PROGRAM PENCARIAN PERKERJAAN

MAKLUMAN

Permohonan Program Pencarian Pekerjaan ANIS telah dibuka!





Program Pencarian Pekerjaan (PPP) adalah satu program yang menyediakan platform penempatan pekerjaan kepada OKU yang berusia 18 hingga 35 tahun. Program Pencarian Pekerjaan ini dianjurkan bagi meningkatkan kebolehpekerjaan dan kebolehpasaran golongan OKU dalam mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin. Program ini dijalankan dengan kerjasama bersama pihak PERKESO.

Objektif Utama adalah:

  1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada belia OKU.
  2. Meningkatkan peluang kepada belia OKU untuk bekerja dan berdikari dalam kehidupan.
  3. Memahami kebolehan dan kemahiran bekerja mereka supaya sokongan yang berpatutan dapat diberikan.
  4. Memudahkan belia mencari kerjaya berdasarkan keupayaan dan minat mereka.

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web https://www.anisselangor.com/carikerja
  2. Peserta yang layak akan menerima panggilan daripada pihak Jabatan ANIS / Pihak PERKESO untuk hadir pada hari temuduga.
  3. Setiap peserta akan menjalani sesi latihan (Grooming Session dan Mockup Interview) bagi persediaan sebelum sesi temuduga. Setiap sesi latihan peserta akan diatur oleh pihak Jabatan ANIS.
  4. Setelah peserta berjaya di sesi temuduga, peserta boleh bekerja di bawah majikan yang terpilih.
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada belia OKU yang berumur 18 tahun hingga 35 tahun.
  3. Keutamaan kepada Belia OKU pengundi Selangor.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/carikerja
  2. Pihak ANIS akan menghubungi peserta untuk menghadiri ke sesi temuduga.
  3. Berikut adalah langkah permohonan untuk Program Pencarian Pekerjaan:
    • Pemohon perlu log masuk di website Jabatan ANIS
    • Pemohon perlu melengkapkan segala butiran maklumat di website
    • Klik pautan MyFutureJobs yang disediakan
    • Lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan oleh MyFutureJobs
    • Anda boleh memohon pekerjaan!
Klik Disini Untuk Memohon Semak Permohonan