Perkhidmatan Rawatan

MAKLUMAN

Permohonan Program CPCU PERKHIDMATAN RAWATAN telah dibuka


Palsi Serebrum adalah gangguan perkembangan motor yang berpunca daripada kerosakan atau kecederaan pada otak semasa tempoh awal kehidupan. Setiap individu dengan Palsi Serebrum memerlukan pendekatan yang unik dalam rawatan dan terapi untuk membantu mereka mencapai potensi terbaik mereka. Sesi rawatan untuk golongan Palsi Serebrum yang melibatkan pelbagai pakar adalah satu pendekatan menyeluruh yang memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal, kognitif, serta emosi individu dengan Palsi Serebrum.

Melalui program perkhidmatan rawatan untuk golongan Palsi Serebrum, Jabatan ANIS menyediakan peluang untuk individu dengan Palsi Serebrum mendapatkan rawatan komprehensif yang melibatkan pakar-pakar terlatih dalam bidang fisioterapi, terapi pertuturan, terapi cara kerja, serta pakar-pakar perubatan lain yang berpengalaman. Matlamat ANIS adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup mereka dan menyokong perkembangan mereka dalam semua aspek kehidupan.

Objektif Utama adalah:

  1. Menyediakan sesi rawatan yang melibatkan pakar-pakar dari pelbagai disiplin seperti fisioterapi, terapi pertuturan, terapi cara kerja dan pakar perubatan untuk memenuhi keperluan khusus setiap individu dengan Palsi Serebrum.
  2. Membantu meningkatkan keupayaan fizikal, pergerakan, dan koordinasi melalui rawatan fisioterapi yang terperinci serta teknik terapi yang disesuaikan.
  3. Menyediakan terapi pertuturan untuk membantu individu dengan Palsi Serebrum dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka termasuk bahasa lisan dan non-verbal.
  4. Menyokong perkembangan kognitif, sosial, dan emosi individu melalui sesi terapi yang melibatkan pakar psikologi.
  5. Membantu individu dengan Palsi Serebrum untuk mencapai kehidupan yang lebih bebas dan berdikari dengan meningkatkan kemahiran harian serta mengurangkan kesan negatif daripada Palsi Serebrum.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada anak-anak istimewa di negeri Selangor bagi kategori Palsi Serebrum
  3. Penerima CPCU hendaklah berumur 21 tahun dan ke bawah
  4. Ibu/ Bapa atau Penjaga mestilah salah seorangnya adalah pengundi Selangor.
  5. Anak OKU mempunyai kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tidak mempunyai kad OKU)
  6. Permohonan mestilah diisi dengan lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan.

  7. Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat, maka proses pengangkatan mestilah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN dan Akta Pengangkatan 1973)
  1. Ibubapa perlu mendaftar dengan mengisi borang di laman web https://www.anisselangor.com/cpcupr dan melengkapkan dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan Program Cerebral Palsy Care Unit ini akan dijalankan sepanjang tahun.
  3. Para peserta yang layak akan menerima panggilan daripada Pegawai Jabatan ANIS.
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Ibu / Bapa)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan
  3. Salinan Sijil Kelahiran Anak
  4. Salinan Kad OKU atau Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
  5. Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/cpcuapr
  2. Pemohon hendaklah dimuatnaik dokumen di atas talian.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Pihak ANIS akan menghubungi pemohon yang lengkap untuk proses seterusnya.
Klik Disini Untuk Memohon Semak Permohonan