Pusat Sokongan ini menyediakan perkhidmatan merangkumi Program Intervensi Awal atau ‘Early Intervention Program (EIP)’ kepada Anak Istimewa Selangor dan Program Saringan Awal Anak Istimewa Selangor.
Program Saringan secara one off khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan / rujukan dari doktor pakar. Rumusan Laporan dari sekumpulan pakar dari pelbagai bidang akan diberikan kepada para ibu bapa untuk tindakan selanjutnya
Ketahui Lebih LanjutProgram Intervensi Awal khas untuk kanak-kanak yang berumur 4 - 6 tahun dari diagnosis Autism, Down Syndrome, ADHD, dan GDD. Sesi Intervensi merangkumi Latihan ke Tandas, Kesediaan Belajar, Pegurusan Tingkahlaku dan lain-lain.
Ketahui Lebih LanjutProgram khas untuk kanak-kanak berumur 5 - 6 tahun dari diagnosis Autism, Down Syndrome, ADHD, dan GDD bagi melatih persediaan ke sekolah. Program ni berfokuskan Kemahiran Belajar Berkumpulan, Akademik, dan lain - lain.
Akan Dibuka