Kembali Ke Senarai Artikel

Selangor peruntuk RM5 juta bantu OKU

30-Jul-23 oleh MOHD AZLIM ZAINURY

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memperuntuk RM5 juta bagi memperluas inisiatif, program dan aktiviti golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (Yanis). Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penubuhan Yanis selaras dengan matlamat kedua Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

"Ia bagi mempertingkatkan inklusiviti sosial dan kesejahteraan masyarakat di mana tumpuan khas diberikan terhadap kumpulan sasar serta sejajar dengan Dasar OKU Negara khususnya Teras Strategik 3; meningkatkan akses OKU kepada pendidikan, Teras Strategik 4; meningkatkan akses OKU kepada kesihatan dan Teras Strategik 9 (advokasi); meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU," katanya. Beliau ditemui selepas Majlis Pra-Pelancaran Yanis dan Kompleks Yanis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Bangunan IDCC Shah Alam di Seksyen 15 di sini pada Khamis.