, UNTUK PERMOHONAN, PEMOHON HENDAKLAH MUAT TURUN BORANG DAH ISIKAN SECARA MANUAL KEMUDIAN SERTAKAN DOKUMEN YANG LENGKAP.BUAT MASA INI KAMI TIDAK LAGI BUAT PERMOHONAN DI ATAS TALIAN.

SYAIDATUL AKMAR dalam kategori MAKLUMAT AM

20-MAY-22
User
SALAM. SAYA ADA ANAK ISTIMEWA BARU SAHAJA DISAHKAN AUTISM. SAYA MEMENUHI SEMUA SYARAT2 KECUALI BUKAN PENGUNDI DI SELANGOR. PERLU KE SAYA TUKAR STATUS PENGUNDI SAYA? SEMPAT KE UNTUK SAYA TUKAR SEDANGKAN PERMOHONAN TUTUP 31 MEI INI? TERIMA KASIH

WAALAIKUMSALAM,JIKA SALAH SEORANG IBU BAPA/PENJAGA PENGUNDI DI NEGERI SELANGOR, BOLEH.JIKA KEDUA2NYA BUKAN PENGUNDI DI SELANGOR,BOLEH TUKAR STATUS TEMPAT MENGUNDI DI SELANGOR DAN DIKHUATIRI TIDAK SEMPAT UNTUK PIHAK SPR MELAKSANAKANNYA.TERIMA KASIH

NURUL AKMA AZNIRA dalam kategori MAKLUMAT AM

19-MAY-22
User
ANAK SAYA BERUMUR 2TAHUN 6 BULAN DAN MASIH MENGIKUTI APPOINTMENT - APPOINTMENT DARI HOSPITAL.SOALAN SAYA,LAYAK KE SAYA MEMOHON BANTUAN ANIS SEBAB ANAK SAYA MASIH BELUM EMILIKI KAD OKU?

UNTUK GARIS PANDUAN UMUR, SYARAT LEPAS. DOKUMEN DIAGNOSIS (SURAT PENGESAHAN DARIPADA DOCTOR) PERLU UNTUK PERMOHONAN, WALAUPUN BELUM MEMIILIKI KAD OKU.TERIMA KASIH

NURHARYATI BT ABD RAUB dalam kategori MAKLUMAT AM

19-MAY-22
User
BAGAIMANA SAYA NAK BERDAFTAR DENGAN ANIS,TAPI ANAK SAYA MASIH TIADA KAD OKU? WAJIB ADA KAD OKU KE?

BAGI DAFTAR UNTUK PROGRAM ANIS ANDA BOLEH MELAYARI WEB ANISSELANGOR.COM DAN PILIH PROGRAM ANIS DAFTAR SECARA DALAM TALIAN, JIKALAU, ANDA TELAH MEMBUAT PERMOHONAN KAD OKU, ANDA BOLEH SERTAKAN SEKALI DENGAN SALINAN BORANG PERMOHONAN BAGI MEMASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT PERMOHONAN KAD OKU

NORSUZANTI BINTI ABDUL RAHIM dalam kategori MAKLUMAT AM

22-MAR-22
User
SESI INTERVENSI ANIS DIJALANKAN BERAPA LAMA? BAGAIMANA JADUAL INTERVENSI?

BAGI SESI INTERVENSI ANIS BERJALAN 2JAM SEMINGGU ISNIN HINGGA KHAMIS, SESI 1 (9PAGI-11PAGI) SESI 2 (11.30PAGI-1.30PTG) SESI 3 (2.30PTG-4.30PTG)

MOHAMED HANIFF BIN HASSAN dalam kategori MAKLUMAT AM

16-MAR-22
User
BOLEH SAYA BUAT SEMAKAN BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN ANIS 2022 DAPAT DIKETAHUI?

ASSALAMUALAIKUM PUAN NABILA, TERIMA KASIH KERANA BERTANYA. KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DIKELUARKAN DALAM MINGGU INI.

NOOR NABILA BINTI WAHID dalam kategori MAKLUMAT AM

05-SEP-22
User
PRMOHONAN KENA ISI DETAILS ANAK ATAU DETAIL IBUBAPA ?

ISI MAKLUMAT UNTUK KEDUANYA SEKALI. BOLEH RUJUK PADA BORANG PERMOHONAN.

Ng See Leng dalam kategori MAKLUMAT AM

11-OCT-22
User
SAYA SEORANG PENJAWAT AWAM DAN BEKERJA DI SELANGOR LEBIH 10 TAHUN, BOLEHKAH PEGAWAI/KETUA JABATAN SAYA MENJADI PENGESAHAN PERMASTAUTIN SAYA?

ORANG YANG BOLEH MENGESAHKAN PEMASTAUTIN HANYALAH TERDIRI DARIPADA AHLI MAJLIS KAWASAN TEMPAT TINGGAL, AHLI PARLIMEN, ADUN, KETUA KOMUNITI, KETUA KAMPUNG, IMAM MASJID,
TERIMA KASIH

JOHAARDI dalam kategori MAKLUMAT AM

29-DEC-22
User
HAI, SUAMI SAYA ADALAH WARGA SELANGOR DAN PENGUNDI DI SELANGOR. SAYA PULA BUKAN WARGA SELANGOR TETAPI SUDAH MENETAP DI SELANGOR 10 TAHUN. DALAM PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI ANAK, ADAKAH PERLU UNTUK SAYA MENDAPATKAN COP PERMASTAUTIN DARI ADUN TERDEKAT?

HAI PUAN, TIDAK PERLU TETAPI PEMOHON MESTILAH MENGGUNAKAN NAMA SUAMI PUAN INI KERANA SUAMI PUAN MEMENUHI KRITERIA SEBAGAI WARGA SELANGOR DAN JUGA PENGUNDI SELANGOR.TERIMA KASIH

azira dalam kategori MAKLUMAT AM

27-DEC-22
User
ADAKAH ANIS MEMBUKA PERMOHONAN KEPADA ORANG AWAM UNTUK MENJADI SUKARELAWAN?

YA, BOLEH UPDATE DAN FOLLOW UP DI FACEBOOK ANIS DAN INSTAGRAM ANIS UNTUK PROGRAM-PROGRAM YANG MELIBATKAN SUKARELAWAN. TERIMA KASIH

YASMIN MAISARAH BINTI ZULKIFFLI dalam kategori MAKLUMAT AM

19-DEC-22
User
BOLEH KE ANAK SAYA PERGI KE SARINGAN AWAL UNTUK DIAGNOSIS PAKAR TANPA MENYEDIAKAN DOKUMEN?

TIDAK BOLEH PUAN. PUAN SEHARUSNYA MENDAFTAR PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN DI - HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/SARINGAN TERLEBIH DAHULU. SETERUSNYA, PUAN HARUS MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN DAN DOKUMEN SOKONGAN KEPADA PIHAK KAMI

NURUL dalam kategori MAKLUMAT AM

16-DEC-22
User
SAYA SUDAH MENDAFTAR SECARA ONLINE PROGRAM SARINGAN AWAL. APA DOKUMEN LAIN YANG DIPERLUKAN SELAIN BORANG PERMOHONAN?

PUAN YUHANA BOLEH REFER DI WEBSITE KAMI DI BAHAGIAN SARINGAN AWAL, TERIMA KASIH
SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON
SALINAN KAD PENGENALAN PASANGAN
SALINAN KAD PENGENALAN ANAK
SALINAN SIJIL DAFTAR / KAD NIKAH IBU BAPA
SALINAN SURAT PERAKUAN ANAK ANGKAT (JIKA BERKENAAN)
COP PENGESAHAN MASTAUTIN YANG DISAHKAN PADA BORANG PERMOHONAN (RUJUK PADA SENARAI JAWATAN PEGAWAI PENGESAH YANG DIBENARKAN SAHAJA).
BORANG PENGESAHAN STATUS PERMASTAUTIN BOLEH DIDAPATKAN DISINI
SALINAN SLIP GAJI IBU DAN BAPA

YUHANA BINTI SULIMAN dalam kategori MAKLUMAT AM

21-NOV-22
User
BOLEH KE FOLLOW-UP PADA HUJUNG MINGGU SEPERTI SABTU & AHAD?

PUAN NAK FOLLOW UP BERKENAAN PERKARA APA? PUAN BOLEH FOLLOW DENGAN TELEPHONE KAMI DI TALIAN 03-55453170 ISNIN-JUMAAT 8.30 PAGI -5.30 PETANG

FATIMAH NORA BINTI ISMAIL dalam kategori MAKLUMAT AM

28-OCT-22
User
JIKA BUKAN PENGUNDI SELANGOR, TAPI SUDAH TINGGAL DI SELANGOR LEBIH 10TAHUN, BOLEHKAN ANAK OKU APPLY NI ?

MAAF UNTUK BANTUAN INI SALAH SATU SYARAT KELAYAKAN ADALAH PENGUNDI SELANGOR.

YAP LI FOON dalam kategori MAKLUMAT AM

12-OCT-22
User
JIKA BUKAN PENGUNDI SELANGOR, TAPI SUDAH TINGGAL DI SELANGOR LEBIH 10TAHUN, BOLEHKAN ANAK OKU APPLY NI ?

MAAF UNTUK BANTUAN INI SALAH SATU SYARAT KELAYAKAN ADALAH PENGUNDI SELANGOR.

YAP LI FOON dalam kategori MAKLUMAT AM

12-OCT-22
User
SAYA BARU NAK MEMOHON UNTUK NAMA AGENSI TU SAYA PERLU ISI MACAMANA YE?

MAAF PUAN, BOLEH SAYA TAHU AGENSI APA YANG PUAN MAKSUDKAN?

nursima binti rahmani dalam kategori MAKLUMAT AM

12-SEP-22
User
JIKA ANAK SAYA KATEGORI OKU FIZIKAL DI MANA TADIKA YANG MEMENUHI KEPERLUAN ANAK SAYA SEBAGAI OKU FIZIKAL { KAKI }

PUAN BOLEH RUJUK PADA WEBSITE : HTTPS://WWW.ANISSELANGOR.COM/SENARAIPUSATTERAPI DALAM BAHAGIAN MAKLUMAT ANIS PADA WEB KAMI.

halimah dalam kategori MAKLUMAT AM

11-AUG-22
User
UNTUK MENYERTAI PROGRAM PRA SEKOLAH,PERLUKAH IBU BAPA MENYERTAI SEKALI?

BAGI PROGRAM PRA SEKOLAH ANIS IBU BAPA TIDAK PERLU MENYERTAI SEMASA SESI, CUMA KANAK-KANAK SAHAJA KERANA IA MERUPAKAN KELAS KESEDIAAN KE SEKOLAH

SITI SAFARINA BINTI MOHAMED NOOR dalam kategori MAKLUMAT AM

06-SEP-22
User
ANAK SAYA PEKAK DAN AKTIF DALAM MEMANAH, BOLEHKAH SAYA MEMOHON BANTUAN DARI SEGI PENYELENGARAAN ALATAN. JIKA BOLEH BAGAI MANA HENDAK SAYA MOHON

ASSALAMUALAIKUM EN. AZIZAN BIN SAAD, TERIMA KASIH ATAS PERTANYAAN YANG DIBERIKAN. PERMOHONAN BANTUAN BOLEH DIBUAT TAHUN HADAPAN MELALUI BANTUAN KHAS ANIS. SILA RUJUK WEBSITE ANIS.

Azizan Bin Saad dalam kategori MAKLUMAT AM

12-AUG-22
User
BOLEH KAH SEKIRANYA IBU DAN BAPA TELAH MENETAP DI SELANGOR MELEBIHI 10 TAHUN TETAPI TIDAK MENGUNDI DI SELANGOR.

UNTUK BANTUAN KHAS ANIS:
1) IBU /BAPA/ PENJAGA SALAH SEORANG PENGUNDI SELANGOR.
2) IBU / BAPA/ PENJAGA YANG MEMPUNYAI ANAK OKU BERUMUR 18 KE BAWAH; DAN
3) IBU/BAPA/PENJAGA LAHIR DI NEGERI SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR; ATAU IBU/BAPA/PENJAGA BUKAN KELAHIRAN SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR MINIMUM 10 TAHUN (PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN MASTAUTIN DARIPADA PENGESAH YANG DIBENARKAN);

UNTUK PROGRAM SARINGAN AWAL ANIS:
1) IBU/BAPA/PENJAGA LAHIR DI NEGERI SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR; ATAU
2) IBU/BAPA/PENJAGA BUKAN KELAHIRAN SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR MINIMUM 10 TAHUN (PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN MASTAUTIN DARIPADA PENGESAH YANG DIBENARKAN)

UNTUK PROGRAM INTERVENSI AWAL ANIS DAN PROGRAM PRASEKOLAH ANIS:
1) IBU/BAPA/PENJAGA MERUPAKAN PENGUNDI DI NEGERI SELANGOR
2) IBU/BAPA/PENJAGA LAHIR DI NEGERI SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR; ATAU
3) IBU/BAPA/PENJAGA BUKAN KELAHIRAN SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR MINIMUM 10 TAHUN (PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN MASTAUTIN DARIPADA PENGESAH YANG DIBENARKAN)

NATASHA AMIERA dalam kategori MAKLUMAT AM

03-AUG-22
User
SALAM..ANAK SAYA SPEECH DELAY DAN KURANG FOKUS..UMUR 3 TAHUN 6 BULAN. BOLEHKAN ANIS TERIMA ANAK SAYA UNTUK TERAPI SPEECH DELAY DI PUSAT ANIS? DAN SAYA NAK TAHU JUGA TERAPI YANG BAGAIMANA PIHAK ANIS BERIKAN? TERIMA KASIH.

WAALAIKUMSALAM, MINTA MAAF BUAT MASA INI KAMI MASIH BELUM ADA TERAPI UNTUK SPEECH DELAY DI PUSAT ANIS, INSYAALLAH DIMASA AKAN DATANG PASTI AKAN KAMI SEDIAKAN TERAPI UNTUK SPEECH DELAY. BUAT MASA INI KAMI FOKUS PADA KANAK-KANAK BERUMUR DIANTARA 2 SEHINGGA 6 TAHUN, KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM INTERVENSI AWAL SERTA MASALAH YANG BERKAITAN PEMBELAJARAN SEPERTI AUTISM,DOWN SYNDROME, ADHD DAN GLOBAL DEVELOPMENT DELAY.
TERIMA KASIH

Eykein dalam kategori MAKLUMAT AM

25-MAY-22
User
ANAK SAYA SUDAH BERUSIA 10 TAHUN BOLEHKAH MENYERTAI PROGRAM ANIS KERANA BARU DAPAT TAHU YG ANAK SYA DISLEKSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA, MAAF PUAN BAGI MENYERTAI PROGRAM INTERVENSI SERTA PRA ANAK PUAN TIDAK MELEPASI SYARAT UMUR TETAPI PUAN BOLEH MEMOHON BAGI PROGRAM SELAIN DARIPADA PROGRAM INTERVENSI.

AMIRA dalam kategori MAKLUMAT AM

23-JUL-22
User
ANAK SAYA SEORANG OKU PENGLIHATAN DAN BERUMUR 6 TAHUN ADAKAH TEMPAT DI ANIS UTK ANAK SAYA OKU SPT YG DINYATAKAN

ASSALAMUALAIKUM PUAN SITI HAWA BINTI MOHAMED, MINTA MAAF PUAN BUAT MASA SEKARANG NI KAMI BELUM MENERIMA ANAK ISTIMEWA PENGLIHATAN KERANA KAMI FOKUS PADA ANAK ISTIMEWA PEMBELAJARAN TERLEBIH DAHULU INSYAALLAH DIMASA AKAN DATANG KAMI AKAN TAMBAH BAIK SERVIS YANG DITAWARKAN.TERIMA KASIH

siti hawa binti mohamed dalam kategori MAKLUMAT AM

27-JUN-22
User
DIMANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN COP MASTAUTIN UNTUK DAERAH KLANG, SELANGOR?

TUAN BOLEH GOOGLE PEJABAT ADUN DI TEMPAT TINGGAL TUAN YANG BERDEKATAN.INI KERANA KLANG MEMPUNYAI BEBERAPA PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PEJABAT ADUN YANG BOLEH SAHKAN PERMASTAUTIN TUAN.TERIMA KASIH

Armon dalam kategori MAKLUMAT AM

11-JUN-22
User
ADAKAH ANIS ADA MENYEDIAKAN KHIDMAT LATIHAN UNTUK ANAK-ANAK BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS?

SALAM SEJAHTERA, MAAF BUAT MASA SEKARANG ANIS HANYA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KEPADA ANAK-ANAK YANG BERUSIA 6 TAHUN KEBAWAH

FAZILAH BINTI NGASPAN dalam kategori MAKLUMAT AM

07-JUN-22
User
SALAM. SAYA ADA ANAK ISTIMEWA BARU SAHAJA DISAHKAN AUTISM. SAYA MEMENUHI SEMUA SYARAT2 KECUALI BUKAN PENGUNDI DI SELANGOR. PERLU KE SAYA TUKAR STATUS PENGUNDI SAYA? SEMPAT KE UNTUK SAYA TUKAR SEDANGKAN PERMOHONAN TUTUP 31 MEI INI? TERIMA KASIH

SYARAT PERMOHONAN ADALAH PENGUNDI YANG MENGUNDI DI NEGERI SELANGOR, YA PERLU TUKAR STATUS MENGUNDI DI NEGERI SELANGOR UNTUK PERMOHONAN. BERGANTUNG KEPADA TEMPOH PROSES PERTUKARAN DARIPADA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA.

NURUL AKMA AZNIRA dalam kategori MAKLUMAT AM

17-MAY-22
User
APAKAH SYARAT KELAYAKAN UTK MEMOHON BANTUAN ANIS?

1. WARGANEGARA MALAYSIA
2. IBU /BAPA/ PENJAGA SALAH SEORANG PENGUNDI DI NEGERI SELANGOR.
3. IBU / BAPA/ PENJAGA YANG MEMPUNYAI ANAK OKU BERUMUR 18 KE BAWAH; DAN
4. IBU/BAPA/PENJAGA LAHIR DI NEGERI SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR; ATAU IBU/BAPA/PENJAGA BUKAN KELAHIRAN SELANGOR DAN SEDANG MENETAP DI SELANGOR MINIMUM 10 TAHUN (PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN MASTAUTIN DARIPADA PEGAWAI PENGESAH YANG DIBENARKAN);
5. ANAK (OKU) MEMPUNYAI KAD OKU YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ATAU SURAT PENGESAHAN DARIPADA DOKTOR (JIKA TIADA KAD OKU);

Nurul Nadiah Yaakop dalam kategori MAKLUMAT AM

25-APR-22
User
SAYA INGIN MEMOHON BANTUAN ANIS ONE OFF. SAYA INGIN TAHU SENARAI JAWATAN PEGAWAI PENGESAH YANG DIBENARKAN UNTUK PENGESAHAN PERMASTAUTIN

SENARAI JAWATAN PEGAWAI YANG DIBENARKAN UNTUK MENGESAHKAN BORANG PERMOHONAN ADALAH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI / PENYELARAS DEWAN NEGERI/ PUSAT KHIDMAT DUN. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DITANDATANGAN BESERTA COP RASMI.

SYAZANA dalam kategori MAKLUMAT AM

17-MAY-22
User
UNTUK BANTUAN DIDIK ANIS, ADAKAH SENARAI INSTITUSI YANG MENJALANKAN EIP YANG BERKELAYAKAN UNTUK MOHON BANTUAN DIDIK INI?

TERBUKA KEPADA SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN ANAK ISTIMEWA YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA / PENDAFTARAN PERTUBUHAN, KHUSUS MENJALANKAN EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP) UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DI SELANGOR SAHAJA

ROSLIZA BAHARUDIN dalam kategori MAKLUMAT AM

30-MAR-22
User
ADAKAH PROGRAM INI MASIH BERJALAN UNTUK TAHUN 2022?

SEMUA PROGRAM ANIS MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA CUMA TARIKH PEMBUKAAN SETIAP PROGRAM AKAN DIUMUMKAN DI MEDIA SOCIAL ANIS SEPERTI FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WEB ANIS SELANGOR

Hafizah dalam kategori MAKLUMAT AM

27-MAR-22
User
ANAK SAYA LAHIR DI WILAYAH, TETAPI KAMI MENETAP DI SELANGOR HAMPIR 25TAHUN. SAYA TELAH MENGISI BORANG SECARA ONLINE. PERMOHONAN TELAH DITERIMA TETAPI APABILA SAYA MEMBUKA FILE ITU, SAYA MEMERLUKAN PENGESAHAN MASTAUTIN. ADAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR BORANG SECARA MANUAL JUGA? KAD OKU JUGA MASIH DALAM PROSES PIHAK JKM, SAYA HANYA MEMPUNYAI SURAT DIAGNOSIS SAHAJA.

BAGI MEMOHON UNTUK SEMUA PROGRAM ANIS SYARAT UTAMA PERLU BERMASTAUTIN LEBIH 10 TAHUN, BAGI MEMASTIKAN ANDA MENETAP DI SELANGOR DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN MASTAUTIN. BAGI KAD OKU ANDA BOLEH MEMBERIKAN SURAT PERMOHONAN KAD OKU. TERIMA KASIH

EQTI dalam kategori MAKLUMAT AM

22-MAR-22
User
ANAK LAHIR DI TERENGGANU

BOLEH JIKA BERMAUSTATIN LEBIH 10 TAHUN DI SELANGOR

norizah adnan dalam kategori MAKLUMAT AM

12-DEC-21