IKON ANIS

Program Ikon Anak Istimewa Selangor (ANIS) dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada belia Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai pencapaian atau bakat luar biasa dalam apa jua bidang berkaitan.

Nama:
Wan Jamila Wan Saiful Bahri
Kategori OKU:
OKU Pembelajaran
Bidang Pencapaian:
Seni lukis
Latar Belakang:
Seorang artis yang berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau dikenali sebagai artjamila dan memulakan industri seni pada tahun 2017 dengan menghasilkan banyak demonstrasi lukisan secara langsung dan telah memenangi beberapa pertandingan melukis di peringkat nasional dan antarabangsa.
Nama:
Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni
Kategori OKU:
OKU Pembelajaran
Bidang Pencapaian:
Servis makanan & minuman (food & beverages)
Latar Belakang:
Seorang peserta Abilimpik kebangsaan dalam bidang servis makanan & minuman. Beliau juga berperanan sebagai pelatih yang melatih golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengendalikan servis makanan & minuman.
Nama:
Nur Iman Izzad Md Nor
Kategori OKU:
OKU Pembelajaran
Bidang Pencapaian:
Komputeran
Latar Belakang:
Seorang pelajar di Infinite Minds Academy yang mengikuti kursus dalam bidang Artificial Intelligence (AI).
Nama:
Nur Arif Jasmin
Kategori OKU:
OKU Pembelajaran
Bidang Pencapaian:
Pengajian Islam (Al-Qur'an dan Sunnah)
Latar Belakang:
Seorang mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Al-Quran dan Sunnah pada peringkat PhD
Nama:
Jaheerah Nadzri
Kategori OKU:
OKU Pembelajaran
Bidang Pencapaian:
Perniagaan
Latar Belakang:
Seorang usahawan OKU yang mempunyai gerai perniagaan burger di Sepang
Nama:
Shahrul Nizam Mohd Hanafiah
Kategori OKU:
OKU Fizikal
Bidang Pencapaian:
Jahitan
Latar Belakang:
Seorang OKU fizikal yang berjaya mewakili Malaysia dalam acara Abilympics France (2023) bagi kategori Teknologi Fesyen (Pembuatan Pakaian)