JOB COACH & DISABILITY EQUALITY TRAINING

MAKLUMAN

Permohonan Program Job Coach & Disability Equality Training ANIS telah dibuka!





Latihan kepada sukarelawan dan majikan untuk membantu OKU di tempat kerja

Program Job Coach (Terbuka kepada Sukarelawan)

  1. Program yang disediakan untuk mereka yang berminat menjadi jurulatih atau pemantau kepada golongan OKU yang baru memulakan kerja di syarikat luar.
  2. Tujuan: Job coach atau jurulatih pekerjaan ini bertanggungjawab menjaga kebajikan dan hubungan baik antara pekerja OKU dan majikan yang mengambil mereka bekerja.

Program Disability Equality Training (DET) (Terbuka kepada Majikan)

  1. Tujuan: Memberikan pendedahan kepada majikan untuk mewujudkan suasana inklusif OKU di tempat kerja
  2. Majikan yang terlibat akan berusaha untuk mengubah dasar dan amalan syarikat, serta menaiktaraf infra bagi memberikan akses kepada OKU bekerja di tempat mereka. (keutamaan kepada anak syarikat kerajaan negeri Selangor)

Objektif Utama adalah:

    Menyediakan kesinambungan program-program kemahiran untuk belia OKU. Meningkatkan peluang belia OKU untuk menyambung pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Memahami kebolehan dan kemahiran kerja mereka supaya sokongan yang berpatutan dapat diberikan Memudahkan peserta memilih kursus dan kerjaya berdasarkan minat mereka

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada anak-anak istimewa di negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran.
  3. Ibu/Bapa atau penjaga mestilah salah seorangnya adalah pengundi Selangor (bagi yang berusia 17 tahun).
  4. Jika pemohon sendiri sudah berusia 18 tahun ke atas, pemohon mestilah merupakan pengundi Selangor.
  5. Anak OKU mempunyai kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tidak mempunyai kad OKU)
  6. Permohonan mestilah diisi dengan lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan.

  7. Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat, maka proses pengangkatan mestilah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN dan Akta Pengangkatan 1973)
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/jcdet
  2. Pihak ANIS akan menghubungi peserta untuk menghadiri ke program.
Klik Disini Untuk Memohon Semak Permohonan