Permohonan Bantuan ANIS Telah Ditutup
Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:
Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.
Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?
Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.
Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?
Jawapan: Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.
Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anisselangor.com/bantuananis. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan sebelum jam 530PM pada 26 Mei 2023. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?
Jawapan: Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?
Jawapan: Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan.
Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
Jawapan: Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja.
Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?
Jawapan: Boleh.
Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?
Jawapan: Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?
Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.
Soalan: adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.