Permohonan DIDIK ANIS Telah Dibuka
Tarikh Pendaftaran Bermula Dari 18 Hingga 31 Oktober 2022
Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017.
Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.
Permohonan bantuan Didik ANIS dibuat oleh pemohon dengan mengisi dan menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan di laman web ANIS
Objektif Utama Didik ANIS adalah:
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon
Modus Operandi Permohonan Bantuan ANIS
Soalan: Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan saya pernah menerima bantuan ini. Adakah masih layak untuk memohon bantuan ini lagi pada tahun ini?
Jawapan: Boleh. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat adalah layak untuk memohon.
Soalan: Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan kami beralamat di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun majoriti daripada pelajar kami beralamat di Selangor. Adakah kami layak untuk memohon bantuan ini?
Jawapan: Tidak boleh. Hanya Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan berdaftar dan beralamt di negeri Selangor sahaja yang layal memohon bantuan ini.
Soalan:Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Jawapan:Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja DISINI Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh ke Pusat ANIS, IDCC Shah Alam. Tiada penghantaran dokumen secara emel dilaksanakan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.