Caregiver Skills Training

MAKLUMAN

Permohonan Program CPCU Caregiver Skills Training telah dibuka


Program Caregiver Skill Training, Jabatan ANIS menyediakan peluang untuk ibu bapa dan penjaga golongan Palsi Serebrum mendapatkan latihan yang diperlukan bagi mengenali lebih mendalam mengenai Palsi Serebrum, serta mempelajari teknik penjagaan yang berkesan dan cara memberikan sokongan emosi yang diperlukan oleh anak mereka.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa dan penjaga dengan ilmu kemahiran serta sokongan yang diperlukan untuk memberikan penjagaan yang terbaik.Menjaga anak Palsi Serebrum memerlukan pengetahuan, kesabaran, dan kemahiran khusus untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan emosi mereka. Ibu bapa atau penjaga adalah pihak utama yang memberi sokongan dalam proses pemulihan dan pengurusan Palsi Serebrum. Oleh itu, adalah amat penting bagi mereka untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang betul dalam penjagaan harian, serta sokongan moral untuk menghadapi cabaran ini.

Objektif Utama adalah:

  1. Meningkatkan pemahaman ibu bapa dan penjaga mengenai Palsi Serebrum, termasuk tanda-tanda, simptom, dan rawatan yang berkaitan dengan Palsi Serebrum.
  2. Melatih ibu bapa dan penjaga dalam teknik penjagaan yang betul seperti fisioterapi rumah, penjagaan mobiliti, dan pengurusan ketegangan otot.
  3. Menyediakan sokongan emosi dan mental kepada ibu bapa dan penjaga, dengan memberi mereka ruang untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan bantuan dalam mengatasi cabaran yang mereka hadapi.
  4. Membantu ibu bapa dan penjaga meningkatkan kualiti hidup anak-anak mereka dengan memberikan kemahiran yang lebih baik dalam pengurusan harian serta membantu mereka merasa lebih yakin dalam memberikan penjagaan.
  5. Mewujudkan rangkaian sokongan di kalangan ibu bapa dan penjaga untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan kekuatan dalam menjaga anak-anak dengan Palsi Serebrum.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada ibu /bapa atau penjaga anak-anak istimewa di negeri Selangor bagi kategori Palsi Serebrum.
  3. Ibu/ Bapa atau Penjaga mestilah salah seorangnya adalah pengundi Selangor.
Klik Disini Untuk Memohon Semak Permohonan