Kembali Ke Senarai Artikel

Platform khas ANIS mudahkan ibu bapa dapat maklumat anak istimewa

04-Feb-23 oleh Selangor Kini

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 80 pelajar anak istimewa berusia lima hingga enam tahun bakal menjadi kumpulan pertama program prasekolah pusat sokongan Anak Istimewa Selangor (Anis). Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata semua pelajar itu dijangka memulakan sesi pembelajaran di pusat sokongan bertempat di Seksyen 7, di sini, pada Ogos. “Pelajar akan didedahkan dengan latihan dan pengetahuan mengurus diri sebelum masuk tahun satu. Inisiatif ini membolehkan pelajar berdikari dan mengurus diri sendiri bila masuk sekolah.

“Sebelum prasekolah tamat, mereka perlu menjalani ujian untuk lihat tahap penguasaan. Mereka yang lulus boleh meneruskan pelajaran aliran perdana,” katanya kepada SelangorKini, hari ini. Beliau berkata pusat prasekolah itu disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dalam proses ubah suai. “Kita harap semua pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama menyediakan kemudahan seperti kni supaya lebih ramai lagi anak istimewa mendapat pendedahan demi masa depan mereka,” katanya. Beliau berkata program terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran dan pendaftaran boleh dibuat di www.anisselangor.com/prasekolahanis .