PROGRAM PERSEDIAAN ALAM PERKERJAAN

MAKLUMAN

Permohonan Program Persediaan Alam Pekerjaan ANIS telah dibuka!



Objektif Utama adalah:

  1. Menyediakan kesinambungan Program – Program Kemahiran untuk Belia OKU
  2. Meningkatkan peluang kepada belia OKU untuk menyambung pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia
  3. Memahami kebolehan dan kemahiran bekerja mereka supaya sokongan yang berpatutan akan diberi
  4. Memudahkan peserta memilh kursus dan kerjaya mengikut minat mereka

Rumah Amal Cheshire

  1. Kursus Jahitan mengendalikan selama 4 bulan. Kursus Teori selama 3 bulan dan Latihan Industri sebulan.
  2. Kursus Bakeri mengendalikan selama 3 bulan. Kursus Teori selama 2 bulan manakala Latihan Industri sebulan.

Infinite Minds Academy

  1. Pengurusan Pejabat
  2. Teknologi Digital
  3. Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence)

  1. Ibubapa perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web https://www.anisselangor.com/sediakerja dan melengkapkan dokumen yang diperlukan
  2. Para Peserta yang layak akan menerima panggilan daripada pihak Jabatan ANIS dan hadir pada hari temuduga bersama ibu bapa
  3. Setiap peserta akan menjalani sesi temuduga dan sesi orientasi selama seminggu. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Jabatan ANIS
  4. Setelah peserta berjaya di sesi orientasi, peserta akan menyambung kursus kemahiran selama 3 bulan atau 4 bulan mengikut kursus yang dipilih
  5. Pihak Jabatan ANIS akan mencari pekerjaan kepada peserta yang telah menghabiskan pelajaran
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada anak-anak istimewa di negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran.
  3. Ibu/Bapa atau penjaga mestilah salah seorangnya adalah pengundi Selangor (bagi yang berusia 17 tahun).
  4. Jika pemohon sendiri sudah berusia 18 tahun ke atas, pemohon mestilah merupakan pengundi Selangor.
  5. Anak OKU mempunyai kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tidak mempunyai kad OKU)
  6. Permohonan mestilah diisi dengan lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan.

  7. Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat, maka proses pengangkatan mestilah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN dan Akta Pengangkatan 1973)
  1. Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon
  2. Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    1. Ahli Parlimen / Senator
    2. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    3. Penghulu / Ketua Kampung
    4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    5. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    6. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti
  3. Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak OKU lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan
  1. Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my untuk Ibu / Bapa.
  2. Salinan Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Anak) bagi anak berumur 18 tahun ke atas.
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/sediakerja
  2. Pihak ANIS akan menghubungi peserta untuk menghadiri ke program.
Klik Disini Untuk Memohon Semak Permohonan