Kembali Ke Senarai Artikel

Dana RM1.25 juta bina pusat prasekolah anak istimewa di Shah Alam

16-Jan-23 oleh Zareef Muzammil

SHAH ALAM, 12 JAN: Sejumlah RM1.25 juta dibelanja bagi membina bangunan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Seksyen 7 di sini, kata datuk bandar Shah Alam.

Menurut Dr Nor Fuad Abdul Hamid, bangunan satu tingkat itu dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk pengoperasian. “MBSA menerima menerima permohonan dan cadangan daripada Jabatan AnIS untuk mengadakan usaha sama bagi pengoperasian penuh bangunan Prasekolah AniS pada 22 November 2021. “Kesungguhan AnIS membantu anak istimewa mendapat pendidikan dan terapi sebagaimana kanak-kanak lain wajar disokong demi masa depan golongan terbabit,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pusat berkenaan hari ini, yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Dalam pada itu, beliau berharap inisiatif tersebut menjadi penanda aras kepada pihak berkuasa tempatan lain untuk menyediakan kemudahan pendidikan dan pembelajaran kepada orang kelainan upaya (OKU). “Pembinaan bangunan Pusat Prasekolah AnIS salah satu matlamat pembangunan mampan (SDG) dalam memenuhi hak OKU berdasarkan prinsip tiada siapa tertinggal. “Ia juga selaras matlamat keempat SDG yang memfokuskan pendidikan berkualiti, menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua,” katanya Dibina atas tanah seluas 42.7 kaki per segi dengan keluasan bangunan 4123.75 kaki persegi, Pusat Prasekolah AnIS dilengkapi tiga kelas, ruang makan, surau, dapur, dua bilik guru dan pentadbiran, dua stor serta tandas untuk OKU. Bangunan itu turut mempunyai kawasan lapang yang sesuai bagi aktiviti luar kepada kanak-kanak selain taman permainan