Kembali Ke Senarai Artikel

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia

07-Apr-21 oleh admin_anis

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Anak yang didiagnos dengan autisme termasuk dalam kategori anak istimewa atau OKU.

Bagi warga Selangor yang mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU), anda kini boleh memohon menerusi pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan peruntukan sebanyak RM3.25 juta.

Salah satunya ialah Program Bantuan ANIS iaitu program bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU berumur 18 tahun ke bawah bagi kegunaan mereka dengan bantuan one-off sehingga RM5,000 setahun. Bantuan berupa barangan, subsidi yuran, dan makanan atau keperluan khas boleh dipohon melalui program ini.

Tujuan Bantuan ANIS diperkenalkan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga anak OKU terbabit.

Permohonan ANIS telah dibuka secara atas talian bermula 15 Februari 2021 sehingga 15 April 2021.

Semoga semua anak-anak autistik ini dapat turut serta berada di dalam khalayak masyarakat tanpa sebarang prejudis dan judgmental dan terus mendapat sokongan dalam pelbagai aspek.

Selamat Hari Kesedaran Autism Sedunia.

YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga

#autismawareness
#autism
#autismemalaysia
#NASOMCares