Bantuan ANIS

MAKLUMAN

Permohonan Bantuan ANIS Telah Dibuka

Tarikh Pendaftaran Bermula Dari 17 Mei 2024 Hingga 31 Mei 2024

Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  1. Pemohon (Ibu/bapa/Penjaga) & penerima manfaat adalah warganegara Malaysia;
  2. Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) adalah Pengundi Negeri Selangor;
  3. Penjaga merupakan ibu/ bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1973
  4. Penerima manfaat hendaklah berumur dibawah 18 tahun (lahir tahun 2006 dan kebawah)
  5. Penerima manfaat mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
  6. Keutaaman permohonan adalah kepada PERMOHONAN KALI PERTAMA;
  7. Keutamaan kelulusan permohonan adalah kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
  8. Borang permohonan dan Dokumen Sokongan akan diproses kelulusan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap dan berdasarkan kuota peruntukan.
*Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  1. Pendidikan dan Pembelajaran (Pusat Terapi / Kelas Khas/ EIP) (RM 1,000.00)
  2. Ubat-ubatan*, Makanan* dan Keperluan tambahan* (maksimum sehingga RM 1,200.00)
  3. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin perubatan/ pembedahan* (maksimum sehingga RM 5,000.00 berdasarkan dokumen sebut harga)
* berdasarkan preskripsi doktor sahaja
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak
  3. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  4. Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
    Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  5. Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
    Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  6. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

  7. *Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
    *Nota: Pusat Terapi adalah Pusat EIP yang mempunyai Occupational Therapist dan; atau Speech Therapist
  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon mengisi borang permohonan secara dalam talian dan lampirkan bersama Dokumen Sokongan yang lengkap mengikut kategori permohonan seperti yang dinyatakan bagi tujuan semakan
  3. Borang permohonan dan Dokumen Sokongan yang lengkap hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2024 Jumaat 8.30 pagi sehingga 14 Jun 2024 Jumaat 5.00 petang
  4. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
    Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

    Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
    East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
    Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
    Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
    Selangor

    ATAU
    Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan

  5. Sebarang rayuan tidak dilayan jika borang dihantar selepas tarikh tutup permohonan.
  6. Segala pertanyaan boleh hubungi 03-55453170 / 03-55245068 atau Chat Mesengger di Facebook Anak Istimewa Selangor atau email ke jabatananis@yawas.my
  1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    1. Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    2. Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    3. Pembayaran akan dibuat bermula bulan Jun
  2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
    1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    3. Pembayaran akan dibuat pada bulan Jun.
  1. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

    Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja one-off.

  2. Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

    Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor pakar keluarga yang menyatakan anak puan mempunyai diagnosis semasa permohonan dibuat.

  3. Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

    Jawapan: Minta Maaf permohonan secara automatic tidak layak kerana permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

  4. Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

    Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di laman sesawang www.anisselangor.com/bantuananis. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan sebelum jam 5.30 petang pada 14 Jun 2024 hari Jumaat.

  5. Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

    Jawapan: Minta maaf tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Peralatan tersebut akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

  6. Soalan: Rumah saya jauh daripada Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat saya boleh hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan?

    Jawapan: Borang dan dokumen sokongan permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan.

  7. Soalan: Suami dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

    Jawapan: Boleh dengan syarat pemohon dan penerima maanfaat menetap di Negeri Selangor dan pemohon adalah pengundi Negeri Selangor

  8. Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

    Jawapan: Tidak boleh Tuan/Puan. Pemohon dan penerima manfaat mesti sedang menetap di Selangor sahaja.

  9. Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

    Jawapan: Layak

  10. Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis kategori bantuan tersebut?

    Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. Pihak YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang dimohon.

  11. Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap

    Jawapan: TIDAK akan diproses. Kerana semua pemohonan tanpa lampiran dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diterima.

Semak Status Permohonan Permohonan Baru Log Masuk Admin