
04-Feb-23 oleh Abdul Razak Idris
Budak autisme dianugerah bakat melukis
SHAH ALAM: Sindrom autisme bukan halangan, bahkan menjadi kelebihan buat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang memiliki bakat apabila mampu menghasilkan seni lukisan bermutu. Malah, Ayra Nur Khairina Azhan Khairi mampu menghasilkan lukisan dalam masa singkat. Cerita ibunya, Siti Fauzliana Abdul Razak, 40, dia tidak menyangka anaknya yang autisme mampu menghasilkan lukisan sedemikian walaupun minat terhadap baru ditunjukkan tahun lalu. “Ayra walaupun sudah berusia 12 tahun, tetapi disebabkan dia menghidap sindrom tersebut, dia cuma boleh tulis nama dan membaca ABC, malah pertuturannya juga seperti kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun. “Sebenarnya ada bakat terpendam apabila mampu menghasilkan lukisan yang cantik. Asalnya Ayra hanya melihat adiknya, Ajwa Nur Khairina, 11, melukis, kemudian dia mencuba dan akhirnya turut melukis,” katanya kepada Utusan Malaysia. Baru-baru ini, Ayra menghadiahkan potret sentuhannya bert My Pretty Ossie kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Perasmian Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7. Kata Siti Fauzliana, sebagai ibu dia bangga apabila anaknya itu mampu melahirkan satu karya yang layak dihadiahkan kepada seorang pemimpin negeri. Artikel Penuh

04-Feb-23 oleh Selangor Kini
Platform khas ANIS mudahkan ibu bapa dapat maklumat anak istimewa
SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 80 pelajar anak istimewa berusia lima hingga enam tahun bakal menjadi kumpulan pertama program prasekolah pusat sokongan Anak Istimewa Selangor (Anis). Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata semua pelajar itu dijangka memulakan sesi pembelajaran di pusat sokongan bertempat di Seksyen 7, di sini, pada Ogos. “Pelajar akan didedahkan dengan latihan dan pengetahuan mengurus diri sebelum masuk tahun satu. Inisiatif ini membolehkan pelajar berdikari dan mengurus diri sendiri bila masuk sekolah. Artikel Penuh

16-Jan-23 oleh Zareef Muzammil
Prasekolah AnIS bawa perubahan positif, tingkatkan kemahiran diri anak-anak OKU
SHAH ALAM, 13 JAN: Tiga bulan mendapat didikan dan asuhan di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) membawa perubahan positif buat keluarga kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) ini. Artikel Penuh

16-Jan-23 oleh Zareef Muzammil
Dana RM1.25 juta bina pusat prasekolah anak istimewa di Shah Alam
SHAH ALAM, 12 JAN: Sejumlah RM1.25 juta dibelanja bagi membina bangunan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Seksyen 7 di sini, kata datuk bandar Shah Alam. Artikel Penuh

16-Jan-23 oleh BERNAMA
Selangor tubuh Pusat Prasekolah ANIS, bantu pembelajaran anak istimewa
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid. Artikel Penuh

16-Jan-23 oleh BERNAMA
Selangor tubuh pusat prasekolah ANIS, bantu pembelajaran anak istimewa
Shah Alam: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid Artikel Penuh
16-Jan-23 oleh BERNAMA
Kutipan hasil Selangor disasar cecah RM2 bilion tahun ini - MB
SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan Selangor menyasarkan kutipan hasil negeri itu bagi tahun ini mencecah kira-kira RM2 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata, angka tersebut adalah berdasarkan rekod pencapaian kutipan hasil negeri berkenaan pada tahun-tahun sebelum ini. Artikel Penuh

16-Dec-22 oleh MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
Selangor peruntuk RM1 juta bantu anak istimewa
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi perlaksanaan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) pada tahun ini. Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perlaksanaan bantuan khas itu bertujuan membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan dan ubat-ubatan. Artikel Penuh

16-Dec-22 oleh Bernama
Selangor peruntuk RM5 juta bantu anak OKU sejak 2018
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) setakat ini telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk Bantuan Khas kepada Anak Istimewa Selangor (Anis) yang memberi manfaat kepada lebih 1,500 penerima mempunyai anak berstatus orang kurang upaya (OKU) sejak 2018. Artikel Penuh

16-Dec-22 oleh Ruwaida Md Zain
Prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40 di Selangor
Shah Alam: Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) memperkenalkan inisiatif Prasekolah Khas Anis secara percuma untuk anak istimewa di Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, prasekolah khas pertama yang dibangunkan oleh kerajaan negeri itu bertujuan menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan bagi anak berkeperluan khas. Artikel Penuh

16-Dec-22 oleh Ruwaida Md Zain
ANIS bantu 692 anak istimewa
Shah Alam: Nasib seramai 692 anak istimewa di negeri ini terus dibela apabila semua mereka menerima bantuan menerusi program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS). Artikel Penuh

08-Nov-22 oleh SHEILA SRI PRIYA (The Star)
Chance for young people with learning disabilities to learn new skills
YOUTHS in Selangor with learning disabilities can now apply for a placement with the state government’s Independent Living Support Centre (ILSC).ILSC is a training programme funded by Yayasan Warisan Anak Selangor’s Anak Istimewa Selangor (ANIS) and offered by its partner NGOs at the latter’s premises. Artikel Penuh
07-Oct-22 oleh Nina Muslim
BERNAMA - Free Early Intervention Centre For Special Needs Kids A Boon For Selangor Parents
KUALA LUMPUR (Bernama) – The swing stands out in the middle of the spacious and bright playroom-cum-gym, hanging about a foot off the floor. It is bulky and awkward, with a large square seat and four pieces of rope connecting it to four bars on top.
A small boy, a big grin splitting his face, sits on the swing with his watchful mother behind him.
The swing may look a bit odd – looking like one half of a balance scale – but that is because it is set up for balance. If the child on the swing does not sit squarely in the middle with their legs cross-legged to distribute their weight equally, the swing will tip to the side. And if they are not holding on to the ropes, they may tumble off.
Artikel Penuh
07-Oct-22 oleh BERNAMA
Harapan buat Si Aqil
Kuala Lumpur: Tidak ada yang luar biasa di dalam ruang main itu kecuali kedudukan sebuah buaian empat segi sama yang digantung dengan seutas kabel dari siling. Sepintas lalu, ia seakan sebuah alat timbang. Di atasnya, bersila seorang kanak-kanak lelaki. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Di belakang, si ibu memerhati. Buaian itu sebenarnya direka sedemikian rupa bagi melatih kanak-kanak mengimbangkan tubuh mereka. Untuk berbuai, seseorang kanak-kanak perlu bersila di tengah-tengah tempat duduk. Kalau tidak, buaian akan terjungkit, dan jika tidak berpegang pada tali buaian, mereka akan menggelongsor jatuh. Artikel Penuh

28-Sep-22 oleh ENGKU SHARIFUL AZNI
ILSC bantu belia OKU dapat peluang pekerjaan
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperkenalkan program Pusat Sokongan Kehidupan Berdikari (ILCS) bagi membantu belia orang kurang upaya (OKU) menguasai kemahiran tertentu dan mendapat peluang pekerjaan. Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei berkata, inisiatif tersebut berasaskan kemahiran dan kehidupan berdikari bagi golongan OKU berumur 17 tahun hingga 22 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran. Artikel Penuh

28-Sep-22 oleh Zareef Muzammil
EXCO: Sedia pusat kemahiran daerah bantu OKU berdikari, jana pendapatan
SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Selangor berhasrat mewujudkan pusat sokongan kehidupan berdikari (ILSC) di setiap daerah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada orang kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas. EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi mengenal pasti lokasi penubuhan pusat terbabit. Artikel Penuh

04-Aug-22 oleh MOHD AZLIM ZAINUR
Prasekolah Khas Selangor dibuka untuk pendaftaran
SHAH ALAM - Pendaftaran bagi program Prasekolah Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) pertama di negeri ini mula dibuka kepada pemohon yang bermastautin di Selangor. Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Prasekolah Khas Anis itu dibangunkan kerajaan Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Jabatan Anis. Artikel Penuh

17-Jun-22 oleh Mustakim Ramli
Bantu anak lambat bercakap, ibu bapa disaran daftar program saringan percuma
SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) mengadakan program saringan dan pengesahan kanak- kanak berkeperluan khas secara percuma sepanjang tahun ini. Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan inisiatif tersebut bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya. Artikel Penuh

15-Jun-22 oleh Norrasyidah Arshad
Pelajar anak istimewa sertai lawatan sambil belajar, kenali dunia haiwan
SHAH ALAM, 11 JUN: Seramai 29 pelajar Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Anis) menyertai lawatan sambil belajar ke Sunway Midlife Park, Sunway Lagoon dekat sini Khamis lalu. Artikel Penuh

25-May-22 oleh Sheeda Fathil
Unisel, Yawas cooperate in strengthening special needs children in Selangor
KUALA SELANGOR, March 1 — Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) and Universiti Selangor (Unisel) have signed a memorandum of understanding (MoU) to help persons with disabilities (OKU) in the state realise their potential. State executive councillor for public health Dr Siti Mariah Mahmud said the joint effort aims to improve the Selangor Special Needs Children programme (Anis) to ensure that the special children are not left behind and can learn to be independent. Artikel Penuh

28-Apr-21 oleh Norazly Nordin
MENULUSURI SEJARAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti". (Surah Al Hujurat Ayat 13) Artikel Penuh

28-Apr-21 oleh Afina Nazira Afnizul
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER
ADHD also known as ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’, is a neurobehavioral disorder that causes a person typically children to become hyperactive, having difficulties in concentrating and also failure to control impulsive behavior (NICE, 2019). It is reported that 9% of children within the age of 3-19 have ADHD (National Alliance of Mental Illness, 2015). Artikel Penuh

28-Apr-21 oleh Uzzairah Nabila Ahmad Tazli
MENGENALI DISLEKSIA
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Disleksia tidak dianggap sebagai satu penyakit tetapi memerlukan program pendidikan yang bersesuaian agar masalah ini dapat dikurangkan. Artikel Penuh

28-Apr-21 oleh Dr. Md Rosli bin Ismail, Dr Hajah Khatipah binti Abd. Ghani
AWARENESS OF CHILDREN WITH LEARNING DISABILITY
It is every parent’s dream to see their child’s development as normal in terms of physical, emotional, spiritual, intellectual as well as social. However, there are parents tested by Allah s.w.t. having ‘special’ children who have disabilities in different forms such as impairment of visual/hearing, learning disability, a handicap, exceptional children as well as children with special needs. Artikel Penuh

07-Apr-21 oleh Mohd Hafiz Bin Halim
PEMERKASAAN (EMPOWERMENT) DAN PENGUPAYAAN (ENABLEMENT) ASAS PEMBANGUNAN INKLUSIF
Secara dasarnya, kertas ini akan membincangkan berkenaan satu strategi atau pendekatan yang dikenali sebagai Pendekatan Trek Berkembar (Twin-Track Approach) yang merupakan salah satu pendekatan yang popular dan efektif dalam membangunkan sesebuah komuniti khususnya bagi OKU. Artikel Penuh

07-Apr-21 oleh admin_anis
Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa. Artikel Penuh