BANTUAN RAHMAH INSAN ISTIMEWA (BRAIS)

MAKLUMAN

Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa akan dibuka pada 1 Jun 2026 (8.30 pagi) sehingga 22 Jun 2026 (5.30 petang)

Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) merupakan penjenamaan semula bagi program Bantuan Khas ANIS (BKA) bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan istimewa di Selangor melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.

Program ini merangkumi lima (5) kategori bantuan yang bertujuan meringankan tanggungan keluarga penerima manfaat melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih bersasar dan praktikal.

Objektif Utama BRAIS adalah:

  1. Meningkatkan akses OKU kepada perkhidmatan asas seperti terapi, pendidikan dan fasiliti mesra OKU mengikut keperluan mereka.
  2. Menyokong keperluan khas OKU yang berbeza mengikut peringkat usia melalui pelaksanaan bantuan yang lebih bersasar dan praktikal.
  3. Mengurangkan beban kewangan individu yang mempunyai ahli keluarga OKU melalui bantuan kewangan bersasar yang memberi impak secara langsung kepada kualiti hidup penerima manfaat.

  1. Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah Warganegara Malaysia
  2. Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah pengundi Selangor
  3. Penerima manfaat adalah berumur 60 tahun ke bawah
  4. Penerima manfaat mempunyai kad OKU yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  5. Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
*Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  1. Yuran pusat terapi (RM1,200)
  2. Ubat-ubatan** / Makanan tambahan** / Keperluan khas** (RM1,200)
  3. Peralatan khas** (Maksimum sehingga RM3,000)
  4. Yuran persekolahan (RM120)
  5. Fasiliti tandas kediaman (RM1,500)
  6. **Tertakluk kepada sokongan dan preskripsi doktor
Kategori A: Yuran Pusat Terapi
  1. Surat tawaran/ pengesahan pelajar di pusat terapi
  2. Sebutharga sesi terapi
  3. Penyata akaun bank pusat terapi
Kategori B: Ubat-Ubatan / Makanan Tambahan / Keperluan Khas
  1. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan keperluan yang disarankan oleh doktor)
  2. Sebutharga ubat-ubatan/ makanan tambahan/ keperluan khas
  3. Penyata akaun bank syarikat pembekal ubat-ubatan/ makanan tambahan/ keperluan khas
Kategori C: Peralatan Khas
  1. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan keperluan yang disarankan oleh doktor)
  2. Sebutharga peralatan
  3. Penyata akaun bank syarikat pembekal peralatan
Kategori D: Yuran Persekolahan
  1. Surat pengesahan murid di sekolah berkenaan
Kategori E: Fasiliti Tandas Kediaman
  1. Sebut harga pembinaan / pengubahsuaian tandas OKU
  2. Penyata akaun bank syarikat kontraktor
  3. Pelan ringkas
  4. Gambar keadaan semasa tandas (jika ada)
  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang https://www.yanis.org.my/brais.
  2. Pemohon melengkapkan borang permohonan dan memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Pemohon membuat semakan permohonan untuk mengetahui status kelulusan dari semasa ke semasa.
  1. Ibu atau bapa kandung
    Pemohon utama bagi penerima manfaat bawah umur 18 tahun
  2. Individu OKU sendiri
    Menjadi pemohon jika berumur 18 tahun ke atas
  3. Ibu atau bapa angkat
    Perlu mengemukakan dokumen pengangkatan yang sah
  4. Ahli keluarga terdekat/ Individu yang menjaga penerima manfaat
    Perlu mengemukakan salinan surat akuan sumpah penjagaan sah (mestilah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
Untuk rujukan pemohon, senarai penyedia perkhidmatan berkaitan OKU boleh disemak melalui pautan berikut:
https://www.anisselangor.com/penyediaperkhidmatan
Kategori A: Yuran Pusat Terapi
  1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat terapi yang dimohon oleh pemohon.
  2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Kategori B: Ubat ubatan / Makanan Tambahan / Keperluan Khas
  1. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun farmasi berdasarkan sebutharga yang diberikan oleh pemohon
  2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Kategori C: Peralatan Khas
  1. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun panel yang dilantik berdasarkan sebutharga yang diberikan oleh pemohon
  2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Kategori D: Yuran Persekolahan
  1. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun sekolah yang dikemukakan oleh pemohon.
  2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
Kategori E: Fasiliti Tandas Kediaman
  1. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun syarikat kontraktor berdasarkan sebutharga yang diberikan oleh pemohon.
  2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
  1. Soalan: Kami suami isteri tidak lahir di Selangor dan telah menetap di Selangor kurang daripada 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

    Jawapan: Boleh. Dengan syarat pemohon adalah pengundi Selangor. Pemohon dan penerima manfaat juga perlulah menetap di Selangor.

  2. Soalan: Kami suami isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

    Jawapan: Tidak boleh. Pemohon dan penerima manfaat mestilah menetap di Selangor sahaja.

  3. Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

    Jawapan: Layak. Dengan syarat pemohon merupakan pengundi Selangor.

  4. Soalan: Anak saya tidak mempunyai kad OKU tetapi mempunyai diagnosis yang disahkan oleh doktor, bolehkah saya memohon bantuan ini?

    Jawapan: Tidak boleh. Antara salah satu syarat utama permohonan BRAIS adalah penerima manfaat mestilah mempunyai kad OKU yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

  5. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

    Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk sebuah keluarga adalah sehingga RM5,000 sahaja secara one-off.

  6. Soalan: Saya mempunyai cucu yang merupakan seorang pemegang kad OKU. Bolehkah saya memohon bantuan ini selaku penjaga kepada cucu saya meskipun ibu bapanya masih hidup?

    Jawapan: Tidak boleh. Permohonan mestilah dibuat oleh ibu bapa sendiri sekiranya masih hidup.

  7. Soalan: Saya mempunyai anak saudara yang merupakan seorang pemegang kad OKU. Buat masa ini, anak tersebut menetap dengan saya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Bolehkah saya memohon bantuan ini selaku penjaganya?

    Jawapan: Boleh. Anda perlu mengemukakan salinan sijil kematian ibu dan bapa anak tersebut serta surat akuan sumpah penjagaan sah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebagai dokumen sokongan semasa permohonan dibuat.

  8. Soalan: Jika salah seorang ibu atau bapa telah meninggal dunia, bolehkah ahli keluarga lain seperti abang, kakak, ibu saudara atau saudara-mara membuat permohonan bagi pihak anak istimewa tersebut?

    Jawapan: Tidak boleh, sekiranya salah seorang ibu atau bapa kandung masih hidup. Permohonan hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa yang masih hidup sebagai penjaga utama anak tersebut. Permohonan oleh ahli keluarga lain hanya boleh dipertimbangkan sekiranya kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia atau terdapat dokumen sah yang membuktikan hak penjagaan telah diserahkan kepada penjaga berkenaan.

  9. Soalan: Saya sudah menghantar anak ke pusat terapi tertentu, tetapi pusat tersebut tidak tersenarai dalam panel pusat terapi yang diluluskan oleh YANIS. Adakah saya masih boleh memohon bantuan ini?

    Jawapan: Boleh. Namun permohonan hanya akan diproses setelah pusat terapi tersenarai dalam panel rasmi YANIS.

  10. Soalan: Bolehkah saya menukar pusat terapi anak saya selepas permohonan dihantar atau selepas bantuan diluluskan?

    Jawapan: Tidak. Pemohon hendaklah memastikan pusat terapi yang dinyatakan semasa permohonan adalah muktamad dan selaras dengan dokumen sokongan yang dikemukakan. Sebarang penukaran pusat terapi pada mana-mana peringkat adalah tidak dibenarkan. Pembayaran bantuan hanya akan dibuat kepada pusat terapi yang telah diluluskan oleh pihak YANIS. Pihak YANIS juga berhak membatalkan kelulusan serta menuntut semula bayaran sekiranya syarat ini tidak dipatuhi.

  11. Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkah saya beli terlebih dahulu dan lampirkan resit untuk YANIS menampung kos bayaran tersebut?

    Jawapan: Tidak boleh. Pembelian peralatan khas hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YANIS sahaja. Peralatan tersebut akan terus dihantar kepada penerima manfaat setelah permohonan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai dilaksanakan.

  12. Soalan: Mengapakah bantuan kategori yuran persekolahan masih ditawarkan walaupun yuran telah dijelaskan lebih awal oleh ibu bapa/penjaga?

    Jawapan: Bantuan kategori yuran persekolahan diwujudkan sebagai sokongan kewangan kepada ibu bapa/penjaga yang telah membuat bayaran persekolahan terlebih dahulu. Pemohon tidak perlu mengemukakan resit pembayaran yuran, namun perlu mengemukakan maklumat sekolah serta surat pengesahan berkaitan. Penyaluran bantuan akan dibuat terus kepada pihak sekolah, dan pihak sekolah seterusnya akan membuat penyaluran semula kepada ibu bapa/penjaga berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh sekolah.

  13. Soalan: Apakah jenis pembinaan/pengubahsuaian yang boleh dipertimbangkan di bawah bantuan fasiliti tandas kediaman?

    Jawapan: Antara skop yang boleh dipertimbangkan termasuk pemasangan pemegang sokongan (grab bar), pengubahsuaian laluan kerusi roda, lantai anti-gelincir, kerusi mandi khas serta kerja berkaitan keselamatan dan aksesibiliti tandas.

  14. Soalan: Adakah bantuan fasiliti tandas kediaman meliputi keseluruhan kos pengubahsuaian rumah?

    Jawapan: Tidak. Bantuan hanya melibatkan skop berkaitan fasiliti tandas dan akses keperluan OKU yang diluluskan di bawah program BRAIS sahaja.

Permohonan Baru Semak Status Permohonan 2025