PROGRAM PRA SEKOLAH ANIS

MAKLUMAN

Permohonan Program Prasekolah ANIS telah dibuka!
Dibuka Sepanjang Tahun

Sila Semak Status Permohanan Pada Butang Di Bawah





Objektif Utama adalah:

  1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid bekeperluan khas seiring dengan perkembangan murid
  2. Membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika khusus di Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid bekeperluan khas.
  3. Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa

  1. Ibubapa perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web www.anisselangor.com/prasekolahanis dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Para peserta yang layak akan menerima panggilan dan hadir pada hari taklimat yang ditetapkan oleh Pusat ANIS
  3. Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS akan beroperasi seperti berikut:
    HARI SESI MASA PERKHIDMATAN
    Isnin - Khamis 1 8:30am - 12:30pm Program Prasekolah ANIS
    2 1:30pm - 5:30pm
    Ringkasan Sesi Prasekolah ANIS:
    1. Setiap peserta akan mengikuti kelas 4 hari seminggu dan tempoh masa bagi setiap hari ialah selama 4 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
    2. Pusat Prasekolah ANIS tidak menyediakan pusat jagaan bagi pelajar yang diterima ke Program Prasekolah ANIS.
    3. Sepanjang peserta menjalani sesi Intervensi Awal di Pusat ANIS, peserta akan mendapat laporan lengkap prestasi semasa pada pertengahan dan penghujung tahun sesi.
  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua Anak Istimewa kelahiran Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 5 – 6 tahun.
  3. Pernah mengikuti Program Intervensi Awal selama 1 tahun minimum.
  4. Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40.
  5. Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor
  6. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  7. Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
  8. Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS.
  9. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.
  1. Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon
  2. Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    1. Ahli Parlimen / Senator
    2. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    3. Penghulu / Ketua Kampung
    4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    5. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    6. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti
  3. Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak OKU lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Kad OKU anak (jika ada)
  5. Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  6. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
  7. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
  8. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  9. Salinan slip gaji ibu DAN bapa
  10. Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/prasekolahanis
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    1. Penghantaran melalui emel di prasekolahanis@gmail.com ; ATAU
    2. Borang boleh dihantar ke alamat berikut:

    Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
    Yayasan Warisan Anak Selangor
    Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
    Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
    / 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)

Modus Operandi Permohonan Intervensi ANIS

  1. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
    Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.
  2. Soalan: Anak saya berumur 7 tahun, adakah boleh memohon?
    Jawapan: Tidak boleh. Anak mestilah berumur 5 hingga 6 tahun.
  3. Soalan: Adakah saya boleh memohon jika anak saya tidak pernah mengikuti mana-mana program EIP?
    Jawapan: Bagi yang tidak pernah mengikuti program EIP boleh membuat pendaftaran di Program Intervensi Awal ANIS untuk permulaan di pautan ini www.anisselangor.com/intervensianis
  4. Soalan: Mengapa Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS menerima golongan OKU Pembelajaran yang tertentu sahaja?
    Jawapan: Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS ingin menerima semua jenis OKU yang memerlukan intervensi awal. walaubagaimanapun untuk permulaan, berdasarkan kapasiti semasa Pusat ANIS dapat menerima sebahagian jenis OKU Pembelajaran sahaja.
  5. Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
    Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anisselangor.com/prasekolah. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
  6. Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?
    Jawapan: Permohonan boleh diemelkan ke prasekolahanis@gmail.com
  7. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
    Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
  8. Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Terengganu, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
    Jawapan: Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor sahaja.
  9. Soalan: Saya lahir di Johor, isteri lahir di Selangor dan saya mempunyai anak autisme dan sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini?
    Jawapan: Layak.
  10. Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 5 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?
    Jawapan: Boleh, tetapi pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
  11. Soalan: Saya dan isteri bukan pengundi di Negeri Selangor, adakah boleh memohon?
    Jawapan: Tidak boleh. Salah seorang dari ibubapa mestilah pengundi di Negeri Selangor.
  12. Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
    Jawapan: Tidak. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
Permohonan Baru Semak Permohonan