Kembali Ke Senarai Artikel

Institusi pendidikan laksana program EIP dipelawa mohon bantuan didik anak istimewa

30-Jul-23 oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 4 JUN: Institusi pendidikan anak istimewa dan pusat pemulihan dalam komuniti dipelawa memohon Bantuan Didik ANiS 2023 secara atas talian yang dibuka mulai esok.

Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANiS) memaklumkan permohonan bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) sehingga 4 Julai depan terbuka kepada institusi berdaftar yang menjalankan program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor. Agensi itu turut memaklumkan borang boleh dihantar dan memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan secara dalam talian di www.anisselangor.com/didikanis “Sebelum ini, pelaksanaan program Didik ANIS adalah bersifat permohonan dan saluran geran diberikan terus kepada institusi yang diluluskan. “Pada tahun ini, pelaksanaan program Didik ANIS akan dilaksanakan dengan menjalankan kerjasama strategik dengan semua penerima geran Didik ANIS untuk laksana program berasaskan khidmat masyarakat mengikut pakej pilihan berdasarkan skala program dijalankan,” maklum agensi itu di Facebook. Sebelum ini, EXCO kesihatan awam berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan kanak-kanak istimewa termasuk meningkatkan keupayaan golongan tersebut menerusi pelbagai program. Dr Siti Mariah Mahmud berkata komitmen Selangor dibuktikan menerusi peruntukan yang ditambah kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini. Setakat April lalu, Siti Mariah berkata seramai 100 kanak-kanak menerima pendidikan khas di Pusat Prasekolah ANiS Seksyen 7 dan Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANiS dengan peruntukan kos RM1juta.